Tidak menyangka kerisauan tunangnya, Isa Khan yang dikongsikan di laman Instagram mendapat kecaman hebat netizen, jelas Nur Risteena, ia sesuatu normal apabila tunangnya risau tidak dapat menghubungi dalam tempoh masa lama.
Tambah pelakon ini, setiap insan mempunyai cara tersendiri untuk meluahkan dan menunjukkan kasih sayang terhadap orang tersayang.
Malah, juga dia bebas berkongsi apa sahaja yang diinginkan di laman sosial miliknya selagi tidak mengganggu individu lain.
Meski biarpun menerima kecaman dan komen negatif, namun dia memilih untuk melihat ia dari perspektif positif dan mengharapkan doa yang baik-baik daripada netizen.
Pada masa sama, kakak kepada Ruhainies ini turut memohon maaf kepada haters.
Terdahulu, pelakon Playboy Itu Suami Aku itu berkongsi kisah apabila tunangnya, Isa Khan memikirkan suatu hal yang buruk berlaku gara-gara gagal dapat dihubungi kira-kira 30 minit.
Selepas lima bulan berkenalan, pasangan itu mengumumkan mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019. Mereka mengadakan majlis pertunangan di Bali, Indonesia, dengan dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak.
Foto : Instagram Nur Risteena
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cantiknya Idola…,” – Majlis Kesyukuran ‘Baby A’ Berjalan Sempurna, Madammu Ayu Bertudung Litup
Usahawan Eriyca Baiduri atau lebih mesra disapa Madammu telah selamat menganjurkan majlis kesyukuran dan doa selamat bersempena dengan kandungan sulungnya, pada Jumaat.
Sambil dilatari dengan tema ungu, para tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan tulang belakang jenama yang diusahakan, Noir Health & Beauty Sdn Bhd terlihat sopan dengan penampilan Muslimah oleh tetamu wanitanya.
“Majlis kesyukuran untuk Baby A,” tulis Madammu menerusi kapsyen pada Instagram rasmi mereka.
Ia sekali gus memberi bayangan bahawa zuriat pertamanya bersama suami kelak akan bermula dengan huruf ‘A’.
Menerusi platform sama, turut dikongsikan ialah sekitar sepanjang majlis berlangsung.
Begitu juga di TikTok, Madammu ada berkongsi perkara sama sambil memohon doa yang baik daripada semua.
“Alhamdulillah, semoga semua berjalan dengan lancar. You alls doakan yang baik-baik untuk Madaamu,” tulis akaun terbabit.
Tertera di ruangan komen, titipan kata positif yang ditinggalkan oleh wargamaya.
Malah tak kurang yang memuji penampilan penaja utama Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang sopan bertudung litup.
“Semoga suatu hari nanti Madammu akan kekalkan berpakaian sedemikian. Amin, cantik sangat.”
“Syukur alhamdulillah moga dipermudahkan.”
“Alhamdulillah suka tengok Madammu.”
“Alhamdulillah bertambah cantik Madammu sejak pregnant ni.”
“Cantik Madammu pakai hijab.”
“Semoga terus kekal bertudung.”
“Cantiknya idola I.”
Sehingga kini posting berkenaan telah pun menerima lebih 300,000 kali tontonan.
Terdahulu, Madammu berkongsi berita gembira apabila dia disahkan hamil selepas lima bulan menjalani rawatan in vitro fertilization (IVF) bermula April lalu.
Sejak itu, dia secara terbuka berkongsi perjalanannya dalam ikhtiar memiliki cahaya mata sendiri selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Berperanan Beri Motivasi, Bukan Prank…,” – Sudah Didaftarkan Sebagai Pemain MPL, RSG MY Tagih Khidmat M Nasir
Sejak semalam, nama penyanyi dan penulis lagu terkenal, Datuk M Nasir menjadi bualan hangat warganet apabila ikon muzik tersebut dikaitkan untuk menyertai pasukan esukan, RSG MY.
