
Terbaru, pengacara Jihan Muse ada memuat naik sekeping foto di Instagram.
Tampil serba merah, ia merupakan penampilan pertamanya di Gegar Vaganza 6, Ahad lalu.
“GV6 WEEK 1 Tema : Merah Makngah .#jihanglamsquids,” tulisnya.
Dalam pada itu rakan pengacara, Shuib telah memberikan komen yang menghiburkan di entri tersebut.
“Klu aku tau ko akan cantik sebegini rupa,masa mgu pertama Rajalawak 3 aku dah mengorat kau,,tp malangnya waktu tu kau membutakan mata aku @jihanmuse,” tulis Shuib di ruangan komen gambar tersebut,” tulis Shuib.
Menghiburkan apabila hos rancangan Gegar Vaganza itu turut memberikan respon terhadap komen yang diberikan oleh Shuib.
“@shuibsepahtu nasib baik aku tau ko akan kekal sebegitu,” balas Jihan.
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen berasa terhibur melihat gelagat Jihan bersama Shuib.
Foto: Instagram Jihan Muse
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pukul 1 Pagi Berendam Sis, Kecut!,” – Tiada Istilah Putus Asa, Muzik Video Terkini Ayda Jebat Dah Cecah 1 Juta Tontonan Di YouTube

Meski belum sampai dua minggu ia dilancarkan menerusi YouTube, muzik video lirik single terbaru Ayda Jebat, Mana Ada Hati (Yang Ingin Trus Disakiti) sudah pun mencapai lebih satu juta tontonan.
Suatu angka yang boleh dibanggakan, lagu yang menjadi hadiah istimewa buat peminat bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-27 itu pastinya memberi 1001 makna, apatah lagi apabila muzik video terbabit turut dilakukan dalam tempoh singkat.
Dalam jadual seni yang agak padat, Ayda bagaimanapun berjaya merealisasikan muzik video tersebut dengan baik.
“Alhamdulillah. 1 Million views on Youtube for Mana Ada Hati Yang Ingin Trus Disakiti Video on Youtube. Link on my bio. Thank you semua yang suka and for your lovely comments.
“Nah! BTS shooting lyric video haritu. Thank you semua yang terlibat. Very last minute and rushing because of my schedule but we did it,” tulisnya.
Malah, Ayda turut memberitahu dia turut ‘kecut’ apabila terpaksa berendam dalam jam 1.00 pagi!
“Pukul 1 pagi berendam sis. Kecut! Haha! Well, banyak lagi yang akan dipersembahkan untuk awak semua.
“Just, keep your eyes on me! I’ll never give up. Watch me,” itu janji yang dikongsikan Ayda.
View this post on InstagramA post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on
Foto: Instagram Ayda Jebat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berkahwin Di Thailand Sebab Nak Cepatkan Proses, Siti Jamumall Sedia Bayar Denda

