Pelakon, Puteri Aishah mendedahkan dia dan suami sebolehnya mahu mempersiapkan diri dalam segala aspek terlebih dahulu sebelum menimang cahaya mata pertama.
Menurut Puteri Aishah, dia dan suami tiada membuat sebarang perancangan sebaliknya, mereka percaya dengan aturan Allah SWT.
“Bercakap soal zuriat, buat masa sekarang, belum lagi. Kami pun tidak merancang. Kalau ada rezeki, kami terima. Saya pun tidaklah terlalu memikirkan sangat mengenai perkara ini.
“Bagaimanapun, sudah tentu saya dan suami mahu pastikan kami sudah betul betul stabil dalam segala aspek kerana anak ini memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Jadi, kami harus bersedia dari segi kewangan dan lain-lain.
“Sebagai ibu bapa, kami ingin memberikan yang terbaik buat anak kami,” katanya kepada MH.
Bintang kelahiran program Dewi Remaja 2013/14 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Demi yang berlangsung di ibukota baru-baru ini.
Ketika ditanya mengapa dia jarang berkongsi perihal suaminya di media sosial, Puteri Aishah menjelas suaminya itu seorang yang sukakan privasi.
Ads
“Dia seorang yang sukakan privacy. kadang-kadang tu, kalau saya muat naik gambar dia, dia minta saya padam. Dia tak suka sangat perkara-perkara macam tu dan bukan aktif sangat pun di media sosial.
“Kalau anda follow dia sekalipun, gambar terakhir yang dia muat naik adalah ketika kami berkahwin. Kalau sebelum itu pula pada 2018. Dia memang tak update pun di platform media sosial.
“Kalau jumpa depan-depan dia seorang yang peramah cuma di media sosial sahaja dia tak aktif,” ulasnya.
Dalam pada itu, Puteri Aishah turut mendedahkan momen lucu apabila suaminya itu dikatakan pernah dimarahi pengguna media sosial hanya kerana tidak membenarkannya untuk mengikuti suaminya itu di akaun Instagram.
Ads
“Akaun media sosial dia memang private. Semasa kami bernikah, dia tinggalkan telefon di hotel. Balik je ke bilik, dia tengok telefon dia mati. Dia ingatkan rosak, rupanya notification masuk banyak sangat.
“Bila hidupkan balik telefon, dia terkejut sebab ramai yang request untuk follow. Dia pun jadi pelik.
“Sampai sekarang, kalau dia buka inbox, dia dapat banyak mesej yang paksa dia untuk approve orang yang follow dia di media sosial. Saya cakap kepada dia, itu perkara biasa.
“Dia juga ada dapat dm yang sampai nak marah ‘Boleh approve tak? Susah sangat ke nak approve?’. Saya jadi tergelak tengok reaksi dia,” akhirinya.
Ads
Terdahulu, Demi merupakan semua drama yang diadaptasi daripada novel yang menampilkan Puteri Aishah selaku tunjang utama.
Drama ini menceritakan kehidupan pahit dan perjuangan seorang isteri bernama Suraya dalam menjalani kehidupan berumah tangga bersama lelaki kacukan Melayu-Scotland.
Drama sarat emosi ini akan ditayangkan bermula 10 Ogos ini dirangkaian saluran TV Okey.
Selain Puteri Aishah, Demi turut dibintangi pelakon-pelakon hebat tanah air antaranya Keith Foo, Ashraf Muslim dan Riz Amin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Puteri Aishah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Beberapa jam lalu, usahawan sensasi Sajat ada berkongsi beberapa keping foto yang merakamkan dirinya kini terlantar di hospital.
Meski tidak memaklumkan mengenai masalah kesihatan yang dialami, Sajat menerusi Instagram memberitahu malam raya ini, dia berada di hospital dan turut meminta maaf kepada semua andai ada salah dan silap.
“Malam raya saya kat hospital..maafkan saya,klu selama ini saya banyak buat salah pada mereka di luar sana.. harap saya cepat sembuh…saya nak beraya dengan anak anak,tetapi ummi kat hospital..maafkan ummi,” tulisnya.
Cat Farish atau nama sebenarnya, Farish Ramli memohon doa ramai demi anak saudaranya yang dikenali sebagai Benjamin Pawanteh.
Dia difahamkan baru sahaja menjalani pembedahan tempurung kepala untuk mengeluarkan darah beku.
Jelasnya, Benjamin juga kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi dan belum sedarkan diri.
Menurut perkongsian di Ig Story Cat, Benjamin mengalami pendarahan di bahagian otak kanak selepas terjatuh semasa bermain bersama sepupunya pada Syawal pertama.
“Salam sahabat semua doakan anak sedara saya. Anak adik saya @ladyjamalo dan suami @the_accidental_logistician #benjaminpawanteh yg baru menjalanni pembedahan tempurong kepala utk mengeluarkan darah beku petang tadi.
“Kini ben di rawat di icu dan saya memohon doa dari kalian semua. Ya Allah kembalikanlah kesihatan dan kembalikan ben sihat sedia kala.
Pelakon Reen Rahim, mengumumkan dia bakal menamatkan zaman bujang pada hujung bulan ini dengan jejaka yang dikenali dengan pangkal nama Mr. H.
Reen atau nama sebenarnya, Noreen Asyikin Abdul Rahim, 34, walau bagaimanapun enggan berkongsi identiti bakal suaminya sehingga menjelang hari bahagianya nanti.
“Saya akan menamatkan zaman bujang pada hujung tahun ini namun saya tidak boleh berkongsikan lagi tarikh serta identiti bakal suami sebab nak elak daripada penyakit Ain.
“Apa yang boleh saya kongsikan si dia adalah orang daripada industri seni serta terlibat dalam bidang perniagaan. Kami dah kenal sejak dua tahun lalu dan dia enam tahun lebih muda daripada saya,” katanya kepada MH.
Reen ditemui pada majlis sidang media pengumuman majlis perkahwinannya yang berlangsung di Irama Dining, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam majlis itu juga, Reen turut mengesahkan dia sudah bertunang pada 12 Ogos lalu.
Sebanyak tiga majlis dirancang iaitu berinai, akad nikah dan resepsi yang mana mendapat keseluruhan RM15 juta daripada Ceres Gold dan The Kenduri.
Majlis pernikahan akan diadakan di Bora Ombak Marina, Putrajaya manakala resepsi di Forest Valley Hall, Cheras.
Berkongsi lebih lanjut, Reen berkata pada awalnya, dia dan bakal suami tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin namun disebabkan doa ibu bapa, akhirnya mereka terbuka hati untuk melangkah ke fasa baharu dalam hidup.
“Pada mulanya kami tidak berhasrat untuk berkahwin dan terikat dengan sebarang komitmen, tapi pada masa sama kami saling menyukai antara satu sama lain.
“Tak tahulah apa agaknya doa keluarga, akhirnya kami berdua terbuka hati untuk halalkan ikatan dan berjanji untuk saling menjaga hingga ke akhir hayat,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!