Susulan dakwaan yang mengatakan pendakwah masa kini mengenakan bayaran tinggi untuk memenuhi undangan majlis ilmu disebabkan faktor populariti, pendakwah bebas, Ustazah Asni Mansor tampil memberikan pandangannya.
Menurut Ustazah Asni, dia kurang arif dengan bayaran yang dikenakan oleh pendakwah lain namun dia percaya perkara seperti ini boleh dibawa berbincang.
“Bercakap soal bayaran, janganlah sampai kita tak menghargai orang itu (pendakwah). Kalau kita kata ikut suka, nanti bagi RM100. Duit minyak pun tak lepas.
“Biarlah berbaloi bila kita menghargai seseorang. Namun, jangan pula kita minta sehingga melampaui batas.
“Pada saya, bila buat kerja agama ini, minta pun salah, tak minta pun salah. Kalau tak minta, itulah antara cara mereka untuk memenuhi keperluan,” katanya kepada MH.
Ads
Dalam pada itu, Ustazah Asni turut berharap agar orang ramai dapat membuka minda dan lebih menghargai mereka yang melakukan usaha dakwah ini.
“Kalau berbincang, biarlah berpada-pada. Pada masa sama, jangan buat pendakwah ini seperti tiada harga langsung.
Ads
“Takkan dengan kerja dakwah pun nak berkira. Kalau artis, sanggup kita bayar ribuan ringgit untuk menyanyikan satu lagu.
“Setahu saya, saya tak pernah dengar pendakwah minta bayaran puluhan ribu ringgit. Kalau ada, itu di luar pengetahuan saya,” ujarnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, juri tetap program Pentas Marhaban ini menyifatkan nilai ilmu seseorang itu lebih berharga berbanding wang ringgit.
“Kalau ikutkan, kita tak boleh nak nilaikan ilmu. Ia tidak ternilai walaupun bayar puluhan ribu ringgit. Soal nilai ilmu dan kerja dakwah ini, biar Allah sahaja yang bayar di akhirat.
“Apa yang dibayar itu hanyalah satu penghargaan, penat lelah dan tanda kita tak memandang rendah pekerjaan dakwah. Kita kena bertolak ansur.
“Kalau kita menilai kerja dakwah Rasulullah, memang tak ternilai. Nabi sampai ditawarkan emas setinggi Gunung Uhud untuk bayaran berdakwah tetapi baginda menolak,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dia kini seolah-olah sudah pun kembali bersama keluarga tersayang selepas kira-kira empat bulan berjauhan.
Menyifatkan apa yang berlaku sebagai tempoh buat dirinya untuk bermuhasabah menjadi individu yang lebih baik, penyanyi Cuba Bahagia ini juga akui buang ego demi keluarga.
“Im back. Rindu sgt nak peluk anak sy raudah ni. Lama saya menyepi….bukan merajuk…cuma muhasabah diri utk menjadi manusia yg soleh, mengahrgai, matang, dan apa yang saya perlukan dalam hidup.
“Empat bulan berjauhan dr anak di sisi, kosong sebenarnya hidup saya dan.. saya buang ego dan kembali ke pangkuan keluarga,” dedahnya.
Ahli perniagaan ini pada masa sama turut memaklumkan, perkara yang berlaku bukanlah gimik atau pun demi publisiti.
“Apa yg berlaku bukan gimik utk meraih publisiti tapi saya seperti orang biasa yang ada pasang surut dalam rumahtangga.
“Jujurnya bukan satu benda yang senang untuk saya lalui tetapi syukur alhamdulillah keluarga Allah keutamaan saya dan saya ingin menjadi seorang Alif Syukri yang baru yang lebih matang dan menghargai semua orang terutamanya isteri sy, family saya mak saya keluarga saya, sedar keluarga adalah segalanya dan ramadhan ni memberi erti yg besar pada saya.
“Doakan saya dan keluarga dapat bahgia semula.im back #uhuhabangkosmetik doakan kami berkekalan,” tulisnya lagi.
