Pelakon senior, Datuk Rosyam Nor berharap agar para pendatang baru dapat menggunakan setiap peluang yang terhidang dengan sebaiknya andai mahu nama mereka terus kekal relavan dalam jangka masa yang lama.
Menurut Rosyam yang turut terkenal dengan jolokan ‘Hero Malaya’ itu lagi, meskipun ketika ini amat mudah bagi seseorang itu untuk bergelar pelakon, namun mereka harus sentiasa berusaha demi memperbaiki kualiti lakonan dari semasa ke semasa.
“Dalam keadaan sekarang ini, penerbit tidak mempunyai banyak pilihan. Sama juga seperti zaman-zaman saya dahulu. Kita tak boleh mengukur kebolehan seseorang pelakon itu hanya menerusi satu atau dua kali dia muncul di kaca televisyen.
“Di Malaysia ini, nak jadi pelakon bukanlah susah sangat. Apabila seseorang itu dikenali, mereka pun dah boleh jadi pelakon. Mereka tak tengok sijil apa yang kita ada.
“Tapi kalau ada kekurangan, mereka mesti belajar memperbaiki mutu lakonan mereka.
“Kalau mereka tiada usaha untuk memperbaiki kelemahan, mereka akan hilang dari radar. Jika mereka komited, mereka mampu untuk mengukuhkan jenama mereka sendiri,” katanya kepada MH.
Ads
Pelakon filem, Laila Isabella itu berkata sedemikian sewaktu ditemui di lokasi pengambaran program MHthrowback baru-baru ini.
Rosyam turut menambah, sebagai penerbit, dia juga mengambil kira mengenai pemilihan para pelakon terutamanya bila melibatkan soal sikap.
Bagaimanapun, bintang berusia 53 tahun ini turut berharap agar semua pihak dapat memberikan peluang dan ruang kepada para pelakon baru untuk menonjolkan bakat mereka.
Ads
“Saya bukan tak kisah, saya tengok juga latar belakang dan sikap mereka tetapi saya tak menghalang sesiapa pun untuk menjadi pelakon.
“Dunia lakonan ini luas. Permulaan kehidupan saya sebagai seorang pelakon pun kalau asyik dikritik bermakna saya juga tidak akan ada peluang.
“Kalau kita asyik mengkritik semua orang, mereka tidak akan ada peluang. Bagaimanapun, apabila seseorang pelakon itu mendapat tempat dan dia melakukannya dengan baik, lama-lama orang tidak akan kritik.
Ads
“Semua orang bermula dengan kelemahan tetapi kalau dah lima atau enam tahun pun ada kelemahan lagi, itu memang bermasalah,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Rosyam Noor bakal menjadi tetamu undangan bagi episod ketiga program MHthrowback yang akan bersiaran pada Rabu ini.
Program yang dihoskan oleh Radin Era itu boleh ditonton bermula jam 9.00 malam di saluran Astro Prima dan Prima HD.
Penyanyi Nora Ariffin ada memuat naik sekeping foto di akaun Instagram. Foto yang dirakam bersama ibu tercinta itu turut disusuli dengan kapsyen berupa nasihat.
Penyanyi yang sinonim menerusi lagu Dipersimpangan Dilema itu merakam panduan dari si ibu untuk menjadi seorang isteri yang baik.
“Bersama satu-satunya ibu tercinta. Diantara nasihat yg sentiasa dipegang utk menjadi isteri yg baik.
“Ma selalu pesan, nak jadi isteri yg baik kena jaga makan pakai suami, jgn bagi org gaji yg buat, taat pada suami, patuhi hak dia & jangan terlalu control suami.
“In Shaa Allah suami tak akan cari lain.,” tulisnya.
Umum mengetahui, Biro Pelancongan Taiwan sekali lagi telah membawakan Kempen Salam Taiwan – sebuah program percutian mesra Muslim sebagai satu usaha menggalakkan rakyat Malaysia untuk berkunjung ke negara “Jantung Asia” tersebut.
Bagi memeriahkan lagi kempen ini, selebriti tempatan yang tidak asing lagi, Ayda Jebat, telah diumumkan sebagai Duta Salam Taiwan 2023/24.
