“Kalau Ada 100, El Bagi Semua Dekat Diorang,” – Tak Kisah Berhabis Wang Ringgit, Elfira Loy Utamakan Kebahagiaan Keluarga

Share

Baru-baru ini, pelakon, Elfira Loy telah pun menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 27 tahun.

Lantaran itu, Elfira ada memuat naik sebuah video sepanjang majlis sambutan itu berlangsung sebagai tanda kenang-kenangan.

Jelas Elfira, keluarga merupakan keutamaan buat dirinya malah dia juga sanggup untuk melakukan apa sahaja demi membahagiakan orang-orang yang disayanginya itu.

“27th Birthday. Good Morning! hehe. Saja El nak kongsikan video pada majlis harijadi el sebagai kenangan kat sini.

“Kebahagian keluarga adalah my top priority. El seorang yang jenis, kalau El ada Rm100, El bagi 100 semua kat diorang.

“El lagi sangup takde duit dari tengok orang lain takde duit. Sebab el sangat percaya pada rezeki Allah dan tak berkira sesama manusia,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh ibu kepada seorang anak itu menerusi entri terkini di laman Instagram.

Katanya lagi, segala rezeki yang dia miliki ketika ini bukan hanya miliknya seorang tetapi terselit juga bahagian buat orang lain.

Lantaran itu, Elfira turut berpendapat segala nikmat yang telah dikurniakan terhadapnya boleh hilang dalam sekelip mata andai tidak dimanfaatkan dengan baik.

“Until now , i still believe that whatever i have now is not mine tapi milik semua orang. Bila bila je boleh hilang.

“Sebab tu whatever i do , el mesti fikir orang lain dulu,” jelanya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan sikap tersebut selain turut mendoakan semoga Elfira sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki.

Terdahulu, Elifa telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Faris Khairul pada tanggal 1 Januari 2019.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Rayyan Khalaf.

Sumber: Instagram Elfira Loy

Published by
Aizam Manaf