“Kalau Ada Hutang Atau Perkata Yang Belum Selesai Boleh Hubungi Saya,” – Wakili Keluarga Sebagai Anak Sulung, Ashraf Muslim Maklum Bapa Sudah Pergi Mengadap Illahi

Share

Selepas kita dikejutkan dengan berita pemergian bapa kepada penyanyi, Faizal Tahir, ternyata hari ini juga merupakan hari yang amat menyedihkan buat pelakon, Ashraf Muslim selepas bapanya, Muslim Bulat turut telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi.

Menurut Ashraf, meskipun perkara tersebut agak berat untuk diterima, namun, dia sekeluarga tetap reda dengan segala ketentuan daripada Allah SWT itu.

“Assalamualaikum semua, hari ini hari yang paling sedih. Ayah dah meninggalkan kami dalam keadaan yang baik dan tenang. Mungkin itu yang terbaik untuk dia, sebab Allah lebih sayangkan ayah daripada kami,” tulisnya.

Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Bukan Cinta Malaikat itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Ashraf turut menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama menitipkan doa semoga bapanya itu sentiasa tenang dan ditempatkan dikalangan para solihin.

“Saya sebagai anak yang sulong ingin memohon maaf atas segala kesilapan ayah saya yang pernah dilakukan sewaktu dia masih hidup, kalau ada hutang-hutang atau pekara yang masih belum diselesaikan boleh hubungi saya.

“InsyaAllah, sama sama kita doakan semoga Ayah ditempatkan di tempat yang “Special” di alam baru nya bersama mereka mereka yang beriman . InsyaAllah,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut memberikan kata-kata semangat buat Ashraf dak seluruh ahli keluarganya.

“Allahuakbar. Salam takziah. Al-Fatihah sahabat.

“Salam takziah. Semoga diberikan ketabahan.

“Salam takziah buat abang sekeluarga. Stay strong. Semoga dipermudahkan segala urusan,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Sebelum ini, bapa kepada Ashraf telah pun dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya selepas disahkan positif Covid-19 kategori 5B.

Sumber: Instagram Ashraf Muslim

Published by
Aizam Manaf