“Saya tak ‘ambil hati’, walau pun gagal di Sabak Bernam.”
Demikian kata Dato Sri Eizlan Yusof, 51, yang mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) menggunakan logo Pejuang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bertanding di P.092, Eizlan tewas di tangan calon Perikatan Nasional (PN), Kalam Salan yang meraih 17,973 undi sekali gus menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
“Warga Sabak Bernam sudah pun membuat keputusan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam.
“Saya sudah berusaha dengan kapasiti yang ada dan sangat menghormati keputusan dibuat mereka,” katanya.
Beliau berterima kasih kepada warga Sabak Bernam atas layanan yang cukup sempurna, selesa dan harmoni walau pun berbeza parti politik dan pendapat selama dua minggu ‘berkampung’ di sini.
Eizlan pada masa sama turut menitipkan pesan kepada wakil rakyat yang telah dipilih agar jangan sia-siakan kepercayaan diberikan mereka kerana ini adalah peluang untuk mereka bekerja untuk rakyat, bukan sebaliknya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Dapat Cium Tangannya…,” – Jumpa Semula Selepas 30 Tahun, Thalia Baiduri Syukur Masih Ada Rezeki Berbakti Kepada Bapa
Rezeki bertemu semula dengan bapanya setelah 30 tahun terpisah menjadi satu kurniaan sangat besar dalam hidup bagi usahawan selebriti, Datin Thalia Baiduri.
Sejak mendapat semula hak bertemu bapanya pada Januari lalu, Thalia sebolehnya mahu terus berbakti kepada lelaki yang dihormati dalam hidupnya itu.
“Alhamdulillah Ramadan kali ini saya dapat cium tangan papa dan jumpa dia sebelum kita berpuasa.
“Bagi saya sebagai anak sementara kita ada peluang lebih baik jangan buang masa dan gunakan sebaik mungkin,” katanya yang mesra disapa Bunda Lia.
Pertemuan dengan bapanya yang turut ditemani adik Thalia, iaitu Dayana turut dikongsi menerusi platform TikTok miliknya sekaligus menerima respon baik warganet.
Tidak langsung menyimpan dendam atas apa yang berlaku, Thalia menyifatkan apa yang berlaku sebagai takdir yang tertulis.
“Tidak perlu ada rasa dendam apa yang berlaku biarkan berlalu, kita anak-anak kena berusaha berbakti kepada orang tua kita.
“Bila jumpa papa, nampak senyuman papa juga sudah buat hati saya lega dan tenang,” katanya yang ligat mengusahakan perniagaan produk kecantikan Dolly Milk selain fesyen jenama Talia.
@thaliabaiduri hubungan kami semakin hari semakin baik alhamdulillah. Datang melawat papa sebelum puasa 🤍 #fyp #talia #dollymilk #datinthaliabaiduri #putihkankulitmuseputihhatimu #ladybosstalia #susuputihtalia ♬ original sound – LAFF – LFD EMPIRE
Meninjau di ruangan terhadap video yang sudah pun ditonton hampir 300,000 kali itu, rata-rata warganet meninggalkan komen yang baik malah ada yang memuji tindakannya memuliakan bapa meskipun terpisah lama.
Bercerita lanjut, kakak kepada Madammu (Eriyca Baiduri) ini juga akui kerap berhubung dengan bapanya selepas peremuan semula Januari lalu dan sering bertanya khabar.
“Doa ibu bapa dan peluang melihat mereka adalah satu anugerah paling mahal bagi setiap anak. Jangan sia-siakan,” katanya yang pernah muncul menerusi drama Cinta Dalam Hati bergandingan bersama Remy Ishak.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terlalu Banyak Perkara Yang Perlu Disyukuri,” – Zahirah Macwilson
Pelakon Zahirah Macwilson menitipkan rasa syukur atas pelbagai perkara baik yang dilalui.
Zahirah atau nama sebenarnya, Nur Zahirah MacWilson Zainol MacWilson, 28, berkongsi ucapan ringkas itu menerusi status terbaharu di Insta Stories, pada Jumaat.
“Terlalu banyak perkara yang perlu disyukuri. Air mata kegembiraan. Terima kasih Yang Maha Esa atas segalanya,” tulis Zahirah dalam Bahasa Inggeris.
Menerusi hantaran di platform sama, Zahirah yang kini sedang hamil anak kedua turut berkongsi video pendek sekitar kediamannya yang sedang melalui proses renovasi.
Beberapa hari lalu, isteri kepada aktor Aiman Hakim Ridza ini menjadi sorotan warganet selepas namanya dipetik seorang selebriti lain di media sosial yang menyamakan wajahnya seperti bibik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jika Ada Yang Mungkin Terlalu Peribadi, Saya Tak Kan Berkongsi,” – Dewi Remaja 2019, Shaza Bae Hati-Hati, Kawal Media Sosial
Menjadikan platform media sosial sebagai satu medium perantaranya bersama pengikut, juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae bagaimanapun tetap mengawal ketat akaun Instagramnya.
Baginya, media sosial kini memberikan impak yang sangat hebat dalam diri setiap individu.
“Saya sangat menjaga akaun media sosial saya kerana ia merupakan perkara yang sangat penting dengan adanya teknologi sedemikian.
“Jika ada benda yang mungkin terlalu peribadi, saya tidak akan berkongsi di media sosial atau bersama kumpulan ‘closed friend’ sahaja,” katanya kepada MH.
Menjadikan kedua ibu bapanya sebagai idola, gadis berusia 24 tahun ini akui bahawa media sosial mempunyai banyak kesan negatif.
“Sosial media merupakan satu impak yang sangat besar pada masa kini walaupun dari sudut yang nampak ringan seperti ‘nak makan apa?’ atau muat naik gambar bersama kekasih.
“Nampak remeh, tetapi mungkin ada orang yang ‘memerhatikan’ setiap apa jua yang kita kongsikan di media sosial.
“Jadi,kena bijak dan berhati-hati sebelum berkongsi di media sosial,”kongsi anak kelahiran Kuala Lumpur ini.
View this post on InstagramA post shared by SHAZA 🦋 (@shazabae_) on
Terdahulu, Shaza dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2019 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi.
Tempat kedua dimenangi Adriana Ghafar, 21, dari Johor, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 dan trofi.
Nynaa Harizal berada di tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 serta trofi.
Sementara itu, dua lagi peserta akhir iaitu Syamira Izzati dan Shatirah Amanda di tempat keempat dan kelima.
Masing-masing berjaya membawa pulang wang tunai RM1,000 dan trofi.
Selain lima peserta akhir, dua lagi peserta Top 12 iaitu Nina Amin dan Sharlina Gilbert masing-masing diumumkan sebagai pemenang anugerah Dewi Inspirasi dan Dewi Favourite.
Juri tetap program ini ialah Scha Al-Yahya dan Yusry Abdul Halim di samping dua juri jemputan iaitu Datuk Aznil Nawawi dan Dr Soo Wincci.
View this post on InstagramA post shared by SHAZA 🦋 (@shazabae_) on
Manakala program ini dihoskan oleh Amelia Henderson dan Kamal Adli.
Foto: Instagram Shaza Bae
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI