“Kalau Ada Lagi Isu Ni, Saya Tak Akan Teragak-Agak Untuk Ambil Tindakan,” – Shima Anuar

Share

Pelakon Shima Anuar terkilan apabila didakwa bertindak melayani pelanggannya dengan kasar menerusi perbualan aplikasi WhatsApp.

Malah, pelakon itu turut berkongsi bukti perbualan menerusi entri terbaru dan menyifatkan sudah memaafkan individu tersebut.

Dia bagaimanapun tidak ragu-ragu mengambil tindakan andai isu terbabit timbul lagi.

“@laksambys punya hal. Suami sy dah pesan, jangan reply apa2, tak payah layan, biarkan je. Dan dalam hati sy pun dah maafkan dia sebab sy tak rugi apa2 pun.

“Tapi dia email @mstaronlineofficial dan cuba fitnah sy. Dengan mengatakan sy kasar dgn dia. Kat sini sy tunjukkan bukti our conversation.

“Just in case dia menghasut org lain pulak nanti. Anda nilai la sendiri ya? Lepasni kalau ada lagi isu ni, sy tak akan teragak2 untuk ambil tindakan dan tak akan terima sebarang permohonan maaf lagi kerana dia cuba memfitnah sy dan cuba menjatuhkan sy.

“Penat tau buat laksam ni. Jangan cari pasal. Takde sakit jangan cari penyakit.

Please don’t try me,” kongsinya.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan seorang individu mendakwa Shima tidak mahu melayaninya dan hanya menjual laksam kepada golongan tertentu.

Foto : Instagram Shima Anuar

Published by
Noraini Abd Wahab