Antara bahan promosi yang melibatkan Ayda Jebat termasuk sebuah filem pendek, yang memaparkan bintang terkenal itu dibawa ke pelbagai destinasi pelancongan menarik di seluruh Taiwan untuk merasai sendiri pengalaman bercuti ke pulau indah tersebut.
Video tersebut juga memaparkan empat sisi menarik Taiwan iaitu Mesra Muslim, Romantik, ‘Trending’ dan ‘Vibrant’, sekaligus kian menjadi pilihan pengunjung dari seluruh dunia.
Antara destinasi menarik yang dikunjungi juara program The Masked Singer Malaysia musim terbaharu ini termasuk kunjungannya ke pergunungan Alishan, Keelung Harbour, Shifen dan Taipei.
Malah video berkenaan juga menjadi sorotan ramai, hingga ditonton lebuh juta kali di media sosial, termasuk ratusan ribu tontonan menerusi beberapa laman media sosial milik Biro Pelancongan Taiwan sendiri.
Susulan kejayaan itu, Biro Pelancongan Taiwan merancang pelbagai lagi aktiviti menarik melibatkan Ayda, termasuklah membawa Ayda dan pemenang bertuah untuk bercuti bersama ke Taiwan.
Sekadar informasi, Kempen Salam Taiwan 2023 dianjurkan oleh Biro Pelancongan Taiwan di Malaysia bagi mempromosikan Taiwan sebagai Destinasi Sensasi Mesra Muslim kepada rakyat Malaysia.
Sementara itu menerusi perkongsian video berkaitan di Instagram Ayda Jebat yang turut disertai suaminya Nabil Mahir, rata-rata peminat turut memuji keindahan Taiwan.
Malah tak kurang yang mengimpikan untuk turut sama melawat destinasi sama selepas ini.
“Tempat indah untuk memori yang indah.”
“Bestnya! Cantik pemandangan di situ.”
“Cantik tempat ni. Pernah pergi.”
“Segar-segar bunganya, suasana pun tenang sahaja.”
Taiwan sebelum ini telah diiktiraf sebagai Destinasi Inklusif Tahunan (bukan OIC) dalam majlis Anugerah Pelancongan Halal 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon, Puteri Aishah,27, yang telah pun selamat melangsungkan majlis pernikahan dengan ahli perniagaan, Muhammad Firdaus,28, kira-kira jam 11:15 pagi tadi dengan sekali lafaz.
Majlis raja sehari pasangan itu dilangsungkan di Ballrooms JW Marriot, Kuala Lumpur.
Majlis yang diadakan secara sederhana membabitkan keluarga dan kenalan terdekat kedua belah pihak itu menyaksikan Puteri dan Firdaus mengenakan busana bewarna putih dari Rizman Ruzaini.
Puteri atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman dinikahkan oleh Qadi Ustaz Mohd Abdul Nasir Abdullah dengan disaksikan bapa Puteri, En. Sulaiman Abd. Rahman.
Pada majlis itu, bintang filem Pulang berkenaan menerima mas kahwin RM300 beserta 5 dulang hantaran daripada pihak lelaki.
Sementara pihak perempuan menyerahkan 7 dulang. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Mengulas mengenai majlis yang sudah pun selesai, Puteri akui dia sudah lama menantikan saat ini dan berdoa moga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan selamanya.
“Alhamdulillah majlis dirancang berjalan lancar selepas beberapa kali ditangguh akibat pandemik Covid-19. Saya bersyukur apabila impian kami untuk melihat perkahwinan ini disaksikan oleh keluarga kedua belah pihak tercapai.
“Saya dan suami juga memohon maaf kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan artist yang lain atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP),” katanya.
Kata Puteri, dia mengakui suami memiliki ciri-ciri lelaki idaman.
“Sepanjang dua tahun mengenali Firdaus, saya menyukai keperibadiannya. Dia seorang yang baik dan mengutamakan keluarga. Malah dia sangat menyayangi dan meletakkan keluarganya nombor satu.
“Dia juga sentiasa menyokong minat saya dalam bidang lakonan. Dia juga sudah bagi lampu hijau dimana saya boleh teruskan kerjaya ini selama mungkin,”katanya lagi.
Dalam pada itu, majlis resepsi pasangan bahagia ini bakal diadakan di JW Marriot, Kuala Lumpur, malam ini.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan penghargaan kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang atas usaha gigih mereka dalam memadam kebakaran hutan...