“KUN FAYAKUN. Jadilah maka terjadilah. Jika Allah menghendaki sesuatu, maka apapun dapat terjadi.
Ads
“Maka dengan izin dan kekuasaan ALLAH SWT, maka terjadilah kami sebagai pasangan Zauj dan Zaujah. ALLAHU AKBAR. Kalau anda rasa terkejut, kami pun sama.
“Tiada daya upaya kami melainkan ALLAH. Terlalu bersyukur atas segala yang ALLAH aturkan.
Jazakumullahu khayr buat Zauj @mahadibz sudi mem..Zaujahkan diriku (eh ada ke ayat ni) ini yang bukan shiapa shiapa…,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Ads
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran sama, para peminat serta rakan-rakan turut mendoakan kebahagiaan yang baik-baik buat pasangan.
Sementara itu menerusi Insta Stories, bekas peserta program Akademi Fantasia musim kelima (AF5) berseloroh akhirnya dia kongsikan fotonya bersama Mahadi.
Ads
Pada masa sama, Heliza memaklumkan muzik video Dilamarmu sudah pun boleh ditonton di saluran YouTube, The Helmis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Heliza Helmi, YouTube The Helmis
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Konsert minggu kelima Kilauan Emas 2024 menyaksikan kejutan terbesar apabila peserta pilihan, Maria telah diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.
Biarpun memenangi Anugerah Emas Berkilau Of The Week buat empat kali berturut-turut, namun Maria harus menerima hakikat apabila persembahannya gagal memikat hati juri profesional apabila akhirnya berada di tangga tercorot dengan markah sebanyak 54.23%.
Malah, seorang lagi peserta yang turut terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pentas Kilauan Emas 2024 ialah Balqis yang berada di kedudukan kesembilan dengan meraih markah 61.59%.
Walau Berat, Kenyataan Harus Ditelan
Ketika ditemui, Maria akui ralat dengan beberapa insiden yang berlaku beberapa saat sebelum memulakan persembahan.
Menurut Maria, meski sudah membuat persiapan rapi, namun fokusnya terganggu akibat masalah pakaian sehingga menyebabkan dia hampir terjatuh.
“Saya tak sangka akan tersingkir. Saya sudah buat persiapan rapi. Tak tidur malam nak hafal lirik. Kali terakhir dengar lagu ni pun berpuluh tahun dahulu.
“Namun, ketika nak naik ke platform di atas pentas, kain di bahagian dalam gaun ini hampir terlucut dan kaki saya terseliuh sehingga hampir jatuh.
“Dada saya berdegup laju dan nafas juga terganggu,” katanya sejurus konsert yang berlangsung di Royal Theatre, Shah Alam, pada Ahad.
Bagaimanapun, Maria tetap menerima keputusan ini dengan hati terbuka walau terpaksa menghampakan hati banyak pihak.
“Takdir telah menentukan sebaliknya. Saya memang kecewa. Saya tahu di luar sana ramai yang menyokong saya dan ada juga yang menunggu saya jatuh,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Balqis tidak menafikan insiden lupa lirik memberi impak besar terhadap persembahannya sewaktu membawakan lagu Lagu Rindu Merindu.
“Saya reda dengan penyingkiran ini. Lagipun saya ada terlupa lirik tadi. Seperti kita tahu, lirik ini aspek yang paling penting. Biasalah, umur saya pun dah cecah 60 tahun. Semalam ingat, hari ni lupa pula.
“Kepada orang di luar sana, jangan salahkan saya. Ingatlah usia kita bukan muda lagi. Terimalah saya seadanya. Maafkanlah saya kerana menghampakan anda semua,” katanya.
Pada masa sama, emosinya juga agak terganggu bila mengenang kisah adiknya yang hilang lebih 20 tahun lalu, seperti yang dipaparkan di skrin sebelum memulakan persembahan.
“Lagu ini bukanlah sedih sangat. Ia hanya berkisar tentang rindu. Namun, bila saya mendengar ia ditayangkan, saya jadi sebak.
“Ia sedikit sebanyak mengganggu emosi tapi saya cuba kawal. Bila kita terlalu sebak, kita tak boleh sampaikan lagu ini dengan baik.
“Namun, itu hanyalah penyebab. Memang ditakdirkan rezeki saya sampai di sini sahaja,” ujarnya lagi.
