“Kalau Ada Jodoh, Mesti I Design Untuk Dia Tapi…,”- Busana Pre-Wedding Intan Ladyana & Harris Alif Dipuji, Ramai Tak Sabar Tunggu Rekaan Hatta Dolmat Buat Bakal Isteri

Share

Semalam telah berlangsungnya majlis pernikahan melibatkan pasangan pelakon, Intan Ladyana dan juga Harris Alif di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sekitar jam 10 pagi.

Kedua-dua mempelai dilihat sama cantik sama padan mengenakan sepersalinan putih yang sedondon.

Malah, pasangan ini juga sekali lagi mencuri tumpuan menerusi busana yang dikenakan sewaktu sesi pengambaran ‘pre wedding’.

Intan dan Harris masing-masing memilih untuk memakai suit sewaktu sesi pengambaran tersebut berlangsung.

Kesemua foto-foto berkenaan dikongsikan Hatta menerusi akaun Instagram miliknya.

Lalu, rata-rata peminat dan rakan artis menyifatkan rekaan tersebut praktikal dan sesuai untuk dikenakan pasangan selebriti tersebut.

Malah, ada juga individu yang berseloroh memberitahu, mereka sudah tidak sabar menantikan busana hasil rekaan Hatta buat bakal isterinya sendiri satu hari nanti pula!

Bagaimanapun, Hatta menjelaskan, andai dia dipertemukan jodoh, dia lebih gemar pasangannya untuk mengenakan persalinan yang ringkas tatapi tetap mengekalkan keanggunannya.

“Kalau ada jodoh, mesti I design untuk dia tapi percayalah I’m a simple person. I suka tengok orang pakai simple thing yang boleh enhances pemakai.

“Tak banyak event. All sederhana tak banyak tetamu. That my plan,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis mendoakan semoga Hatta lekas dipertemukan jodoh selepas ini.

Sumber: Instagram Hatta Dolmat

Published by
Aizam Manaf