Pengacara, Zack Merican menceritakan detik cemas sewaktu dia dan anaknya, Zander terlibat dalam satu kemalangan motosikal di Aman Siara, Selayang pada Isnin.

Jelas Zack, motosikal yang dinaiki bersama anaknya itu telah bertembung dengan bahagian belakang sebuah kereta yang sebelum itu telah melanggar pembahagi jalan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zack Merican (@zackmerican)

“Allah maha besar. Apa yang berlaku harini pada aku dan Zander benar-benar atas asbab kasihnya Allah. Malam semalam aku breakdown cerita pada wife aku yang aku terbayang aku dengan Zander accident motor and I cried like crazy malam semalam.

“My wife tenangkan aku. Benda tersentak tiba-tiba dan aku pun tak tahu kenapa. But today, Allah punya aturan cukup mahal. Kami accident turun bukit lepas Aman Siara tu.

“Brader depan langgar divider. Lalu kami pula terlanggar dia. Sempat break Alhamdulillah so impak tak kuat sangat. Cumanya kaki kiri aku tersepit pada kereta tu dan terseliuh sikit. Cover set calar dan ada skirt bawah patah,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas pengacara program Borak Kopitiam itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Bagaimanapun, Zack akui lega selepas anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan manakala dirinya pula hanya terseliuh di bahagian kaki akibat tersepit ketika berlanggar.

Ads

“Zander Mikhael okay Alhamdulillah. He is perfectly fine Alhamdulillah. Syukur sangat. Itu yang lagi penting dari segalanya. Dalam moment aku break emergency dan motor ni aku tau akan langgar juga dia.

“Mulut aku dan hati aku tak habis-habis dok sebut “Allah….Zander Zander…Allah terjadi jugak ni”. Sekian, begitulah manusia dan naluri. Allah mengikut sangkaan hambanya. Silap aku juga mungkin terlalu fikir bukan-bukan dari semalam,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, bapa kepada seorang cahaya mata ini juga percaya musibah ini sememangnya mempunyai hikmah agar dia sentiasa bersangka baik dengan Sang Pencipta.

“Plus harini sebelum nak ride dengan Zander pun hati macam tak sedap. But trust me, sebak gila bila tengok Zander punya mata dan dia cakap pada aku “Daddy strong kan”. Sebab dia nampak aku dok tahan sakit waktu kaki tersepit dekat kereta.

Ads

“Thank you la brader tu bertindak cepat dan alih kereta dia cepat-cepat. Kalau tak entah apalah jadi dekat kaki aku ni. Thank you Allah! Tak ada sedikit luka langsung pada Zander. Alhamdulillah,” akhirinya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa risau selain turut berharap agar semuanya baik-baik sahaja buat Zack dan anaknya.

“Ya Allah. Semoga sentiasa di bawah lindunganNya. Get well soon Abang.

Ads

“Jaga diri bro dan Zander. Semoga Allah lindungi sentiasa.

“Moga Allah beri ganjaran besar buat keluarga.

“Syukur Alham kau selamat. Semoga Allah melindungi terus selepas ini.

“Allah nak uji dan bagi yang lebih baik. Syukur anak okay,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Zack Merican

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI