Sufian Suhaimi yang baru sahaja dinobatkan pemenang bagi kategori Persemhahan Terbaik menerusi lagu Di Matamu di Anugerah Juara Lagu ke33 (AJL33) menjelaskan, konsep persembahannya malam tadi bukan bertujuan untuk ‘mencuit’ mana-mana pihak.
Sebaliknya, apa yang dipersembahkan merupakan hasil perbincangan dan idea ramai pihak. Malah jika ada yang terasa, Sufian memohon maaf.
“Bila bercakap mengenai kisah saya yang putus tunang, tentunya tak jadi kahwin. Tapi itu bukanlah untuk cuit mana-mana pihak.
“Itu adalah interpritasi saya untuk lagu tersebut di pentas AJL33 dan kalau ada yang terasa hati atau terguris, saya mohon maaf.
“Ia hanyalah persembahan dan rasanya penonton pun suka. Kalau ada yang tak suka tu boleh tengok persembahan lain,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai perancangan persembahan, Pian memberitahu ada beberapa idea telah diberikan. Bagaimanapun apa yang lebih diutamakan ialah susunan lagu.
Ads
“Ada beberapa idea, cuma apa yang menjadi keutamaan ialah susunan lagu itu sendiri. Bila sudah dapat susunan lagu tu barulah Hatta Dolmat selaku stylist saya dan kebetulan dia ada kenal dengan team perancang perkahwinan yang sebelum ini merancang majlis untuk kahwin Yuna.
“Dia berminat untuk membantu buat Di Matamu dan itulah yang boleh kita lihat,” jelasnya lagi.
Diajukan persoalan jika ada pihak yang membayangkan Pian seperti mahu mengambil kesempatan atas apa yang berlaku, bintang ini menafikan perkara berkenaan.
Ads
“Saya tidak melihat ini sebagai mengambil kesempatan. Cuma apa yang berlaku itu seolah-olah ada timeline yang macam sesuai dengan apa yang kita buat.
“Misalnya sebelum ini pun saya sudah banyak kali katakan lagu itu bukan mengenai kisah peribadi saya. Kemudian benda tu berlaku ketika ia hampir dilancarkan.
“Kemudian bertanding di AJL dan cerita itu masih lagi buah mulut orang,” katanya yang turut menafikan elemen ‘pelamin terbelah’ adalah sebagai penambah perisa persembahan.
“Bukan metafora juga.. tapi ia ibarat penambah perisa persembahan. Bukan 100% idea saya. Ada banyak orang di belakang untuk lagu ini di AJL dan apa yang anda lihat adalah hasil idea daripada banyak pihak,” terang Pian.
Ini antara sedutan temu bual bersamanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Fasha Sandha sudah kembali ke set penggambaran telefilem Anak Tuan selepas ‘direhatkan’ sebentar gara-gara insiden kecederaan mata yang dialaminya sebelum ini.
Menerusi perkongsian posting di laman Instagram pelakon gandingannya, Azhan Rani memuat naik gambar terbaharunya bersama Fasha, duduk di atas tangga rumah kampung yang menjadi lokasi penggambaran drama tersebut.
“Dah lama tak berlakon beria-ria,” tulis Azhan berseloroh di ruangan kapsyen.
Netizen juga tidak ketinggalan memberikan kata-kata pujian buat Fasha yang disifatkan seorang anak seni yang mempunyai semangat kental dan berwibawa.
“Jiwa anak seni yang kental.
“Anda berdua memang sentiasa beria-ria, suka-suka tapi take care ya both.
“Semoga dimudahkan kerja kalian. Bekerja sungguh-sungguh, semoga dalam rahmatNya. Amin,” komen sebahagian netizen.
Pada 1 Mac lalu, Fasha dikejarkan ke pusat perubatan di Johor Bahru, Johor akibat mengalami kecederaan pada mata kirinya ketika menjalani penggambaran drama Anak Tuan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal Indonesia, Acha Septriasa telah mendapat perhatian daripada peminat selepas membintangi sebuah filem berjudul June & Kopi.
Filem yang disiarkan menerusi platform penstriman video Netflix ini merupakan sebuah filem yang berkisahkan tentang kasih sayang manusia sesama haiwan peliharaan.
Menceritakan perjalanan seekor anjing jalanan bernama June yang telah diselamatkan oleh sepasang suami isteri namun telah berlakunya satu insiden buruk.
Lakonan Acha yang mendukung Aya dalam filem ini telah menerima pujian bukan sahaja daripada penonton Indonesia malah di Malaysia juga.
Bukan itu sahaja, penonton turut berpendapat filem ini penuh dengan mesej yang bermanfaat untuk memupuk rasa sayang terhadap haiwan.
Bintang dari negara seberang ini mulai dikenali di Malaysia selepas membuat kemunculan pertama dalam filem Heart bersama dengan pelakon Irwansyah pada tahun 2006.
Foto: Instagram Acha Septriasa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!