Bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Mohd Noor mengakui kini dirinya telah menjalani kehidupan baru selepas sah berpisah dengan aktor berkenaan secara hakam pada 9 Julai lalu.
Malah, kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa ini turut mengakui, dia kini perlu sayangi diri terlebih dahulu selain mahu kembali menjadi individu yang lebih bersemangat.
“9 Julai lalu bermulah fasa saya sebagai ibu tunggal. Saya rasa proses perceraian itu terlalu lama, jadi apabila sudah selesai saya rasa lega.
“Bukan kerana apa, tetapi kata orang tidak eloklah ketika itu sebab masih bergelar isteri orang, tetapi tidak tinggal bersama. Minta keluar tak minta izin suami dan sebagainya.
“Sekarang, bermulalah kehidupan baru yang mana saya perlu meletakkan saya terlebih dulu. Orang kata, #selflove.
“Ini kerana dalam perkahwinan saya yang terdahulu, saya banyak meletakkan diri di belakang. Kalau boleh saya mahu jadi diri yang dulu, dalam segi semangat dan keyakinan,” tegasnya kepada MH.
Mengulas mengenai komitmen bekas suami yang tidak pernah putus mengisi masa bersama anak tunggal mereka, Jebat Jayden, Nabila memuji sikap yang ditunjukkan Sharnaaz.
Ads
Selain itu, usahawan itu turut mengakui dia sebagai ibu, memberikan kerjasama bagi memudahkan proses pertemuan bapa dan anak.
“Saya bersyukur kerana Sharnaaz tak lupa untuk meluangkan masa tengok anak hari-hari. Kadang-kadang ada juga pasangan yang berpisah, tetapi tidak berapa ambil kisah mengenai soal anak.
“Tetapi Sharnaaz sebaliknya. Dia datang isi masa bersama anak. Jadi kerana itu pun rasa rasa syukur kerana Jebat Jayden ada seorang bapa yang komited dan berdedikasi.
“Malah pada masa sama, saya juga memberikan kerjasama yang penuh buatnya untuk jenguk anak pada bila-bila masa, memandangkan jadual kerjanya yang tidak menentu.
Ads
“Saya tidak mahu anak terkurang kasih sayang daripada kedua-dua belah pihak,” katanya.
Mengulas mengenai soal jodoh untuk kembali mendirikan rumah tangga selepas ini, Nabila mempunyai padangannya sendiri.
“Serik itu tidaklah. Saya percaya, kalau ada rezeki dan jodoh, saya memang mahu berkahwin lagi. Saya mahukan anak lagi.
Ads
“Cuma buat masa sekarang, saya nak fokuskan pada diri sendiri terlbih dulu dan besarkan Jebat Jayden dengan baik.
“Kalau ada yang mendekati sekalipun, kena ambil masa untuk saling mengenali,” akhirinya.
Terdahulu, Nabila dan Sharnaaz sah bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun.
Nabila ditemui selepas meraikan kejayaan Neelofa dilantik sebagai duta rantau Asia Tenggara bagi Lancome, sekali gus menjadi individu Malaysia pertama yang mewakili jenama produk kecantikan Perancis itu baru-baru ini di One Utama, Damansara.
https://www.instagram.com/p/CDk1jqIHZLd/
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, isu melibatkan Instafamous yang didakwa secara terbuka mengkrtitik cara petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19 ke atas dirinya nyata bukan sahaja mengundang reaksi pelbagai.
Lalu, pemain bola sepak negara yang kini berkelana di bumi Belgium, Luqman Hakim turut ada juga ada berkongsikan pengalamannya saat melakukan ujian sama.
Menurut Luqman, sepanjang berada bersama kelab bola sepak, Liga Pro Belgium, KV Kortrijk, dia harus menjalani ujian swab seminggu sekali.
“Kita seminggu sekali kena korek (swab test) okay je. Nurse sini buat pusing macam skru weh,” tulisnya.
Hantaran tersebut dikongsikan oleh penyerang muda berusia 18 tahun itu menerusi akaun Twitter miliknya.
Posting berkenaan nyata menarik perhatian ramai warganet.
Malah, mereka turut berpendapat tugas para frontliner sepatunya lebih dihormati kerana mereka telah berkorban nyawa, masa dan tenaga demi memastikan keselamatan semua pihak.
Terdahulu, Instafamous yang terkait dikatakan tidak berpuas hati dengan cara seorang petugas kesihatan menjalankan ujian swab ke atas dirinya baru-baru ini.
Selepas mendapat kritikan, Instafamous tersebut bagaimanapun telah pun membuat permohonan maaf dan mengakui kesilapannya itu dan kedua-dua pihak telah pun mencapai kata sepakat.
Sumber:Twitter Luqman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas memberikan persembahan konsisten sepanjang 10 minggu, akhirnya finalis, Tuah Zaini diumumkan sebagai juara baru program realiti nyanyian terbitan Awesome TV, Mic On musim ke-2 yang berlangsung sebentar tadi.
Menampilkan persembahan memukau menerusi dua buah lagu berjudul Cintaku 100 Percent dan Salam Terakhir, Tuah telah berjaya menepis saingan daripada enam peserta lain sekaligus membawa pulang hadiah utama berjumlah RM15,000 berserta trofi.
Lebih manis apabila pengurusnya yang juga merupakan pelawak, Fad Bocey turut diumumkan sebagai Manager Terbaik Mic On musim ke-2 seterus menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi.