Pada mulanya, ramai yang menyangkakan perkhabaran tersebut hanyalah gurauan atau ‘prank’ sehinggalah berita itu disahkan apabila nama M Nasir diperkenalkan di laman Instagram rasmi RSG MY.
Memetik laporan Harian Metro, Pengurus Komuniti RSG MY, Mohamad Zawir Zakari memberitahu, nama M Nasir sudahpun didaftarkan sebagai pemain baharu pasukan tersebut.
“Memang kita mendaftarkannya M Nasir sebagai pemain. Selain itu beliau juga berperanan untuk memberi motivasi kepada pemain-pemain lain. Ini memang bukan ‘prank’,” katanya seperti yang dipetik.
Jelas Zawir lagi, keputusan mengambil M Nasir selaku pemain bukanlah dibuat secara terburu-buru sebaliknya hal tersebut memang sudah lama berada didalam perancangan pasukannya itu.
“Memang sudah lama rancang tapi pengumuman ini memang baru lagi. Lagi pun akan ada pengumuman senarai pemain petang ini iaitu siapa yang bakal beraksi di MPL MY musim ke-10,” ujarnya lagi.
Ketika diperkenalkan, RSG MY memuat naik gambar berbentuk kad permainan dengan wajah M Nasir yang dilihat segak memakai jersi rasmi pasukan mereka.
“Mentera Semerah Padi. Seorang lagenda, seorang ikon negara, dan sekarang, sebagai pemain Mobile Legends:Bang Bang (MLBB) RSG dengan IGN Sifu!
“Selamat datang kepada salah seorang pemain flex role kami Datuk M Nasir,” kata RSG MY yang pernah muncul juara MPL MY musim ketujuh selepas menumpaskan Todak 4-2.
Ketika ini, kesemua pasukan sedang giat mempersiapkan pemain dan tektikal bagi menghadapi, saingan Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Musim ke-10 yang bakal bermula tidak lama lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Alhamdulillah Untuk Hadiah Paling Bermakna Allah Kurniakan Buat Kami…,” – Isteri Fizo Omar Hamil, Tahniah!
Pelakon Fizo Omar bakal menyambut kehadiran anak kedua selepas isterinya, Fazeera Nazri mendedahkan dia kini sedang hamil.
Di dalam sebuah perkongsian video di Instagram pada Ahad, Fazeera, 26 membuat kejutan kepada Fizo dengan memberikan alat ujian kehamilan.
“Video ini diambil ketika bulan pertama perkahwinan kami, ia kejutan besar buat dia apabila beritahu saya hamil.
“Alhamdulillah, untuk hadiah paling bermakna Allah kurniakan buat kami dan saya berdoa agar semuanya berjalan lancar,” tulisnya.
Reaksi teruja spontan yang diberikan Fizo menerusi video berdurasi 50 saat itu menarik perhatian ramai dan sehingga kini ia sudah pun ditonton lebih 100,000 tontonan.
“Maksudnya awak hamil? Serius? Saya cintakan awak. Biar betul sayang?
“So made in Janda Baik la ni? Ya saya sangat gembira,” kata Fizo dalam video terbabit.
Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 36, turut meninggalkan komen pada hantaran video itu.
“Saya adalah bapa paling gembira saat ini. Saya cintakan awak sayang,” tulisnya.
Sementara itu menerusi hantaran berasingan, Fazeera turut berkongsi foto ‘baby bump’ yang kian jelas kelihatan.
“Saya harap wajah kamu persis bapa anda yang menawan,” tulis Fazeera pada ruangan kapsyen.
Lalu, rata-rata netizen turut sama tumpang gembira seterusnya menitipkan ucapan tahniah selain mendoakan proses kehamilannya berjalan lancar.
Fazeera bagaimanapun tidak memaklumkan usia sebenar kehamilannya.
Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober tahun lalu di dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Ini adalah perkahwinan kedua buat Fizo. Dia pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Karim pada 2013 namun berpisah pada Julai 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang mata perempuan, Wan Maryam yang kini mencecah usia 5 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI