Penyanyi dan vokalis kumpulan New Boyz, Tomok, menasihatkan setiap penyanyi yang berhasrat untuk mengadakan konsert untuk mengambil tahu tentang latar belakang pihak penganjur terlebih dahulu.
Menurut Tomok, tindakan ini perlu bagi mengelakkan wujudnya insiden penipuan atau penganiayaan, lebih-lebih lagi terhadap penyanyi baharu.
“Saya tidak nafikan perkara ini memang biasa berlaku, ada dalam kalangan pihak penganjur yang suka menyakinkan penyanyi baru untuk mengadakan konsert.
“Saya rasa tak ramai artis baru yang bersedia untuk membuat konsert. Penganjur pula seakan memberikan harapan dan bulan bintang.
“Namun, bila ada perkara yang tidak diingini berlaku, ia akan terpalit kepada artis itu sendiri.
“Sebagai artis kita kena ambil tahu juga latar belakang dan pengalaman pihak penganjur,” ujarnya.
Ads
Tomok berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media konsert Tomok & Siti Nordiana ‘Memori Mungkin Berulang’ bertempat di The Majapahit, Kuala Lumpur pada Rabu.
Tambah penyanyi lagu Sejarah Mungkin Berulang itu lagi, dia juga pernah berhadapan dengan situasi sama sepanjang 25 tahun bergelar anak seni.
“Kalau ikutkan memang banyak kes seperti ini berlaku, orang-orang yang suka mengambil kesempatan ini wujud dari dulu sampai sekarang.
Ads
“Kaki kencing ini memang ada. Ada yang undang kita buat persembahan tapi bila hal bayaran, hilang begitu sahaha.
“Jadi, sebagai orang yang berpengalaman, kita kena bijak menguruskan konsert sendiri seperti meminta deposit dan mewajibkan kontrak. Perkara seperti ini memainkan peranan penting.
“Kita jangan bagi orang-orang seperti ini mengawal segala hal berkaitan konsert. Yang busuk nanti nama artis bukan penganjur. Proses perbincangan itu penting, jangan asal boleh sahaja,” jelasnya.
Ads
Dalam perkembangan lain, Tomok teruja untuk mengadakan konsert pertama bersama Siti Nordiana selepas lebih dua dekat berada dalam industri seni.
Konsert Tomok & Siti Nordiana Memori Mungkin Berulang ini dijadualkan berlangsung pada 1 Februari 2025 bertempat di Zepp Kuala Lumpur.
Tiket pula sudah mula dijual pada 28 Oktober dengan harga permulaan RM98, RM198, RM298, RM398, RM498 dan VIP BOX RM5000.
Sehingga kini, tiket sudah berjaya dijual hampir 50 peratus.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja nama penyanyi meningkat naik, Iman Troye menjadi bulan ramai sehinggakan ia turut trending di laman Twitter sejak semalam
Hasil pemerhatian MH, rupa-rupanya Iman telah pun menjadi mangsa kecaman segelintir peminat K-Pop gara-gara isu salah faham melibatkan komen yang ditinggalkan oleh penyanyi lagu Teman itu di salah sebuah artikel terbitan portal berita, Mstar.
Kebanyakkan daripada mereka yang mengecam mendakwa Iman telah menuduh penyanyi dan pelakon popular Korea Selatan, Jaehyun ada menjalani pembedahan plastik.
Enggan isu tersebut dibiar berpenjangan, Iman kemudiannya telah pun memuat naik sebuah kenyataan bagi menjelaskan mengenai perkara tersebut.
Jelas Iman, dia langsung tidak berniat untuk menuduh artis tersebut sebaliknya hanya mahu menjelaskan mengenai prosedur pembedahan plastik.
plastic surgery still akan tumbuh jerawat. So means diorang tak buat plastic surgery lah. Allahuakhbar.
“Fitnah apa ni? Baca balik. Orang (netizen) yang comment dekat situ kata ‘semua artis kpop ni plastic surgery that’s why diorang tak tumbuk jerawat’. I’m trying to backup sebab I sendiri minat kpop.