Usahawan dan pempengaruh Siti Jamumall mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Aiman Tak Kesah di Thailand pada 1 Jun kerana mahu mempercepat pernikahan dengan pilihan hati.
Menurut Siti atau nama lengkapnya Siti Suriani Wahiddin, proses dokumentasi perkahwinan di negara ini kebiasaannya mengambil masa yang agak lama.
“Ramai orang tak tahu saya sebenarnya perlu terbang ke Dubai selepas batalkan perkahwinan dengan bekas tunang pada 31 Mei lalu.
“Sebagaimana yang orang tahu, urusan dokumentasi untuk berkahwin mengambil masa yang lama di sini.
“Bagaimanapun, saya tidak galakkan orang ramai untuk berkahwin di luar negara seperti apa yang saya lakukan tetapi apa salahnya kahwin di luar Malaysia.
Namun, saya sudah memberitahu keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya pada sesi sidang akhbar tergempar di Courtyard By Marriot, Setia Alam pada Rabu.
Siti juga memaklumkan duirinya tidak menyimpan apa-apa dendam dan reda walaupun terpaksa menanggung kos kerugian sebanyak RM70,000.
“Memang benar, saya kerugian hampir RM70,000 yang meliputi kos keseluruhan majlis termasuk tempahan dewan, makan dan sebagainya.
“Saya buat keputusan untuk batalkan walaupun dua hari lagi majlis berlangsung. Keputusan tidak dibuat secara terburu-buru dan saya sudah melakukan solat istikarah.
“Bagi saya siapa kita nak halang takdir, Allah yang tetapkan. Sebelum ini selalu dengar cerita orang lain hadapi dugaan bercinta dengan orang lain tetapi berkahwin bersama orang lain, siapa sangka perkara tersebut terjadi kepada saya,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, pempengaruh yang juga usahawan itu sudah menghantar borang pendaftaran pernikahan di sini dan bersedia untuk membayar denda.
Sementara itu, setelah berbincang dengan kedua belah pihak keluarga Aiman atau nama sebenarnya Khairul Aiman Ahmad Kudus, 21, memaklumkan mereka akan mengadakan majlis resepsi bagi meraikan pernikahan mereka.
Terdahulu, Siti dijadualkan bakal bernikah dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya pada 31 Mei lalu namun terpaksa dibatalkan saat akhir atas faktor peribadi.
Difahamkan, segala persiapan juga sudah dibuat termasuklah memberikan kad jemputan kepada semua tetamu.
Sekadar info, Siti pernah berkahwin sebelum ini namun bercerai selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Hasil daripada perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki Putra Adam Rizki, 4, dan Putra Aiman Zafran, 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hampir 25,000 Penonton Jadi Saksi Konsert Siti & Judika Yang Sukses, Paduan Dua Vokal Emas Bergema Di Stadium Merdeka!

Sukses! Mungkin itu gambaran yang boleh diberikan apabila tempat duduk Stadium Merdeka telah diisi hampir 25,000 penonton yang hadir bagi menyaksikan Konsert The Journey of Sound: Judika & Datuk Seri Siti Nurhaliza, pada Sabtu.
Sama-sama berjaya memukau audiens, figura popular dari dua negara itu mempersembahkan lebih 30 lagu secara solo dan duet termasuk lagu-lagu medley.
Dua Figura Hebat!
Anggun mengenakan persalinan ilham pereka Ezuwan Ismail dan ditatarias juru solek Epie Temerloh, Siti meluahkan rasa teruja melihat kesudian para peminat yang hadir pada malam penuh bermakna itu.
“Konsert di Axiata Arena sebelum ini boleh memuatkan 12,000 penonton dan hari ini, di sini, 25,000 penonton. Terima kasih kepada semua,” katanya.
Sementara itu, Judika yang segak mengenakan baju daripada pereka Razman Razmi pula akui gembira apabila dapat sama-sama beraksi di stadium bersejarah bagi negara kira.
“Ini impian saya untuk beraksi di Stadium Merdeka dan kini menjadi kenyataan,” katanya.
Pada malam itu, antara lagu yang disampaikan mereka termasuk Bukan Cinta Biasa, Hati Kama, Wajah Kekasih, Balqis, Nirmala, Mama Papa Larang, Bukan Rayuan Gombal dan banyak lagi.
Terdahulu, Siti dan Judika diarak masuk ke stadium dengan menaiki kereta sport jenis GTR mengelilingi stadium sebelum muncul di pentas sebagai gimik pembukaan.
Malah penonton turut dihiburkan dengan persembahan pembukaan oleh Faizal Tahir yang menyampaikan tiga lagu popularnya.
Menjadi memori buat semua, langit Stadium Merdeka juga diserikan dengan pertunjukan bunga api berskala besar selama beberapa minit selain pencahayaan mernarik dari Menara Merdeka 118.
Selain peminat Siti dan Judika, rakan artis turut sama-sama hadir memberikan sokongan antaranya Hael Hussaini, Fatah Amin, Marsha, Mira Filzah, Nora Dansih, Anzalna Nasir dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI