“Kaki Dah Boleh Lurus, Otot Paha Hidup Balik,” – Setahun ‘Gantung’ Boot Bola, PU Amin Kini Berehat Gara-Gara…

Share

Pendakwah bebas dan penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Amin ada berkongsi perkembangan terkininya selepas menjalani pembedahan ligamen lutut ACL (Anterior Cruciate Ligament) lebih kurang dua minggu lalu.

Menurut PU Amin, dia kini harus menjalani sesi fisioterapi dan berehat daripada segala aktiviti sukan buat sementara waktu.

“Alhamdulillah dah boleh jalan sikit sikit dengan bantuan tongkat. Hari ke 17 lepas operation ACL.

“Berkat usaha fisio kaki dah boleh lurus, otot peha dah hidup balik, cuma sekarang ni kaki kanan boleh bengkok 50’ je.

“Setahun juga lah gantung boot bola lepas ni. Kepada semua yang sedang melalui rawatan pemulihan ACL macam saya, saya doakan anda semua cepat sembuh.

“Inshaallah. Harap harap cepatlah sembuh, tak larat nak pakai tongkat je ni.

“Kalau ada info best best untuk pulihkan lutut lepas operate ACL ni share la,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh PU Amin menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi foto berkenaan, PU Amin kini dilihat harus menggunakan tongkat untuk membantu pergerakannya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis mendoakan semoga penceramah itu lekas sembuh seperti sedia kala.

Sumber: Instagram Pu Amin

Published by
Aizam Manaf