“I tak cakap pun diorang buat plastic surgery but plastic surgery still akan tumbuh jerawat. So means diorang tak buat plastic surgery lah. Allahuakhbar.
“Ya I minat NCT, I comment macam tu sebab I try untuk backup but maybe you guys salah baca,” tulisnya.
Malah, Iman turut telah membuat permohonan maaf andai komennya itu ada menyakiti hati mana-mana pihak.
I’m sorry again. ni bulan puasa, i takkan menipu dgn apa yang i nak sampaikan. dengan nama Allah, niat i nak backup. I’m sorry again to nctzens and also nct members. saya akan diam je after this. Thanks. Assalamualaikum. Salam ramadhan. ❤️
“Sumpah I mintak maaf kalau korang terasa ke apa. Memang takda niat and tak terdetik pun nak buat u guys kecil hati. I know i tak cantik, suara tak seperti yang korang mahukan, annoyed and all. But sumpah demi Allah i nak back up them.
“I’m sorry again. ni bulan puasa, i takkan menipu dgn apa yang i nak sampaikan. dengan nama Allah, niat i nak backup. I’m sorry again to ‘Nctzens and also NCT members. Saya akan diam je after this. Thanks. Assalamualaikum. Salam Ramadhan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Iman juga dilihat ada meluahkan rasa kecewa dengan komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen sehinggakan ada diantara mereka yang mendoakan agar dia ditimpa musibah.
I’m not being childish but some of them cakap “Kenapa i lah i lahir kat bumi ni”, “hope kau mati”, “harap sangat kau muntah darah ada paku”. I’m sorry again everyone 🙏🏻❤️
“Sumpah demi Allah I tak pernah cakap all korean buat plastic surgery. Korang salah faham. I tahu I tak cantik, suara tak seperti apa yang semua mahukan. I minta maaf sebab lahir kat dunia ni. I minta maaf sebab wujud. I minta maaf sangat sangat.
“I’m not being childish but some of them cakap ‘Kenapa i lah i lahir kat bumi ni’, ‘hope kau mati’, ‘harap sangat kau muntah darah ada paku’. I’m sorry again everyone,” luahnya lagi.
Sementara itu, terdapat juga segelintir pihak yang memberikan kata-kata semangat buat Iman selain turut menasihatinya agar tidak mempedulikan sahaja komen-komen negatif tersebut.
Sumber: Twitter Iman Troye
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon Andi Bernadee berkata langkahnya dalam menjauhkan diri daripada media sosial selama lebih setahun lalu sedikit sebanyak telah berjaya ‘memulihkan’ dirinya.
Menurut Andi atau nama sebenar, Andi Azrul Andi Mapangile, 32, dia mengalami kemurungan selepas menjadi mangsa sihir sekitar dua tahun lalu.
“Setahun lebih berehat daripada aktiviti seni dan tempoh berdiam diri, saya ada juga bercuti ke Jepun untuk mencari ketenangan selain masih berusaha dengan perubatan alternatif bagi memulihkan diri.
“Tentang tahap pulih, saya rasa sekitar 60 peratus. Dalam tempoh itu, saya banyak travel antaranya ke Jepun tapi saya tak kongsikan di media sosial demi kesihatan mental saya pada ketika itu,” katanya kepada MH.
Andyi ditemui pada majlis pelancaran lagu raya nyanyiannya bersama Ryan Bakery berjudul Raya Last Minit yang diadakan di Ibis Hotel, Kuala Lumpur pada Khamis.
Berkongsi lanjut mengenai ‘detik hitam’ menjadi mangsa sihir, Andi berkata kesannya masih terasa sehingga ke hari ini termasuk menghadapi kesukaran untuk menghafal skrip.
“Tentang gangguan sihir sebelum ini memang beri banyak perubahan kepada hidup saya sehingga hari ini.
