Pelakon Zarina Anjoulie berkongsi tips yang diamalkan oleh pembantu rumahnya khusus bagi mengekalkan kesihatan mata.
Wanita itu dilihat membersihkan matanya dengan air rebusan daun sireh dan hasilnya, rasa sakit pada mata membantu segera pulih.
“Kalau ni tak jalan Ok la kalau ada rezeki lebih aku belanja bibik laser la 😂 celup dgn air sireh,” kongsinya.
View this post on Instagram– – kalau ni tak jalan Ok la kalau ada rezeki lebih aku belanja bibik laser la 😂 celup dgn air sireh
A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on
Perkongsian selebriti itu turut mendapat reaksi netizen dan rata-rata mengakui air rebusan daun sireh cukup bermanfaat selain mampu mengatasi masalah rabun.
Foto : Instagram Zarina Anjoulie
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Mintak Masuk, Kita Masuklah!,” – Reaksi Faizal Tahir Rakam Lagu Empat Dara 2020, Elly Mazlein Dedah Asalnya Nak Buat Orang Gembira
Sepotong video pendek yang menyaksikan Elly Mazlein atau lebih sinonim dengan sapan Kak Lina Pom Pom nyata mencuri perhatian peminat baru-baru ini.
Malah, Elly turut mencabar netizen untuk menyanyikan semula lagu terbabit mengikut versinya dan menawarkan wang saguhati RM100 bagi video terbaik.
Cabaran tersebut pantas mendapat reaksi ramai termasuk rakan selebriti yang turut merakamkan semula lagu Empat Dara dalam versi tersendiri.
Antaranya Datuk Aznil Nawawi, Achey, Acong Sweetchild, Datuk Fizz Fairuz, Shiha Zikir, Azza Elite dan Ezad Lazim.
Sehingga kini, video tersebut menghampiri 2 juta tontonan bersama lebih dari 200,000 komen.
“Tak sangka ia mendapat perhatian sampai macam tu sekali, niat saya cuma satu, saya nak buat orang gembira.
“Bila orang lain gembira, saya turut tumpang gembira.” kata Elly selepas video asal tersebut menjadi tular.
Tidak terlepas dari menyahut carbaran tersebut adalah penyanyi dan komposer, Faizal Tahir yang memuat naik sedutan dari persembahan beliau di salah sebuah rancangan television.
Klip tersebut turut mendapat perhatian netizen yang rata-rata mahukan Elly dan Faizal merakam semula lagu tersebut.
Lalu, syarikat rakaman Faithful Music merialisasikan permintaan tersebut dengan menerbitkan semula Empa Dara 2020.
Bagi menambah rencah, Zizi Kirana turut sama terbabit dengan menyumbangkan suara serta terlibat dalam video muzik (MV) lagu ini.
“Tak sangka pula Faizal Tahir melayangkan tawaran untuk bekerjasama dengan Elly.
“Faizal memberitahu, kerjasama ini disifatkan sebagai projek gila-gila dan saya tak fikir dua kali untuk menerima tawaran ini,” kata Zizi Kirana.
Faizal Tahir pula menjawab ringkas bila ditanya tentang kolaborasi dan versi terbaru ini. Katanya;
“Dia (Elly) mintak masuk, kita masuk lah!”
Empat Dara merupakab karya asal Atan Ahmad dan Ahmad Jusoh manakala versi terbaru ini mendapat sentuhan bersama Faizal Tahir, Mage, Mike Chan dan Mambang.
Empat Dara 2020 adalah terbitan Faithful Music dengan kerjasama Universal Music Malaysia sebagai pengedar dan sudah boleh didapati di semua pelantar muzik digital.
Muzik video rasminya kini sudah pun trending dengan tontonan hampir 900,000 kali selepas dilancarkan sehari lalu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Yusuf Bahrin Selalu Bawa Zizi Ke Set; “Memang Ajak Bukan Sebab Dia Tak Percayakan Saya, Tapi…”
Pelakon Yusuf Bahrin menyangkal dakwaan mengatakan dia dikongkong isteri, penyanyi Zizi Kirana.
