Memulakan kerjaya sebagai doktor pakar dalam bidang audiologi, Dr. Shasa Aziz kini mengorak langkah ke dunia penerbitan filem.
Walaupun berkecimpung dalam bidang perubatan dan memiliki tujuh cawangan klinik di Semenanjung Malaysia, seni sebenarnya sudah sebati dalam jiwanya sejak kecil.
“Sejujurnya saya memang selesa dengan dunia hiburan. Sejak kecil, saya terlibat dalam bidang tarian, menyanyi, dan teater. Saya juga pernah bersama dengan Tunas Budaya di bawah Kementerian Kebudayaan dan Warisan.
“Namun, selepas tamat sekolah menengah, saya menduduki peperiksaan A-Level dan mula serius dalam pelajaran hingga menjadi seorang doktor.
“Jika saya tidak berkecimpung dalam dunia perubatan, seni pasti menjadi bidang saya,” katanya kepada MH ketika ditemui di majlis berbuka filem 6 Jilake di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), baru-baru ini.
Ads
Penerbitan Filem
Menurut Dr. Shasa, keputusannya untuk menerbitkan 6 Jilake hadir selepas dipujuk oleh pengarah yang juga sahabatnya, Aziz M. Osman.
“Perkara ini memang terjadi secara tiba-tiba. Abang Aziz yang paksa saya. Sebelum filem 6 Jilake, saya sudah biasa menerbitkan program travelogue dan animasi di TV3. Ini adalah satu penanda aras baharu.
“Saya anggap ini sebagai rezeki. Pada mulanya saya takut, tetapi selepas membaca skrip, saya yakin dengan kehebatan karya ini,” ujarnya.
Ads
Meski tidak terlibat dalam pemilihan pelakon, Dr. Shasa berpuas hati dengan komitmen dan disiplin semua pihak sepanjang penggambaran.
“Saya serahkan 100 peratus kepada Abang Aziz. Beliau lebih tahu apa yang diperlukan untuk filem ini.
“Saya juga kagum dengan kerja keras para pelakon yang sanggup bangun awal, berhujan, dan berpanas demi menjayakan watak mereka,” tambahnya.
Ads
Pemilihan Tajuk 6 Jilake
Mengulas mengenai tajuk 6 Jilake, Dr. Shasa yakin ia mampu menarik perhatian ramai kerana keunikan dan maksudnya.
“Abang Aziz mahukan sesuatu yang unik dan catchy. Jika tajuknya terlalu biasa, mungkin kurang menarik perhatian.
“Malah 6 Jilake membawa maksud ‘scoundrel’, dan filem ini juga sarat dengan nilai-nilai murni,” jelasnya lagi
Filem 6 Jilake yang menelan belanja sekitar RM2.8 juta dan menerima peruntukan Dana Kandungan Digital (DKD) daripada Kementerian Komunikasi dan FINAS, bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 24 April ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahun lalu pendakwah bebas dan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz menawarkan RM300 kepada pelajar yang mendapat keputusan 5A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Bagaimanapun tahun ini, PU Riz, 27, ikhlas hati menggandakan jumlah berkenaan menjadi RM700.
Imbuhan tersebut ditawarkan khusus kepada pelajar yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan atau B40 dan orang kelainan upaya (OKU).
PU Riz berkata, dia mendapat banyak mesej peribadi (DM) menerusi Instagram daripada pelajar lepasan SPM yang diumumkan kelmarin berkenaan kesusahan dialami.
“Diakui banyak kesusahan dilalui sepanjang pandemik berlaku ekoran penularan COVID-19 dalam negara.
“Tidak terkecuali ia turut memberi kesan pada sistem pendidikan terutama dalam mengendalikan peperiksaan besar macam SPM termasuk cabaran dihadapi pelajar.
“Jadi, inisiatif ini ingin diberikan kepada mereka yang berjaya menyelesaikan dan mengharungi cabaran ini hingga mendapat keputusan cemerlang hasil ketekunan dalam pelajaran.
“Selain itu, sudah tentu kita nak melihat kesusahan dihadapi mereka. Sebab ada juga yang DM saya cakap yang ibu meninggal dunia akibat virus berkenaan tapi kena teruskan persekolahan dan banyak lagi cerita sedih.
“Jadi, kriteria sebegini yang kita cuba utamakan. Jika bukan dalam kalangan B40 dan OKU, kita tawarkan pada yang mendapat keputusan cemerlang 7A,” katanya.
Suami kepada usahawan selebriti Neelofa ini menambah, tawaran itu juga sekali gus mahu diharap dapat memberi galakan kepada mereka untuk terus berusaha pada masa akan datang.
“Saya mahu berkongsi rezeki dengan adik-adik ini. Bukan nilai jadi ukuran, tapi apa saya cuba nak sampaikan adalah setiap usaha itu pasti akan peroleh kebaikan dan ganjaran.
“Buktinya mereka sudah belajar bersungguh-sungguh biarpun berdepan pelbagai cabaran dan musibah,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Lana Nodin memaklumkan bapanya, Hasan Nodin meninggal dunia di kediamannya di Cyberjaya, Selangor, kira-kira jam 11 malam tadi akibat penyakit kencing manis yang dideritainya sejak enam tahun lalu.
Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin, 42, berkata ketika kejadian, dia berada di Singapura kerana terbabit dalam sebuah acara.
“Sebaik sahaja mendapat perkhabaran menyedihkan itu, saya bergegas pulang ke hotel untuk mengemas pakaian. Memandangkan hari sudah lewat malam dan tiada penerbangan ke Kuala Lumpur, saya terpaksa menyewa limosin untuk balik ke Cyberjaya.
“Saya pulang berdua bersama anak manakala suami tidak dapat ikut serta kerana perlu menguruskan hal di Singapura. Bapa saya memang sudah lama mengidap diabetes iaitu sejak enam tahun lalu.
“Arwah bakal menyambut ulang tahun ke 71 pada 3 Oktober depan dan kami adik merancang untuk membawanya bersiar-siar. Kebetulan dia baru sahaja menggunakan kerusi roda.
“Nampaknya impian kami itu tinggal kenangan kerana arwah terlebih dahulu pergi menyahut seruan Ilahi,” katanya.
Lana bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana arwah bapanya itu pergi dalam keadaan tenang dan dipermudahkan.
“Arwah pergi sangat mudah. Dengan sekali hembusan nafas, arwah terus pejamkan mata menutup mulutnya.
“Arwah seorang yang berkulit sawo matang. Tapi bila meninggal, ramai yang terkejut kerana wajahnyajadi putih sangat,” katanya.
Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Cyberjaya dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi’ Cyber 10 selepas waktu Zuhur tadi.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, empat orang anak dan lapan cucu.
Terdahulu berita pemergian bapanya itu turut dikongsi Lana di akaun Instagram sekaligus menerima ucapan takziah serta doa daripada peminat dan rakan selebriti.
Pelakon Wan Sharmila ada bersedelah seekor lembut untuk dikorbankan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha tahun ini.
Berkongsi video pendek yang merakamkan aksi beberapa pemuda yang sedang menarik seekor lembu untuk disembelih, bintang ini turut menitipkan sesuatu di ruangan kapsyen
Firsta Yufi Amarta Putri dari Jawa Timur dinobatkan sebagai Puteri Indonesia 2025 dalam acara gilang-gemilang yang berlangsung semalam, 2 Mei 2025, bertempat di Pusat...