Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah video melibat sekumpulan penunggang motosikal berkuasa besar.
Video tersebut memaparkan reaksi cemas seorang individu yang amat khuatir saat melihat salah seorang rakannya terbabas lalu terpelanting di bahu jalan.
Bagaimanapun, rakannya itu dilihat selamat dan dikhabarkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
Video berdurasi hampir 40 saat itu nyata menyentuh hati ramai pihak yang sebak mendengar tangisan seorang sahabat saat melihat orang yang disayanginya ditimpa musibah.
Antara yang turut terkesan dengan video tersebut adalah pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Ajak mendedah dia berasa sangat terharu selepas menonton video berkenaan terutamanya saat melihat nilai persahabatan yang ditunjukkan oleh sekumpulan sahabat itu.
View this post on Instagram
“Semoga dipermudahkan semua urusan abang-abang ni. Aku terharu dengar suara kawan dia panggil nama dia. Nampak yang dia sayang. Siapa kata lelaki tak sweet? Sweet kita dalam ganas Dik,” tulisnya.
Dalam pada itu, penyampai radio Suria FM ini turut menasihati para sahabatnya untuk sentiasa berhati-hati terutamanya ketika menunggang motosikal.
“Kau bawak moto slow-slow Ji @fizie_hotfm . Aku kalau ada kawan macam ni aku sayang dia sampai hujung nyawa,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menzahirkan rasa yang sama selain turut menyifatkan hubungan persahabatan sesama lelaki adakalanya sangat istimewa.
Sumber: Instagram Ajak Shiro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI