Tiada angin, tiada ribut, timbul pula spekulasi membabitkan pasangan selebriti, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel selepas syarikat mereka didakwa memotong gaji pekerja gara-gara tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.
Menurut Wawa, syarikatnya itu tidak pernah berbuat sedemikian malah, dia juga tetap memberikan gaji kepada para pekerja sewaktu negara dilanda pandemik.
“Isu yang dikaitkan dengan kami itu tidak betul. Kami tidak pernah memotong gaji pekerja. Malah, ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) pun, kami masih berikan bonus.
“Pada tahun lepas pula, staf saya sangat meriah dengan bonus. Hari raya dan hujung tahun dapat bonus. Mereka juga dapat bercuti ke luar negara, berjalan-jalan dan membeli belah,” katanya kepda MH.
Wawa berkata sedemikian ketika ditemui media pada majlis Malam Aprisiasi Wawa Cometic 2023 yang berlangsung di Tenera Hotel, Bangi pada Sabtu.
Ads
Jelas Wawa lagi, dia dan suami amat kecewa kerana dakwaan tersebut mula tersebar disebabkan satu artikel yang diterbitkan sebuah portal blogger.
“Sebenarnya, tiada siapa pun yang menuduh saya atau Aeril tetapi pihak blogger tersebut yang membuat spekulasi sendiri. Merekalah sebenarnya yang mencetuskan fitnah tersebut.
“Saya rasa ini fitnah yang paling teruk pernah kami terima. Kalau pihak portal tersebut meletakkan tanda soal pada kenyataannya itu dan gambar kami dikaburkan, mungkin kami boleh terima lagi.
“Ini setepek gambar kami di situ dan tiada tanda soal pada kenyataan tersebut. Seolah-olah pihak tersebut mengiyakan dakwaan syarikat kamilah yang dimaksudkan kerana tidak membayar gaji pekerja.
Ads
Lantaran itu, Wawa memaklumkan dia dan suami terpaksa membawa perkara tersebut ke muka pengadilan demi menjaga nama baik syarikatnya.
“Setahu saya, pihak laman portal tersebut telah menerima surat ‘letter of demand’ (LOD). Yang menguruskan segala hal ini adalah Aeril sebab dia rasa geram sangat. Saya ni hanya menenangkan dia sahaja.
“Aeril memang nak ambil tindakan kerana perbuatan tersebut telah mencalarkan nama baik kami. Sebagai usahawan, kami tak boleh biarkan kalau imej kami dicalar. Aeril anggap perkara ini sangat serius,” ujarnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, ibu kepada empat orang cahaya mata ini turut memberitahu, dia tidak mahu hal seperti ini menjejaskan hubungannya bersama pihak media yang lain.
“Kepada pihak media terutamanya blogger yang saya kasihi, anda juga banyak menyokong kami. Jadi, kami tidak mahu perkara seperti ini merosakkan hubungan kita. Saya pun tak mahu perkara ini terjadi.
“Kepada blogger berkenaan, saya minta maaf kalau anda terasa dengan tindakan kami. Namun, kami tetap kena buat untuk memberi pengajaran bukan kepada dia sahaja tetapi juga kepada orang lain yang suka buat spekulasi sendiri,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Azharina tidak mengambil hati atau sentap bila ada peminat muzik yang memberi komen, mengatakan kualiti single terkininya, Lakar Janji seperti lama, lapok, tidak cantik dan sebagainya.
Bagi Azharina, paling tidak ia diperkatakan ramai sekali gus membuatkan penyanyi asal Sabah ini boleh memperbaiki kelemahan yang ada.
“Walaupun ada yang kata muzik video saya tu nampak tak cantik atau lapok, yang penting ia ada di situ. Orang bercakap ni saya tak kisah sangat. Kena caci? Saya suka jer.
“Sebab apa, sekurang-kurangnya saya tahu mana yang betul dan cuba untuk perbaiki kelemahan yang ada. Jadi daripada situlah kita cuba belajar dan terus belajar,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single berkenaan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Jelas Azharina lagi, baik atau buruk orang memperkatakan mengenai sesuatu, ia tetap dianggap sebagai suatu publisiti yang secara tidak langsung akan memberi impak tersendiri.
“Kata orang, baik atau buruk orang bercakap, ia masih dianggap sebagai suatu promosi. Tengok ada sesetengah lagu pun kena kecam, tapi ia jadi viral juga,” terangnya lagi.
Terdahulu, Lakar Janji merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Dr. Irma Shida di bawah label Dr. Irma Entertaiment hasil dari kerjasama sulung di bawah syarikatnya sendiri, Azharina Entertaiment.
Sejak dimuat naik menerusi YouTube beberapa hari lalu, muzik video berkenaan sudah pun ditonton lebih 30,000 kali.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara Iesya Toh berkongsi maklumat akan perintah terbaru berkait dengan pelaksanaan solat berjemaah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Jelasnya hanya 12 orang jemaah sahaja dibenarkan manakala golongan pesakit berisiko, warga emas berusia 70 tahun ke atas dan kanak-kanak bawah 15 tahun tidak dibenarkan menyertai solat jemaah.
“12org jemaah yg dibenarkan. Sebenarnya new norm ni, byk perubahan, dah dibenarkan hanya mereka yg SIHAT, Xde penyakit BERISIKO, 70tahun ke atas x boleh bjemaah dahulu & 15tahun ke bawah pun x boleh bjemaah dahulu.
“Tak boleh bersalaman.. abis solat, doa & terus balik.
“BALIK RUMAH TERUS! XDE SINGGAH MANA2 DAH.. SAMPAI RUMAH, TERUS MANDI. Sebelum sentuh ahli keluarga yg lain! Itu new norm. ANDA BOLEH DISPLIN?,” jelasnya.
KERAJAAN membenarkan semua masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan berstatus zon hijau menunaikan solat Jumaat, berjemaah, tarawih dan Aidilfitri ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Namun, buat masa ini hanya jemaah lelaki dibenarkan terlebih dulu menunaikan solat berjemaah berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkara itu diputuskan selepas resolusi Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang 8 Mei lalu sebelum dipersembahkan dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu.
Menurutnya bilangan jemaah bagi solat Jumaat dan lain-lain solat berjemaah adalah tidak kurang daripada tiga orang tidak termasuk imam dan tidak lebih daripada 30 orang.
Foto : Instagram Iesya Toh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!