Peserta ‘Underdog’ Mula Tunjuk Taring!
Paling mencuri tumpuan malam tadi adalah persembahan daripada Gie yang membawakan lagu Yayadan nyanyian asal penyanyi legenda, Biduanita Allahyarham Datuk Syarifah Aini.
Ketiga-tiga juri memberikan pujian selain turut menyifatkan Gie sebagai salah seorang peserta yang patut diberikan perhatian.
Persembahan memukau itu melayakkan Gie untuk berada di tempat pertama dengan markah sebanyak 77.73% di kalangan peserta bertanding.
Sementara itu, Budin yang sebelum ini sering berada di kedudukan terenda sekali lagi menggamatkan suasana di Royal Theatre, Shah Alam sewaktu mempersembahkan lagu Kerana daripada Allaycats.
Malah, juri Hattan turut memberikan pujian tinggi dan menggesa Budin untuk terus tampil konsisten jika ingin layak ke peringkat akhir.
Budin cemerlang di tangga kedua dengan markah sebanyak 73.57%.
Berikut adalah markah penuh para peserta Kilauan Emas di konsert minggu ke-5;
Konsert minggu ini telah dinilai oleh juri tetap, Erra Fazira manakala Datuk Hattan dan Datuk AC Mizal bertindak sebagai juri jemputan.
Program yang dihoskan Elly Mazlein ini bersiaran secara langsung di saluran Astro Prima (105) dan boleh distrim menerusi apliaksi Astro Go dan Sooka.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagi menyahut seruan kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), para selebriti tempatan turut memainkan peranan dalam menyampaikan mesej pesanan.
Terbaru, artis versatil, Alif Satar ada memuat naik mesej ucapan di laman di Instagram miliknya.
Apa yang menariknya, ucapan yang dibuat Alif itu turut disertakan dengan bahasa isyarat.
“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekarang, ramai doktor-doktor dan frontliner sibuk membuat saringan dan memberi rawatan.
“Jadi, kita semua mesti sama-sama bantu menghentikan COVID-19,” tulisnya.
Tambah Alif lagi, petugas barisan hadapan telah pun menjalankan tugas mereka dengan baik dan kini tiba giliran kita pula untuk patuh dengan setiap arahan yang telah diberikan pihak berwajib.
“Tanggungjawab kita semua hanya stay home, duduk rumah.
“Hashtag duduk dalam rumah diam-diam. Kita mesti menang,” kongsinya lagi.
Setakat ini video tersebut telah meraih hampir 100,000 jumlah tontonan dan turut dihujani ratusan komen.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha yang dilakukan oleh bapa kepada tiga orang anak itu.
Sumber: Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah kira-kira 2 bulan berhijrah sekaligus menetap di Bali, Indonesia, penyanyi Nourul Depp teringat akan kenangan ketika keberadaannya di Malaysia.
Pada masa sama, bintang ini turut menzahirkan rasa rindu terhadap anak perempuan tersayang, Ayu Nazirah yang kini menjalani kehidupan di Kuala Lumpur.
Kongsi penyanyi yang sinonim dengan Kerana Terluka ini lagi, dia turut merindui rakan-rakan serta aktiviti yang dilakukan di tanahair.
“Tipulah kalau tak rindu malaysia. Rindu anak @ayu_ace (tak tau pasaipa indonesia tak buka untuk malaysia, tapi buka untuk india dan china. Terima saja)
“Rindu kat kawan2. Rindu kat aktiviti di sana. Dan macam2 lagi. Masih dok adjust. Bila buat video random macam ni, baru terasa,” tulisnya.
Meski telah berhijrah ke negara seberang, Nourul memberitahu rasa cinta dan sayang kepada tanah air akan sentiasa terpahat dihatinya.
“Tapi di sini berbeza. New life. Tak pernah melupakan yang pernah di lalui. Banyak pengajaran. Gambar dipilih secara random. Mana tak tau gambaq adik beradik kami. Tak jumpa. Gamabq beribu.
“Whoever you are that closed (closing) to me, you know you are always in my heart Okay nangeh
Jangan salah faham. Kami happy di sini. Cuma malaysia tetap di hati.
“Sentiasa mendoakan semua. Love you Malaysia 🇲🇾#malaysianegaraku #malaysiaku #anakmalaysia #malaysianabroad,” tulisnya lagi.