Penyanyi Datin Alyah hari ini ada memberikan reaksinya terhadap persembahan rakan artis, Nabila Razali yang masih lagi diperkatakan meski malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) sudah pun melabuhkan tirainya pada Ahad.
Jelas Alyah, penyanyi berkenaan pastinya sudah oun mencuba sehabis baik dan perlu melihatnya dari sudut keberanian Nabila di dalam membuat persembahan lagu terbabit.
View this post on Instagram
“Salam subuh. Terpanggil utk berckp tentang adik kita yg lawa dan peramah ni.(byk kali jumpa dia akan sapa kita dulu).
“Kalah seorang serikandi. Dia kalah bermaruah. Dia jalankan tugas dia dgn sehabis baik. Seumpama dia berlari ke medan perang dgn pedang yg tumpul.
“Bukan pedang tu yg harus kita lihat, tapi keberaniannya turun kemedan perang itu yg harus dipandang,” tulisnya.
Sambil memberikan ucapan tahniah, isteri kepada Datuk Ramli MS itu turut menjelaskan perkara itu dikongsi dari pengalamannya sebelum ini.
“TAHNIAH adik @nabila.razali, pandang positive. Kamu lebih diingati dari yg lain. Bukti sampai ke hari ini semua masih berckp mengenai kamu 👍 (tak kisahlah buruk atau baik).
“Cuma nak tanya je? Siapa yg membiarkan dia melakukan ini sepatutnya lebih peka. Saya berckp berdasarkan pengalaman.
“Situasi berbeza dipentas yg sama. Sekian terima kasih,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, para pengikut Instagram penyanyi lagu Meluruh ini turut memberikan reaksi pelbagai terhadap posting yang dibuat.
Foto: Instagram Datin Alyah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI