Penyanyi, Ani Maiyuni atau nama sebenarnya Aishah An-Nur Osman telah berkongsi cerita seterusnya mengimbau kembali kenangan ketika di awal penglibatan dalam karier seni lebih dua dekad lalu.

Menurut Ani, perjalanan karier seni nyanyiannya bermula setelah dia dilamar syarikat rakaman FMC Music untuk menganggotai sebuah kumpulan yang digelar Sugar selepas menyertai pertandingan Bintang HMI pada tahun 1995.

“Saya bermula dengan pertandingan Bintang HMI pada tahun 1995 dan saya antara finalis bersama dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza waktu itu. Selepas habis pertandingan itu, saya dilamar oleh syarikat FMC untuk buat album berkumpulan iatu Sugar.

“Jadi dari situ lah bermulanya karier seni saya sebagai penyanyi,” katanya menerusi program YouTube Media Hiburan, MHLifeStyle baru-baru ini.

“Kalau Aishah An-Nur Penyanyi Dangdut, Tak Sesuai Dik,” – Ani Maiyuni Cerita Sejarah Nama, Kombinasi Nama Nenek & Datuk Rupanya! “Kalau Aishah An-Nur Penyanyi Dangdut, Tak Sesuai Dik,” – Ani Maiyuni Cerita Sejarah Nama, Kombinasi Nama Nenek & Datuk Rupanya!

Bermula sebagai penyanyi berkumpulan, Ani kemudian mengorak langkah sebagai penyanyi solo irama dangdut selepas kumpulan Sugar yang dianggotai tiga penyanyi wanita itu dibubarkan atas sebab tertentu.

“Cerita dia macam ni, masa saya masih dibawah pengurusan syarikat rakaman FMC, ketika itu saya ni penyanyi kumpulan Sugar. Tapi selepas itu kami berpecah dan antara tiga orang dalam kumpulan Sugar tu hanya saya sahaja yang boleh menyanyi.

Ads

“Kebetulan pula waktu itu irama dangdut ni tengah meletup, jadi syarikat rakaman pun bawa saya pergi jumpa penyanyi Iwan untuk uji bakat. Selepas selesai, Iwan pun kata saya boleh menyanyi. Jadi itu lah kisahnya,” katanya lagi.

“Kalau Aishah An-Nur Penyanyi Dangdut, Tak Sesuai Dik,” – Ani Maiyuni Cerita Sejarah Nama, Kombinasi Nama Nenek & Datuk Rupanya! “Kalau Aishah An-Nur Penyanyi Dangdut, Tak Sesuai Dik,” – Ani Maiyuni Cerita Sejarah Nama, Kombinasi Nama Nenek & Datuk Rupanya!

Dedahnya yang sinonim menerusi lagu Buaya Cinta dan Sedap ini, nama komersialnya, ‘Ani Maiyuni’ tercetus selepas menjalani ujian menyanyi dilakukan.

Menurut bintang berusia 43 tahun ini, nama berkenaan rupanya kombinasi nama arwah nenek dan datuknya.

Ads

“Kemudian Iwan dengan arwah ayah duduk berbincang dengan syarikat rakaman bagi cari nama yang sesuai untuk penyanyi dangdut ini. Jadi Iwan pun tanya nama bapa kau apa, saya jawab Osman.

“Lepas tu dia tanya nama mak pula apa saya jawab Fatimah, eh macam tak sesuai pula. Kemudian dia tanya nama nenek apa, saya cakap Ani, nama datuk pula Maiyuni @ Nayuni, jadi dia ambil Ani letak Maiyuni jadilah Ani Maiyuni,” dedahnya.

Jelasnya, hal ini berlaku kerana nama sebernarnya iaitu Aishah An-Nur Osman tidak sesuai untuk diguna pakai oleh penyanyi dangdut pada ketika itu.

“Aishah tu kan nama isteri Nabi, jadi sebaiknya pilih nama lain dan ia dirasakan tidak sesuai untuk letak pada penyanyi dangdut.

Ads

“Orang-orang yang nama Aishah tu sesuai nyanyi lagu yang relaks, tengok lah contoh macam penyanyi kak Aishah, bertudung. Kan lebih sesuai kalau tengok.

“Macam saya cakap tadi, kalau letak Aishah An-Nur penyanyi dangdut, memang tidak sesuai dik,” katanya berseloroh.

Ikuti pelbagai lagi kisah menarik yang dikongsikan oleh Ani menerusi pautan video ini;

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Ani Maiyuni

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI