Grup wanita popular, Dolla tidak mahu memperbesarkan isu yang tercetus membabitkan salah seorang anggota kumpulan baharu iaitu SMDX, Elle Thong.
Ia susulan kenyataan Elle menerusi sesi siaran langsung di TikTok yang antara lain mendakwa dia tidak mengenali Dolla ketika menjawab pertanyaan menerusi aplikasi sosial itu.
Mewakili Dolla, Sabronzo menegaskan mereka kini sedang berusaha untuk mengukuhkan jenama mereka di Malaysia dan antarabangsa.
“Bagi pihak Dolla, saya merasakan tidak mengapalah. Kami pun tidak menjangkakan yang semua orang kena kenal kami.
“Kami juga sedar yang Dolla masih belum mencapai tahap dikenali di seluruh pelusuk Malaysia.
“Jadi, kalau ada yang tak kenal, tak mengapa. Kami akan terus berkarya menerusi lagu dan mencipta kandung-kandungan menarik.
“Dengan adanya konsert ini juga, kami berharap yang Dolla akan dapat mencapai lebih banyak peminat,” katanya kepada MH.
Dolla ditemui di majlis sidang media pengumuman konsert ‘Dolla Re:Birth The Experience’ di Planetarium Negara, Kuala Lumpur pada Isnin.
Sementara itu, Tabby pula berharap agar isu seperti ini dapat dijadikan pengajaran buat semua pendatang baharu.
“Pada pandangan kami, hal ini biasa sahaja. Mereka juga merupakan pendatang baharu di dalam industri.
“Kami berharap pada masa hadapan nanti, mereka akan lebih banyak belajar. Selamat maju jaya buat kerjaya mereka.
Ads
“Seperti yang kami selalu katakan, Dolla akan sentiasa menyokong kumpulan-kumpulan baharu. Tak mengapa, kesilapan biasa berlaku.
“Apapun, kami hormat sahaja pandangan semua pihak. Mereka berhak berikan pendapat,” katanya lagi.
Pada masa sama, Sabronzo juga tidak mahu isu ini menjadi punca perbalahan di antara peminat.
“Kami tahu IDolla sentiasa bersemangat menyokong dan melindungi kami. Kami sangat hargai usaha keras mereka
Ads
“Tapi tak perlulah bergaduh. Terus sebarkan perkara positif. Industri kita ini sudah memang kecil.
“Ini hal kecil sahaja. Tak perlulah diperbesarkan,” akhirinya.
Elle juga sudah pun tampil membuat permohonan maaf peribadi selepas siarannya yang menjawab pertanyaan menerusi ‘TT Live’ sebelum ini mencetuskan tular.
Permohonan maaf itu dibuat selepas pengurusannya XIOKK Entertainment mengeluarkan kenyataan bagi menjawab beberapa isu membabitkan SMDX.
Dalam perkembangan lain, Dolla terus mencipta sukses tersendiri dalam profil seni mereka apabila bakal mengadakan konsert sulung di Zepp KL pada 3 Ogos ini.
Tiket konsert bakal mula dijual bermula jam 12 tengah hari, esok dan menurut Dolla, konsert istimewa itu bakal membawa peminat melalui fasa permulaan kerjaya mereka sejak dulu hingga kini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Hos, Azwan Ali menzahirkan rasa syukur apabila kini sudah pun mendiami sebuah unit kondominium yang dibeli.
Menurut Azwan, unit terbabit berharga lebih setengah juta dan ia hampir mencecah RM1 juta keseluruhan kerana melalui proses renovasi dan sebagainya.
“Rumah yang saya beli berharga lebih RM600,00, cuma nilai harganya hari ini mencecah RM1 juta bersama dengan fasiliti yang ditawarkan.
“Bukan nak cakap besar, kediaman tersebut bagi saya terlalu sofistikated. Ingatkan jenis kondominium mahal yang biasa-biasa saja.
“Tetapi ia sebaliknya. Daripada lobi sehinggalah kepada kemudahan yang lain, memang baik,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, perkongsian pelakon drama Diva Popular ini mengenai perkara tersebut menjadi buah mulut netizen yang seolah-olah tidak percaya.
