Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi meluahkan rasa gembira apabila kejayaan yang ditunjukkan para petugas barisan hadapan (frontliners) menjadi ‘wira’ negara berdepan menangani wabak pandemik, COVID-19.

Aznil atau mesra disapa Pak Nil turut berkongsi sepotong video para petugas dalam sektor kesihatan bersorak kegembiraan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad lalu.

Takpelah bagi lah mereka melepas perasaan gembira setelah PKPP diumumkan. Kami rasa kamu semua berhak atas kejayaan setakat ini!,” tulisnya.

Malah, Pak Nil turut menawarkan untuk mengacara secara percuma sekiranya terdapat majlis meraikan wira barisan hadapan itu. 

IKLAN

Kalau ada majlis meraikan semua Wira2 Frontliners ni, #paknil volunteer jadi Pengacara Majlis FOC!!! Tahniah Malaysia!”tulisnya.

IKLAN

Lalu, perkongsian itu mendapat reaksi positif orang ramai.

“Kalau Ada Majlis Meraikan Frontliners…,”- Mahu Hargai Jasa Petugas Barisan Hadapan, Pak Nil Sukarela Nak Jadi Pengacara FOC “Kalau Ada Majlis Meraikan Frontliners…,”- Mahu Hargai Jasa Petugas Barisan Hadapan, Pak Nil Sukarela Nak Jadi Pengacara FOC “Kalau Ada Majlis Meraikan Frontliners…,”- Mahu Hargai Jasa Petugas Barisan Hadapan, Pak Nil Sukarela Nak Jadi Pengacara FOC

IKLAN

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPP yang akan mula dilaksanakan bermula Ahad (10 Jun 2020).

Pelaksanaan PKPP akan lebih banyak memberi kelonggaran dan kemudahan kepada orang ramai dan mereka yang menjalankan perniagaan.

Foto : Instagram Aznil Hj Nawawi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI