“Kalau Apa-Apa Jadi Kat Saya, Macam Mana Dengan Anak-Anak,” – Rita Rudaini

Share

Dialah ibu, dialah bapa. Luah Rita Rudaini, sebagai ibu tunggal kepada dua anak lelaki, dia sering berfikir bagaimana nasib anak-anak sekiranya apa-apa berlaku kepadanya.

Lapan tahun membanting tulang membesarkan anak-anak sendirian, dia bersyukur dipertemukan dengan insan yang banyak membantu.

Selalu terpikir..setiap minit,setiap saat…klau apa2 jd kt sy,mcm mana dgn ank2 sy?

“Benda2 mcm ni akan buat sy lebih sayu…sy keja keras siang mlm hanya utk mereka…kudrat sy jd double triple…xpyh cite la cukup rest ke,cukup tido ke tidak.

“Dah 8thn tulang empat kerat sy double triple bkerja..xcukup rest..bila penat,lg lah byk pikir tentang masa depan mereka klau sy sakit atau sy dah xde.

“Alhamdulillah, tuhan tu maha kaya..dia bg sy ujian dan dia bg juga sy jln …DIA temukan sy dgn seorg sahabat….dr dia sy dpt jawapan…tkasih @rizuanahamad kerana byk sgt bantu sy dan anak2…tkasih kerana kenalkan sy dgn PLAN HIBAH dr PRUDENTIAL….moga hidup ank2 sy sentiasa terjamin dgn PRUDENTIAL.

“Untuk ibu2 di luar sana,pesan sy ..xkira lah kita ni ada suami ke,ibu tunggal ke,tgh sihat ke tgh muda ke,ujian ALLAH xkira smua tu…sedia kn sesuatu utk yg tersyg,”

tulis pelakon jelita ini.

Malah bekas isteri kepada Aidil Zafuan ini juga menasihatkan wanita di luar sana agar tidak terlalu bergantung kepada suami semata-mata.

Jgn nk harap kan suami kita je sedia smua utk ank2 kita….jgn nk harap suami akan jaga ank2 kita bila kita dah xde,jgn nk harap sedara mara kita bela ank2 kita bila kita dah xde.

“Kita tgh hidup pon,nk mintak nafkah or nak mintak sedara mara tolg jaga kejap pon dah berkira 😂apatah lg bila kita dah tutup mata nnti….kita sendiri kena buat bahagian kita utk ank2..xrugi pon…anak kita kan….xkisah lah jumlah tu kecik ke besar ke…yg penting,ada utk mereka….yg tgh cari2 lg,bole dm kwn sy ni @rizuanahamad ..sy SGT REKOMEN….dia sgt membantu,”

tulisnya panjang lebar.

Ada benarnya kata-kata Rita. Sekurang-kurangnya sediakan payung sebelum hujan. Usaha dan selebihnya kita serahkan kepada Allah.

Foto : Instagram Rita Rudaini

Published by
Noraini Abd Wahab