Hal ini timbul apabila dia dikatakan kerap membawa Zizi ke lokasi penggambaran drama yang dibintanginya.
Menurut Yusuf, 30, tujuannya berbuat sedemikian kerana tidak mahu isterinya berseorangan di rumah serta mahukan Zizi menjadi penemannya di set penggambaran.
“Saya memang ajak bukan sebab dia tidak percayakan saya tapi sebab dia berseorangan dekat rumah.
“Isu cemburu ini, dia tak ada cemburu yang lebih-lebih. Biasalah perempuan bila kita terlalu mesra dengan wanita lain dia akan terasa… saya sebagai suami kenalah terangkan.
“Dia pun manusia biasa yang ada perasaan cemburu, jadi dengan cara membawa dia sekali, sentiasa hubungi dia itu adalah cara saya,” katanya kepada MH.
Yusuf ditemui pada majlis pratonton episod 1 drama Jesnita terbitan Zeel Production yang diadakan di TGV Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur pada Khamis.
Selain Yusuf, Jesnita turut dibintangi Intan Najuwa, Nasha Aziz, Malik Mccrone dan Fikry Ibrahim.
Bersesuaian dengan statusnya sebagai suami, Yusuf yang merupakan hero drama ini berkata dia mengambil pendekatan enggan bersentuhan dengan gandingan pelakon wanita dalam mana-mana naskhah yang dibintanginya.
Yusuf menjelaskan pendiriannya itu dibuat bukan disebabkan disuruh oleh sesiapa sebaliknya ia demi menjaga hati isteri tercinta.
“Memang saya berjaga-jaga selepas berkahwin ini, kena jaga hati isteri. Bila ada watak bersentuhan saya terpaksa hadkan.
“Dulu sebelum kahwin saya ‘free and easy’ tapi ada batas, bila dah kahwin ini bukan tak ada, tapi bukan sentuhan yang terang-terangan ataupun daring (sentuh berlapik).
“Alhamdulillah Zizi sangat memahami, perkara ini atas kemahuan saya sendiri. Zizi juga tidak meletakkan apa-apa syarat cuma kami sekadar mengingati antara satu sama lain,” katanya lagi.
Drama Jesnita arahan Emi Suffian ini bakal ditayangkan di Astro Prima, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 7 November ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Atas Permintaan Keluarga, Kami Terpaksa Merahsiakannya,” – Uyaina Arsyad Sahkan Sudah Dirisik Keluarga Raja Syahiran
Hubungan diantara pelakon dan pengacara, Uyaina Arsyad bersama penyanyi, Raja Syahiran difahamkan kini sudah pun memasuki ke fasa yang seterusnya.
Terbaru, Uyaina mendedahkan dia sebenarnya telah pun dirisik oleh keluarga kekasihnya itu pada sekitar November tahun lalu.
Memetik laporan Harian Metro, Uyaina menjelaskan dia dan Syahiran memutuskan untuk merahsiakan mengenai perkara tersebut sebagai tanda menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.
“Keluarga Syahiran sudah datang bertemu keluarga saya untuk merisik pada November tahun lalu.
“Alhamdulillah, pertemuan dua belah keluarga berjalan lancar, namun atas permintaan keluarga, kami terpaksa merahsiakannya sebelum ini,” katanya seperti yang dipetik.
Jelas pengacara program Wanita Hari Ini itu lagi, sewaktu pertemuan tersebut, dia telah pun menerima sebentuk cincin sebagai tanda merisik daripada ibu kepada Syahiran.
“Pada hari terbabit tiada majlis dibuat, malah saya pun tak sempat bersiap.
“Ibu Syahiran sekadar datang memberikan sebentuk cincin sebagai tanda merisik dan kedua-dua belah keluarga saling berkenalan,” katanya lagi.
Terdahulu, hubungan diantara dua selebriti ini mula bertiup kencang selepas mereka dilihat hadir bersama secara berpasangan sewaktu majlis resepsi pelakon popular, Mira Filzah dan Wan Emir Astar.
Sumber: Harian Metro & Instagram Uyaina Arsyad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI