Sejak semalam dan hari ini, rakyat Malaysia telah ‘berperang’ untuk cuba membeli tiket konsert band popular dunia, Coldplay yang akan mengadakan konsert jelajah Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di Stadium Bukit Jalil pada 22 November depan.
Bagaimanapun, keterujaan untuk mendapatkan tiket telah dicemari tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak dipercayai kumpulan ‘scalper’ atau pembeli tiket hantu yang membeli dengan kuantiti banyak dan menjual semula pada harga berlipat kali ganda.
Hal itu nyata mengundang rasa kurang senang di hati segelintir pihak lebih-lebih lagi buat peminat tegar yang gagal membeli tiket konsert yang telah pun habis dijual dalam masa beberapa jam.
Antara yang turut sama mengkritik tindakan tidak bertanggungjawab itu termasuklah Ratu Jazz Negara, Datuk Sheila Majid.
Menurut Sheila, tiket bagi tempat duduk kategori 1 yang berharga RM1,288 dan dijual semula pada harga RM43,200 sememangnya tidak masuk akal.
“Ini memang tak masuk akal dan tak beretika. Jangan beli daripada mereka. Mereka adalah orang-orang yang tidak bertanggungjawab.
Ads
“Gila! Kalau saya ada duit sekali pun. Memang tak la. Ia perkara yang sangat bodoh. Lebih baik tengok Coldplay di luar negara,” tulisnya.
Rasa kurang senang itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Sinaran itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Sheila turut menggesa semua pihak untuk tidak membeli tiket daripada kumpulan ini dan biarkan mereka menanggung kerugian tersebut sendiri.
Ads
“Lain kali, kalau tak serious, jangan sibuk berebut nak beli tiket juga. Kalau nak buat duit lebih sekali pun, bukan macam ini caranya.
“Orang yang betul-betul minat nak tengok, tak dapat beli tiket fasal orang-orang yang ambil kesempatan macam ni la.
“Jangan beli daripada mereka. Biar mereka tersedak. Harga asal seat di CAT 7 adalah RM228,” akhirinya.
Ads
Sekadar informasi, tiket konsert Coldplay telah mula dijual sejak semalam namun, ia hanya dikhas untuk pemilik akaun bank CIMB sahaja.
Manakala, hari ini pula, tiket dijual secara terbuka tetapi harus bersaing dengan peminat-peminat daripada negara jiran.
Terdahulu, disebabkan permintaan yang tinggi, satu petisyen telah pun dilancarkan untuk memohon Coldplay mengadakan konsert bagi hari kedua.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Miss Majid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Genap 42 hari pemergian anakanda tercinta, Pitt Hanif, semalam Fauziah Nawi menerusi laman Instagram setia menitipkan kata-kata yang mengundang sebak di dada ramai.
Jelasnya, kehidupan cukup sukar tanpa anaknya di sisi, ujian yang diturunkan maha besar namun dia reda.
“Bismillahirrahmanirrahiim. Pitt hari ni mama rasa letih sangat. Banyak perkara yg buat mama rasa aduh….hmmmm…but it has got nothing to do with you…thinking of you gives me all kinds of feelings.
“Pitt it’s hard without you but time will certainly heals the wound with that big scar.
“And I certainly wont forget you buah hati…ujian ini maha besar buat mama…separuh nyawa mama Pitt dah bawak pergi sebenarnya…teringat Pitt hati mama hancur luluh..
“Mata tua ni pasti basah…just like Mona’s movie…Redha is beautiful pain….till we meet again my love buah hati #salamseharumkasturi
Protoge Akim, Elica atau nama penuhnya, Angelica Paujin 17, diumumkan sebagai juara program Mentor Milenia 2017 yang dipancarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam di TV3 jam 9:00 malam tadi.
[su_heading]Kemenangan pendatang baru arena seni suara dari Tambunan, Sabah itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000, sebuah trofi dan telefon bimbit Neffos X1 Max serta pakej percutian ke London.[/su_heading]
Elica pada malam itu mempersembahkan lagu Ceritera Cinta (duet bersama Hael) dan Samar Bayangan.
Naib juara pula disandang Muhammad Saiful Naim Muhd Noor atau Usop. Usop merupakan protoge kepada Hazama.
Manakala tempat ketiga pula ialah Mohamad Rozaimi Rosli atau Along, finalis berusia 20 tahun itu merupakan protoge Tomok.
Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 dan RM20,000 beserta trofi.
Tempat keempat pula dimenangi Syeera dan penyanyi muda dari Shah Alam, Selangor ini turut berjaya merangkul wang tunai sebanyak RM10,000 beserta trofi.
Sementara itu, Anugerah Khas Neffos yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 juga berjaya dirangkul Elica.
Ia merupakan pengiktirafan khusus buat protoge yang berjaya menunjukkan peningkatan persembahan dari mula hingga akhir persaingan.
Program Mentor Milenia 2017 akhir menampilkan Fauziah Ahmad Daud sebagai juri jemputan dan kumpulan dari Indonesia, Nidji turut diundang menghiburkan penonton.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara terkenal Didie Alias mengakui perpisahan merupakan perkara menyakitkan yang terpaksa dilalui oleh segelintir pasangan suami isteri.
Menurut Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd Ali, walau bagaimanapun pengakhiran sesebuah hubungan rumah tangga, aib pasangan tidak sepatutnya disebarkan kepada umum.
“Perpisahan itu sakit. Bahagia itu indah. Bila terjadinya perpisahan, jagalah aib, baik dan buruk sesama hingga ke akhir hayat,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Cina Buta itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Katanya lagi, kita juga kena reda dengan setiap dugaan yang berlaku ketika di alam rumah tangga.
“Manis ditelan. Pahit pun ditelan. Baru darjat kita diangkat tinggi dan dipanjang mulia. Kita sudah berjanji dengan Allah SWT,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Didie mendirikan rumah tangga pada 8 Mei 2009 dengan Isham yang merupakan bekas pemain bola sepak pasukan Negeri Sembilan.
Hasil perkahwinan itu, Didie dan suami dikurniakan seorang anak lelaki, Dayyan yang kini berusia sepuluh tahun.
Sebelum itu, Didie turut mempunyai lima orang anak hasil perkahwinan dengan bekas suami, Allahyarham pelakon Ridzuan Hashim iaitu Nor Dhaniyah, 31, Mohd Dhanial, 30, Nur Dinie, 28, Nur Dayini, 26, dan Nur Diyana, 25.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Didie Alias
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Indonesia kehilangan satu lagi bintang berbakat apabila pelakon komedi popular, Nasrullah atau lebih dikenali sebagai Mat Solar, menghembuskan nafas terakhir pada Isnin,...