Tidak menyangka kerisauan tunangnya, Isa Khan yang dikongsikan di laman Instagram mendapat kecaman hebat netizen, jelas Nur Risteena, ia sesuatu normal apabila tunangnya risau tidak dapat menghubungi dalam tempoh masa lama.
Tambah pelakon ini, setiap insan mempunyai cara tersendiri untuk meluahkan dan menunjukkan kasih sayang terhadap orang tersayang.
Malah, juga dia bebas berkongsi apa sahaja yang diinginkan di laman sosial miliknya selagi tidak mengganggu individu lain.
Meski biarpun menerima kecaman dan komen negatif, namun dia memilih untuk melihat ia dari perspektif positif dan mengharapkan doa yang baik-baik daripada netizen.
Pada masa sama, kakak kepada Ruhainies ini turut memohon maaf kepada haters.
Terdahulu, pelakon Playboy Itu Suami Aku itu berkongsi kisah apabila tunangnya, Isa Khan memikirkan suatu hal yang buruk berlaku gara-gara gagal dapat dihubungi kira-kira 30 minit.
Selepas lima bulan berkenalan, pasangan itu mengumumkan mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019. Mereka mengadakan majlis pertunangan di Bali, Indonesia, dengan dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak.
Foto : Instagram Nur Risteena