Awal semalam, pelakon versatil ada berkongsi sekeping foto menerusi Insta Stories mengenai perkembangan terkininya yang sarat hamil anak pertama bersama suami, pemuzik Ude Wahid.
Kongsi bintang ini, kakinya mulai membengkak, iaitu simptom normal bagi si ibu yang sarat hamil menantikan masa untuk melahirkan cahaya mata.
“Bengkak sungguh…Tak pa sikit lagi… Kurang dari sebulan ja lagi…,” tulisnya ringkas.
Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid diijab kabulkan pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya.
Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah dua tahun kemudiannya.
Pelakon itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar, 5 tahun.
Sementara itu, Ude pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri, 4 dan Ariq Murqi, 2 tahun.
Foto: Instagram Izreen Azminda