Terdahulu, kecoh apabila surat tuntutan cerai dipercayai milik pasangan berkenaan mulai diperkatakan netizen.
Aliff bagaimanapun menerusi Media Hiburan sebelum ini mengakui dia masih menyifatkan rumah tangganya bahagia sementara isu yang diperkatakan itu (surat tunturan cerai) adalah bukan daripadanya.
Sekadar info, Aliff dan isteri, Datin Seri Nur Shahida mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2007 dan pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem, Yusof Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah.
Mereka turut menjaga seorang anak angkat perempuan.
Sementara itu menerusi ruangan komen, para peminat menyatakan rasa syukur dan pada masa sama turut mendoakan kebahagiaan pasangan usahawan berkenaan.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tiada angin tiada ribut, tular pula di media sosial apabila foto penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza didakwa sedang posing sambil menggayakan seutas jam tangan jenama mewah yang dipakainya.
Mencuri tumpuan, pengguna Twitter yang menggunakan akaun @JatIkhwan ada berkongsi perihal jam tangan dikenakan Tok Ti.
Menerusi perkongsian berkenaan, individu tersebut hanya berkongsi serta memaklumkan jam yang dipakai penyanyi lagu Anta Permana itu bukan biasa-biasa, sebaliknya ia jam yang dipenuhi dengan perincian berlian.
Malah, harganya juga didakwa cecah ratusan ribu Dollar US!
“Jarang sangat lah Siti Nurhaliza ni flex kekayaan dia tapi sekali dia flex…tercampak stroller ribu riban ke, beg puluh puluh ribu ke.
“Tu kat tangan dia tak silapnya Richard Mille RM07. Ada diamonds. Harga lebih kurang USD 100-150k. Convert lah sendiri ke RM ye?,” tulisnya.
Jarang sangat lah Siti Nurhaliza ni flex kekayaan dia tapi sekali dia flex…tercampak stroller ribu riban ke, beg puluh puluh ribu ke. Tu kat tangan dia tak silapnya Richard Mille RM07. Ada diamonds. Harga lebih kurang USD 100-150k. Convert lah sendiri ke RM ye? pic.twitter.com/EyxfadJ5e3
Walaupun keadaan kesihatannya sudah semakin baik selepas dijangkiti Covid-19 pada tahun lalu, namun penyanyi Fazli Zainal kini berhadapan masalah keguguran rambut kronik kesan penggambilan ubat steroid.
Selain keguguran rambut, penyanyi berusia 45 tahun itu juga mengalami masalah kulit kering.
“Alhamdulillah keadaan kesihatan saya bertambah baik. Lebih-lebih lagi sekarang ini kita sedang menjalani ibadah puasa.
“Cuma sekarang saya mengalami masalah keguguran rambut kronik sehingga beberapa bahagian kepada menjadi botak selain masalah kulit kering. Puncanya disebabkan kesan daripada pengambilan steroid.
“Pernafasan okey dan semakin baik walaupun 75 peratus paru-paru saya telah rosak. Doktor sarankan saya untuk amalkan senaman ringan untuk melatih paru-paru,” katanya kepada Media Hiburan.
Fazli ditemui pada majlis sidang media Ad Hoc Raya yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) baru -baru ini.
Walaupun sudah memasuki fasa peralihan endemik, penyanyi lagu Harapan ini mengharapkan rakyat Malaysia akan terus kekal menjaga prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19.
“Walaupun kita sekarang dalam peralihan ke fasa endemik, orang ramai masih perlu berhati-hati kerana Covid-19 masih ada. Saya bersyukur diberi peluang hidup kedua,” katanya.
Terdahulu, Fazli pernah dikejarkan ke Hospital Ampang selepas paras oksigennya menurun ke 75 peratus pada Ogos tahun lalu.
Dia menerima menerima rawatan di hospital tersebut selama 29 hari.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fazli Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pempengaruh popular Indonesia, Isa Zega telah menjadi tumpuan hangat minggu ini apabila dia memuat naik video berpakaian solat wanita saat mengerjakan umrah.Memiliki lebih sejuta...