“Lalu, perkara tersebut membuatkan ada yang percaya dan tidak bila saya kongsikan di media sosial. Contohnya, ada yang pertikai mengenai keluasan kondominium berkenaan.
“Saya terus terang, tak malu nak cakap. Memang saiznya tak besar mana. Tetapi nilainya yang mahal. Ada yang kata beli kondo kecil pun kata sejuta.
“Dia memang ‘facing’ KLCC. Jadi sesiapa yang mencabar, kata saya propa… mari sini! Tapi saya tak akan buat ‘live’ atau tunjuk kerana saya bukan ‘jakun’ KLCC. Perlu ke?,” katanya lagi.
Sementara itu, Azwan teruja kerana impiannya untuk mendiami rumah baru menjadi kenyataan selain bersyukur rezekinya dalam seni kian murah.
Pada masa sama, Azwan menjelaskan dia menyewa kediaman lain selama tiga tahun sebelum mendapat kunci lebih awal bagi mendiami kondominium terbabit.
“Ia sebenarnya dijangka siap sekitar tahun 2022. Namun syukur saya dapat kunci awal. Jadi saya pindah lebih cepat dari yang dijangkakan,” akhirinya.
Foto: Instagram Lagu Cinta Kita
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setiap apa aktiviti yang dilakukan selebriti, sudah pasti akan mendapatmendapat perhatian peminat dan itulah yang mungkin dilalui aktres, Fasha Sandha.
Seperti sedia maklum, Fasha sinonimberkongsi video masakan dalam menyediakan juadah buat seisi keluarga.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan bagaimanapun mendedahkan, ada pengguna media sosial yang bertanya video masakan dilihat kurang dimuat naik kebelakangan ini.
“Depa dok tanya, kami tak masak dah ka. Sejujurnya kami masak almost everyday tapi tak menyempat nak amik video.
“Dep dok DM mintak resepi, mintak kongsi idea nak masak, haihhh kami ni bukan la expert sangat dalam memasak ni hampaaa, sebab tu la nama hashtag kami #taksempurnabyfashasandha…
“Takpalah, memandangkan ramai sangat DM saya untuk mintak resepi Masak, kadang2 kami belanja la k…,” tulisnya.
Untuk rekod, Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, bintang drama bersiri Semua Salahku ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.
Selepas itu, Fasha berkahwin bersama pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019.
Kini, Fasha dikurniakan cahaya mata ketiga diberi nama Aisha Amaira pada 7 Ogos lalu.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Ernie Zakri bersyukur apabila dapat membuat persembahan pada saingan hari kedua Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM38) di Shah Alam, pada Sabtu.
Ernie berkata, kehadirannya hari ini demi peminat yang berharap dia membuat persembahan di SFMM38.
“Alhamdulillah sudah tentu saya berasa lega dan sebenarnya saya buat persembahan ini demi peminat yang sama-sama berjuang untuk lagu Astana,” katanya.
Ditanya sejauh mana harapannya menerusi lagu ciptaannya bersama Omar K, Syamel dan Syazriq Azeman itu, Ernie percaya rezeki dan cuba memberikan yang terbaik.
“Sekiranya ada rezeki ke Anugerah Juara Lagu 38, saya akan cuba menebus segala yang harus ditebus.
“Doakan yang baik-baik untuk lagu ini. Sudah pasti saya meletakkan harapan tinggi, seperti mana yang diharapkan juga peminat, Insya-Allah,” katanya lagi.
Isteri kepada penyanyi Syamel itu membuka tirai dalam saingan hari kedua SFMM38.
Terdahulu Ernie mengesahkan dia bakal menyanyikan lagu Astana sekali gus menamatkan spekulasi bakal menarik diri daripada menyertai pertandingan itu selepas dikatakan tidak menerima sebarang kenyataan rasmi daripada bekas syarikat rakamannya, Rocketfuel Entertainment untuk menggantikannya dengan penyanyi, Nadeera.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...