Pengacara dan penyampai radio, Feeya Iskandar mendedahkan dia sebenarnya sudah lali dengan kecaman yang dilemparkan kepada oleh sesetengah pihak terhadap dirinya di platform media sosial.

Menurut Feeya atau lebih mesra disapa Cik Piah, meskipun ada yang menggelarkan dirinya sebaga ‘Dj syok sendiri’, namun dia tak mahu perkara tersebut mematahkan semangatnya untuk terus berkembang sebagai seorang penyampai radio yang baik.

“Kalau Asyik Fikir Pasal Orang, Sampai Mati Pun Tak Ke Mana,” – ‘Dj Syok Sendiri’? Cik Piah Dah Lali Dikecam

 

View this post on Instagram

 

A post shared by feeyaiskandar (@feeyaiskandar)

“Ada orang dm Cik Piah, dia kata dekat Facebook Harian Metro ada orang kutuk Cik Piah.

“Kutuk lah nak kutuk, nak cakap Dj syok sendiri ke terpulang. Hidup kalau asyik nak pikir pasal orang kata pasal kita memang sampai ke mati pun tak ke mana,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyampai radio, Suria FM itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada Rabu.

“Kalau Asyik Fikir Pasal Orang, Sampai Mati Pun Tak Ke Mana,” – ‘Dj Syok Sendiri’? Cik Piah Dah Lali Dikecam “Kalau Asyik Fikir Pasal Orang, Sampai Mati Pun Tak Ke Mana,” – ‘Dj Syok Sendiri’? Cik Piah Dah Lali Dikecam

IKLAN

Katanya lagi, sekiranya dia memikirkan apa yang diperkatakan oleh orang lain, tidak mungkin kerjayanya akan bertahan sehingga ke hari ini.

Pada masa sama, Cik Piah memberitahu, dia tidak akan mengubah personalitinya itu dan lebih selesa menjadi diri sendiri.

“Yang penting teruskan sahaja jalankan tugas dengan jujur amanah, ikhlas dan TAK FAKE,” kongsinya lagi.

“Kalau Asyik Fikir Pasal Orang, Sampai Mati Pun Tak Ke Mana,” – ‘Dj Syok Sendiri’? Cik Piah Dah Lali Dikecam

IKLAN

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut menasihati Cik Piah untuk mengendahkan sahaja komen-komen bersifat negatif itu.

“Siapa yang syok sendiri? Saya dengar Suria FM sebab akak je tau. Kelakar apa.

“Alaa, ada yang jealous la tu. Abaikan sahaja. Kami suka Cik Piah.

“Abaikan je manusia toksik ni Cik Piah. Kami happy dan terhibur je dengar celoteh Cik Piah. Semoga terus sukses.

IKLAN

“Biar satu yang mengata, beribu lagi yang menyokong Cik Piah.

“Telinga dia yang tak okay tu Cik Piah. Kita dengar okay je,” antara komen-komen netizen di Instagram.

“Kalau Asyik Fikir Pasal Orang, Sampai Mati Pun Tak Ke Mana,” – ‘Dj Syok Sendiri’? Cik Piah Dah Lali Dikecam

Terdahulu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini merupakan salah seorang penyampai radio Suria FM yang mengendalikan segmen Gaya Suria bermula jam 10 pagi hingga 3 petang.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Feeya Iskandar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI