“Kalau Abah Ada, Mesti Alang Share Macam-Macam…,” – Genap 30 Tahun Pemergiaan Arwah Bapa, Dedikasi Nita Hamzah Sentuh Hati

Share

Penyanyi, Nita Hamzah semalam ada berkongsi titipan kata buat Allahyarham bapanya, Hamzah Abdullah yang telah perfi dijemput Illahi pada tahun 1989 lalu.

Perkongsian Nita menerusi Instagram itu nyata menyentuh hati rakan dan peminat, yang seterusnya menyampai salah takziah dan alfatihah buat Allahyarham.

“9/3 atau pun 9hb march pada tahun 1989 adalah tarikh perginya PW1 Hamzah Bin Abdullah… Hari ini…Tahun ni genap 30 tahun abah pergi.

“Rasa macam sangat sekejap je.. walaupun dapat merasa sekejap dengan abah, tapi saya rasa bertuah sebab saya adalah yang paling rapat dengan abah…

“Kalau abah ada mesti macam macam alang share dengan abah.. pasal life,kerja,kawan,sahabat, imam alang dan macam macam la.

“Tapi mesti abah akan jawap “biarkan lah” xpun Abah akan diam macam selalu yang abah buat dan alang mengikut benda tu..
Sebab dari dulu family kita ni x pernah nak campur hal orang.. kita buat hal sendiri je kan bah, but i know u’ve been watching me and kami adik beradik like an angel kat atas tu…

“Yang selalu mampu alang buat , alang sedekahkan al fatihah untuk abah…. Al Fatihah,” tulisnya panjang lebar.

 

Published by
Rafiq Mazlan