Pelakon Hairul Azreen menerusi instagram anak sulungnya yang menggunakan akaun @thryusufiskandar ada menitipkan harapan serta pesannya buat anak lelakinya itu.

Kongsinya, andai Yusuf sudah boleh membaca nanti, dia mahu kanak-kanak itu supaya mengambil tanggungjawab menjaga keluarga andai sesuatu berlaku kepadanya suatu hari nanti.

“Yusuf nanti bila dah boleh baca, Daddy just nak pesan Yusuf sebagai abg yang sulung, Yusuf kena jaga adik kena jaga mommy, jaga si gemok Jibu, dengar cakap mommy!

IKLAN

“Sebab kalau apa2 jadi kat daddy Yusuf kena ambil tanggungjawab itu, bila Yusuf rasa takut/sedih/tak tau nak buat apa, ada masalah , doa banyak2 pada Allah sebab itu yang kami selalu buat,” tulisnya.

Pada masa sama, dia turut menitipkan pesan agar sentiasa sebut hal yang baik-baik memandangkan apa yang disebut itu ialah doa yang melantun.

IKLAN

“Sentiasa sebut benda yg baik2 sebab kata2 itu adalah doa yang melantun, bak kata mommy.

“Gambar ni pada 25/5/2019
hari ke dua selepas adik Alisa lahir,
masa ni first time Yusuf jumpa adik
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki,kebahagiaan & umur yang panjang Amin,” maklum Hairul panjang lebar.

IKLAN

Terdahulu, pasangan selebriti ini menimang cahaya mata kedua yang diberi nama Alisa Aisyah, petang Jumaat lalu.

Foto: Instagram The Yusuf Iskandar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI