Terkejut MH apabila melihat video yang dikongsi Izzue Islam di laman Instagramnya. Awin sedang memandu lori!
Izzue yang ketawa melihat gelagat isterinya turut kaget dan hanya mampu merakam dari jauh.
Teruja dengan kehebatan luar biasa Awin, netizen menggelarkan wanita ini sebagai ‘superwoman’.
Malah ada yang sanggup membayar wang hantaran RM50 ribu jika bertemu wanita sehebat Awin.
Bukan senang tau bawa lori, silap-silap lelaki pun tak lepas.
Foto – Instagram Izzue Islam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Dah Melaluinya Dahulu, Datang Temuduga Kerja Jauh-Jauh…,” – Niat Berbagi Rezeki, Shuib Sepahtu Gembira Bercampur Sayu Bila 300 Orang Hadiri Interview
Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu menzahirkan rasa gembira bersama sayu apabila melihat akan kesungguhan mereka yang hadir mencari peluang pekerjaan bersama jenama BubbleBee miliknya.
Membuka peluang pekerjaan untuk melengkapkan kekesongan bagi 100 jawatan terpilih, suami kepada penyanyi Sarah Raissuddin itu turut menambah, ada di antara peserta temuduga yang hadir adalah luar dari Lembah Klang.
“Syukur alhamdulillah, saya sendiri tidak menyangka sambutan yang diterima sangat luar biasa. Ibu pejabat yang terletak di Puchong, Selangor dipenuhi mereka yang ingin bersama-sama mengembangkan kerjaya dengan kami.
“Kalau lebih 300 orang yang datang dan masing-masing mempraktikan penjarakan sosial dengan jarak sekurang-kurangnya 1 meter, boleh jadi sepanjang 3 kilometer juga panjangnya tu,” jelasnya.
Berkongsi lanjut, Shuib turut menambah sesi temuduga terbuka itu dijalankan selama dua hari bermula 10 Jun lalu.
Pada masa sama, Shuib juga terkesan apabila ada di antara mereka yang hadir sebenarnya baru sahaja hilang pekerjaan impak dari krisis pandemik Covid-19 yang menyebabkan banyak syarikat ditutup dan mengakibatkan mereka hilang mata pencarian.
Malah, dia turut memahami serta dapat merasai sendiri kepayahan mereka yang mencari kerja memandangnya dirinya juga pernah berada pada situasi sama satu ketika dahulu.
“Saya dah melaluinya dahulu. Datang temuduga kerja jauh-jauh tapi akhirnya tak dapat. Bila melihatkan kesungguhan mereka, hati jadi sayu.
“Kalau boleh saya mahu mereka semua dapat pekerjaan tapi apakan daya, peluang yang disediakan agak terhad. Saya doakan urusan mereka dipermudahkan dan diluaskan rezeki.
“Terima kasih buat yang sudi luangkan masa dan hadirkan diri pada sesi tersebut. InsyaAllah yang berjaya akan dihubungi tidak lama lagi,” katanya.
Berkongsi lanjut mengenai perkembangan BubbleBee pula, Shuib menjelaskan ia bakal membuka enam lagi cawangan baharu dalam tempoh terdekat.
“Sebab itu saya menyeru kepada rakan-rakan artis atau orang perseorangan yang lain yang mempunyai modal tapi tak tahu nak berniaga apa, datanglah kepada kami.
“Setidakya mereka boleh berniaga di samping membuka peluang pekerjaan baharu buat orang lain juga. Ini sebenarnya kepuasan sebenar bila berniaga dan bukannya sekadar mengaut keuntungan semata-mata,” tambahnya jujur.
Sementara itu, Sarah pula menerusi satu posting di Instagram turut menyatakan rasa syukur atas sambutan baik yang diterima terhadap BubbleBee.
Perkara itu dijelaskan penyanyi Semakin ini menerusi satu klip yang merakamkan sesi temuduga yang berjalan.
View this post on InstagramA post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on
“MasyaAllah. Alhamdulillah, dengan izin Allah ianya berlaku. Sejujurnya niat kami (saya dan shuib) adalah untuk membantu orang ramai dengan peluang perkerjaan, antara niat kami yang menjadi kenyataan.
“Saya doakan agar anda semua dimurahkan rezeki,” tulis Sarah.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ini Tanggungjawab…,” – Tetap Buat Persembahan Bersama Wings, Eddie Sebak Kenang Arwah Isteri
Meskipun masih berduka dengan pemergian isteri tercinta, Norlela Mohd Yusof pada Jumaat, pemain gitar kumpulan Wings, Eddie mendedahkan dirinya sendiri yang membuat keputusan untuk meneruskan persembahan bersama Wings di festival muzik, Nusafest malam tadi.
Menurut Eddie atau nama sebenarnya, Samsaidi Ulong Idris, sokongan yang ditunjukkan oleh anggota kumpulannya membuatkan dia lebih bersemangat untuk turut serta pada persembahan kali ini.