“Antara impaknya ialah saya sukar hendak hafal skrip apabila ingin masuk set penggambaran.
“Seperti hilang daya ingatan singkat, susah sangat nak masuk kepala dan disebabkan itu, banyak tawaran lakonan dan persembahan perlu ditolak,” katanya lagi.
Walaupun diuji dengan dugaan sebegitu, Andi bersyukur sentiasa dikelilingi individu yang memahami dirinya malah setiap masa dia cuba untuk berfikiran positif dalam semua perkara.
“Alhamdulillah orang di sekeliling saya sangat membantu dan banyak beri motivasi.
“Kalau boleh tak mahu tunjuk keadaan yang teruk di depan ibu tetapi sorok macam mana pun, dia tetap tahu juga,” ujarnya lagi.
Terdahulu, pada Februari 2021, Andi dilaporkan menjadi mangsa ilmu hitam sehingga menjejaskan kesihatannya.
Antara kejadian buruk yang berlaku padanya ialah terdapat paku karat yang ditarik keluar daripada tekaknya dan katak kering ditemui atas bumbung rumahnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menjawab pertanyaan media mengenai dirinya yang yang dikatakan ada memberi tanda suka terhadap tweet seorang pengguna Twitter berkaitan perkahwinan golongan LGBT, hingga ada yang memberikan pelbagai reaksi baru-baru ini, penyanyi Wany Hasrita ada jawapan sendiri.
Katanya, dia tidak mempunyai apa-apa pandangan khusus terhadap status yang dikongsikan itu.
Sebaliknya, dia hanya memberi tanda suka kerana situasi seperti yang dinyatakan di dalam status tersebut ada berlaku.
“Saya tidak anti atau pun menyokong. Cuma tidak dinafikan, situasi seperti yang digambarkan menerusi status tersebut ada betulnya dan mungkin pernah berlaku.
“Ia suatu yang umum malah saya tidaklah menyentuh isu tersebut secara mendalam. Cumanya bagi saya, institusi perhawinan itu merupakan suatu tanggungjawab sesama pasangan.
“Kena saling menjaga, usah anainya pasangan. Mesej yang saya cuba sampaikan hanyalah itu sahaja,” katanya kepada MH.
Ditanya sama ada dia boleh menerima golongan tersebut sebagai sebahagian dari hidupnya selepas ini atau sebaliknya, penyanyi Terlalu Memuja ini mengakui setiap individu mempunyai kisah silam tersendiri.
“Saya sendiri tidak boleh kata diri ini sudah sempurna. Malah setiap orang pun ada sisi silam berbeza. Kalau betul-betul mahu berubah menjadi yang lebih baik, saya sanggup untuk bersama-sama bantu.
“Tetapi sejauh mana individu tersebut tekad untuk berubah, saya tidak boleh memaksa. Jadi sesiapa yang sedang berhadapan dengan situasi tersebut cubalah untuk berikan yang terbaik buat pasangan, teruskan berdoa kepadaNya,” kongsi Wany.
Terdahulu, Wany ditemui media pada majlis pelancaran Diversity In Raya Fashion bersama Starvilion dan Isetan Kuala Lumpur yang bermula pada 5 April hingga 2 Jun depan di Isetan KLCC.
Menyentuh mengenai koleksi rayanya tahun ini, Wany memberitahu koleksi kali ini lebih mempunyai beberapa perubahan hasil dari reaksi pembeli tahun sebelumnya.
“Jika tahun lalu rekaan Rindu by Wany Hasrita lebih kepada moden, jadi tahun ini kami cuba untuk terapkan elemen yang lebih santai dan sesuai untuk dipakai di mana-mana sahaja, baik di kota atau kampung halaman.
“Malah koleksi tahun ini juga mempunyai lebih 10 rekaan yang pelbagai dari segi rekaan serta fabrik,” jelas Wany.
Turut sama hadir memeriahkan sidang media berkenaan ialah pereka fesyen, Rizman Ruzaini, Hisyam Hamid, Puteri Zarith dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!