Malah, kemenangan ini juga merupakan kejuaraan berganda buat Fad selepas anugerah yang sama turut telah dimenanginya pada edisi tahun lalu.
Menurut salah seorang juri tetap yang juga merupakan penyanyi senior, Datuk Hattan, sepanjang 10 minggu ini, Tuah sentiasa memberikan persembahan yang konsisten dan jarang membuat kesilapan-kesilapan besar menerusi lagu-lagu yang dinyanyikan.
Manakala Mas Idayu pula berpendapat, Tuah merupakan seorang penyanyi yang bijak dan kebolehannya bermain alat muzik memberikanya sedikit kelebihan.
Perkara tersebut dapat dilihat apabila Tuah menerapkan tiga jenis genre berbeza iaitu dangdut, rap dan rock sewaktu mempersembahkan lagu, Cintaku 100 Percent.
Sementara itu, Datuk Awie pula berpandangan, kemampuan yang dimiliki Tuah ini sebenarnya mampu menarik minat band-band ternama tanah air untuk melamarnya sebagai vokalis.
Lantaran itu, Awie menyarankan Tuah untuk bergabung bersama anggota kumpulan Search, Din dan Kid.
“Kalau mereka bergabung bersama, ia merupakan platform terbaik buat Tuah sendiri. Saya rasa, dia dah cukup layak. Tak payah band tersebut cari penyanyi luar,” katanya.
Sementara itu, tempat kedua yang menawarkan hadiah wang tunai RM5,000 beserta trofi pula telah diraih oleh Bulan.
Haze pula diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga sekaligus membawa pulang hadiah RM2,500 serta trofi. Haze juga telah dinobatkan sebagai Talent Pilihan Awesome yang membolehkan dia memenangi hadiah RM1,000.
Tempat ke-4 dan ke-5 pula masing-masing diisi oleh Zakir dan Yulia.
Malam kemuncak itu turut diserikan lagi dengan persembahan penyanyi popular tanah air iaitu Tomok, Hazama, Naqiu dan Black yang juga merangkap sebagai Suara Netizen (Suarnet).
Konsert Akhir Mic On musim ke-2 yang dihoskan oleh Issey Fazlisham turut menampilkan juri tetap Datuk Hattan, Mas Idayu dan Datuk Awie.
Selain Fad, pengurus yang turut sama membimbing para peserta adalah Ajak dan Ropie.
Mic On musim ke-2 bersiaran pada setiap hari Jumaat jam 9 malam di platform Awesome TV disaluran Astro 123 dan MyTV 112.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Mereka adalah peserta yang paling tekun.” Itu reaksi juri tetap program Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7), Datuk Ramli MS terhadap para bintang yang menyertai program hiburan berkenaan, tahun ini.
Bagaimanapun, Ramli mengakui setiap penyanyi itu diadili berdasarkan peringkat nyanyian masing-masing dan kerana itulah prestasi markah yang diberikan buat peserta tahun ini agak rendah jika dibandingkan dengan musim terdahulu.
“Apa yang anda dengar dan apa yang anda dapat, itulah (pungutan markah). Pada saya, ia adil.
“Kalau anda ‘perform’ 10 saya bagi 10, kalau 15 saya bagi 15. Tidak lebih dan tidak kurang.
“Di dalam seni, kita ada level. Ya mereka tekun, akan tetapi kalian boleh tengok… ini bukan nak buat perbandingalah, tapi macam mana dengan Azharina bila menyanyi (peserta GV musim ketiga) dan Mus,” katanya.
GV7 menabalkan Cliff Umar sebagai juara memperolehi markah sebanyak 71.42 peratus berbanding dua juara tahun lalu, Naqiu dan Hady Mirza yang masing-masing berkongsi markah sama iaitu sebanyak 87.00 peratus.
“Anda sendiri boleh nampak mana yang perlu dapat 90 atau 70 (markah). Itu bukan merendahkan tetapi setiap orang ada peringkat masing-masing secara individu,” jelasnya ketika sidang media.
Ramli turut menjelaskan, penilaian juri profesional bagi menentukan juara dan kedudukan seterusnya juga adalah berdasarkan kepada persembahan mutlak malam tadi.
Terdahulu, Cliff, 38, berkata, kejayaan yang diperoleh adalah untuk semua yang terlibat dalam program hiburan tahunan itu.
“This one is not belong to me tapi untuk semua orang yang menjayakan program ini dan semua orang yang bekerja keras setiap minggu.
“Saya memang peminat abang Muss, Kak Ani dan semua orang, ” katanya dalam ucapan sejurus dinobatkan sebagai juara.
Kemenangan itu melayakkan vokalis Projek Pistol itu membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000, pakej percutian dan penginapan berserta sebuah trofi.
Muss selaku naib juara menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai RM50,000 berserta sebuah trofi manakala tempat ketiga pula milik Ayu Damit.
Tempat keempat menjadi milik Noraniza Idris dengan hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi dan tempat kelima Linda Nanuwil (RM15,000) manakala keenam serta ketujuh pula menjadi milik Oja (RM10,000) dan Ashira (RM5,000).
Kesemua peserta membuat persembahan menerusi tugasan nyanyian solo dan duet serta pusingan ‘battle’.
Selain Ramli, Datuk Khadijah Ibrahim turut berada di posisi juri tetap sementara Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi rap, Joe Flizzow diundang sebagai juri jemputan.
Foto: Astro (Azrul Rafie)
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio, Fizie Roslan, meluahkan rasa terharu melihat pengorbanan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang bertungkus lumus memadam kebakaran hutan di...