“Ini merupakan tanggungjawab sebagai seorang pemuzik. Saya bermain muzik dengan Wings sudah lama. Apa-apa masalah yang berlaku di luar, kita tidak akan campurkan dengan kerja.
“Kami satu kumpulan sudah pun memberikan komitmen. Saya melihat kawan-kawan menunjukkan sokongan daripada urusan isteri saya di hospital sehinggalah dikebumikan.
“Merekalah yang ada bersama saya. Itu yang membuatkan saya lebih kuat. Saya reda dengan ketentuan Allah dan bersedia dengan apa yang berlaku.
“Jadi, saya cuba meneruskan persembahan pada malam ini dan alhamdulillah saya dapat fokus. Ketika Datuk Awie sebut fasal arwah di atas pentas, saya tak boleh tahan sebak,” katanya kepada MH.
Eddie berkata sedemikian ketika ditemui selepas selesai hari pertama Nusafest yang berlangsung di Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Dalam pada itu, Eddie turut memuji semangat anaknya yang juga merupakan penyanyi, Bila kerana mahu meneruskan tanggungjawabnya sebagai penyanyi latar yang mengiringi Wings malam tadi.
“Bila memang hanya mengikut keputusan saya. Dia kata, kalau daddy buat persembahan, dia akan ikut. Kalau daddy tak boleh tahan, dia juga akan tarik diri.
“Bila juga sangat menyokong dan menjadi tulang belakang saya sekarang ini. Arwah isteri tahu mengenai komitmen kami di Nusafest ini. Saya dan Bila bergilir-gilir menjaga isteri di hospital.
“Pada waktu tengah hari, saya akan menjaga dia dan sebelah petang pula Bila akan ganti. Kemudian, pada sebelah malam, Bila akan ikut serta latihan. Itulah rutin kami selama dua minggu ketika arwah isteri saya di hospital,” ujarnya lagi.
Semantara itu, vokalis Wings yang juga merupakan pelakon, Datuk Awie memaklumkan dia dan anggota lain masih lagi bersedih sehingga menyukarkan mereka untuk memberikan persembahan terbaik seperti kebiasaannya.
“Kami sudah bertanya kepada Eddie. Kalau tak bersedia, tak mengapa dan kita akan cari pengganti. Namun, semangat yang ditunjukkan Eddie membolehkan dia menjalankan tanggungjawab sebagai penghibur.
“Malam ini, energi kami hanya 50 peratus. Kami masih dalam keadaan bersedih. Kami tak mampu nak terlalu bersemangat seperti sebelum ini. Dapat selesaikan kerja malam ini pun satu kepuasan bagi kami.
“Kami bersyukur arwah pergi pada hari yang sangat baik. Penghulu segala hari. Marilah sama-sama kita doakan semoga arwah diampunkan dosa dan ditempatkan di sisi kekasih Allah,” katanya.
Sekadar informasi, Norlela telah menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 2.30 petang Jumaat akibat komplikasi buah pinggang.
Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang pada malam Jumaat.
Terdahulu, Wings telah diamanahkan untuk membuat persembahan penutup pada hari pertama Nusafest.
Selain Wings, antara band yang turut sama membuat persembahan adalah Search, Kelompok Penerbang Roket, Efek Rumah Kaca dan Iqbal M.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“I Nak Happy Macam Ni Sampai Akhirat,” – Hidup Sudah Berubah, Michael Ang Gembira Dalam Syukur
Pengarah dan penerbit, Michael Ang meluahkan rasa syukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT terhadap dirinya ketika ini.
Menurut Michael, dipertemukan dengan Sang Pencipta membuatkan dirinya kini lebih bahagia berbanding sebelumnya.
View this post on InstagramA post shared by Michael Ang (@michaelang38) on
“Salam semua. I amat bersyukur temui Allah dan apa yg dia sudah berkati dekat I selama I di dunia ni.
“Tapi hari ni I betul-betul rasa happy and tahu betapa kebesaraan Allah. Kalau boleh I nak happy macam ni sampai akhirat.
“Terima kasih Allah and I love you! Walaupun I tahu banyak lagi ujian I akan hadapi tapi apa yang I ada hari ni I dah cukup bersyukur.
“Have a great week ahead and love you all and stay safe,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengarah drama, Perempuan Tanpa Dosa itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira dengan kehidupan yang dilalui oleh saudara baru Islam itu.
Malah, mereka turut mendoakan semoga apa yang dihajati oleh Michael itu dimakbulkan oleh Allah s.w.t.
Untuk rekod, Michael telah pun memutuskan untuk memuluk agama Islam sejak tahun 2018, namun hanya mendedahkan perkara tersebut kepada pihak media lebih kurang setahun yang lalu.
Sumber: Instagram Michael Ang
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI