Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh merakamkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-37 baru-baru ini.

Menurut Noh, dia berharap agar kehadirannya di dunia ini dapat dapat memberi makna dan menggembirakan hati-hati orang di sekelilingnya.

“Dah 37 dah umur kau dik. Alhamdulillah. Dapat hidup sampai hari ini. Terima kasih semua. Buat kalian, kaum keluarga sanak saudara, sahabat kawan, kalian yang mengenali saya, bala keluarga besar Raingers Riot Kidz Hikari, aku sayangkan semua.

“Semoga wujudnya saya selama 37 tahu ini membawa banyak kebaikan daripada keburukan. Semoga wujudnya saya didunia ini selama ini mendatangkan lebih banyak memori yang manis dan bermakna kepada semua yang bertembung berkenalan secara langsung dan tidak langsung.

“Semoga lahirnya saya daripada kandungan ibu saya, sedikit sebanyak membuatkan dunia ini lebih indah daripada kehancuran. Saya manusia biasa yang tidak akan jauh dari melakukan dosa dan kesalahan,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

Katanya lagi, sebagai manusia biasa, dia juga tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Ads

Penyanyi lagu, Angin Kencang ini turut memaklumkan dia juga sering kali memikirkan mengenai soal kematian hampir setiap hari.

Lantaran itu, dia memohon maaf andai dirinya pernah menyakiti hati mana-mana pihak.

“Saya tahu saya banyak menyakitkan hati ramai orang tapi saya sudah lakukan yang terbaik untuk tidak. Mohon maafkan semua cacat cela saya akhlak lisan kelakuan saya.

Ads

“Walaupun saya selalu lafazkan ungkapan “live forever” tapi realitinya setiap hari saya fikirkan kematian saya. Terlalu banyak kekecewaan dan penyesalan yang saya go thru dalam 37 tahun ini,” kongsinya lagi.

Dikesempatan itu juga, Noh mengakui berasa bertuah kerana dikurniakan orang-orang yang sentiasa membimbingnya menuju ke arah kebaikkan.

“Tapi yang pasti, selama 37 tahun ini saya di guide oleh Tuhan sepenuhnya dan di kelilingi oleh orang orang yang baik hati dan penyayang seperti anda semua.

Ads

“Semoga Allah terus merahmati kita semua. Kalau aku tiba2 mati dalam masa terdekat ni, tolong jaga Nina & Musa untuk aku. Aku mohon. 37 tahun pada 15 march 2022,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti nyata tersentuh membaca nukilan tersebut selain turut menitipkan ucapan hari lahir buat Noh.

Sekadar informasi, Noh telah mendirikan rumah tangga bersama bekas penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada tanggal 1 Julai 2011.

Malah, pada awal bulan lalu, pasangan ini mengumum mereka telah pun mengambil seorang anak angkat yang diberi nama musa.

Sumber: Instagram Noh Salleh

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI