Pelakon dan usahawan, Zara Zya mengakui berasa amat berbesar hati selepas melancarkan laman web Malaysia Perihatin di bawah pertubuhan Perihatin Tanpa Sepadan sebagai platform pelbagai guna untuk orang ramai melakukan segala aktiviti berkaitan kebajikan.

Jelas Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 36, platform sumbangan ini telah dilancarkan sejak dua minggu yang lalu dan merangkumi enam kategori sumbangan.

“Malaysia Prihatin ini merupakan satu platform berupa laman web yang saya ciptakan bagi memudahkan orang ramai untuk mendapatkan sumbangan.

“Orang ramai juga boleh mengadakan pelbagai kempen kebajikan misalnya untuk misi kemanusiaan, dana perubatan bencana alam, pendidikan, keagamaan dan bantuan selebriti. Di sinilah platform untuk segala aktiviti kebajikan.

“Platform ini lebih telus dan orang ramai tidak perlukan lagi nombor akaun persendirian. Mereka hanya akan ingat malaysiaprihatin.com sahaja.

“Kelebihan platform ini, kami sertakan dengan resit dan tak perlukan invois. Di platform tersebut, sesiapa sahaja yang menyumbang, kita akan sediakan resit,” katanya kepada MH.

Ads

“Kalau Bantuan Persendirian Ni Ke Mana Perginya? Akaun Sendiri Ke?,” – Lancar Laman Web, Zara Zaya Mahu Mudahkan Urusan Beri Sumbangan “Kalau Bantuan Persendirian Ni Ke Mana Perginya? Akaun Sendiri Ke?,” – Lancar Laman Web, Zara Zaya Mahu Mudahkan Urusan Beri Sumbangan

Katanya lagi, platform ini dibina bagi memudahkan orang ramai untuk menghulurkan sumabngan tanpa ada perasaan was-was.

“Platform ini sangat mesra pengguna dan saya mahu orang ramai menyumbang semudah di hujung jari sahaja.

“Kadang-kadang ada juga orang pertikaikan, kalau bantuan persendirian ini ke mana perginya? Masuk akaun sendiri ke? Akan ke saluran yang tepat ke? Platform ini memang legit malah turut mendapat banyak sokongan daripada rakan-rakan artis.

Ads

“Mereka juga boleh mengadakan kempen mereka sendiri dan akan mendapat sokongan darikan pihak Malaysia Perihatin,” jelasnya lagi.

Zara berkata sedemikian sewaktu ditemui pada acara Selebriti Perihatin Bersama Rumah Bakti Al-Kausar yang diadakan di Wisma Jakel, Shah Alam pada Selasa.

“Kalau Bantuan Persendirian Ni Ke Mana Perginya? Akaun Sendiri Ke?,” – Lancar Laman Web, Zara Zaya Mahu Mudahkan Urusan Beri Sumbangan

“Kalau Bantuan Persendirian Ni Ke Mana Perginya? Akaun Sendiri Ke?,” – Lancar Laman Web, Zara Zaya Mahu Mudahkan Urusan Beri Sumbangan “Kalau Bantuan Persendirian Ni Ke Mana Perginya? Akaun Sendiri Ke?,” – Lancar Laman Web, Zara Zaya Mahu Mudahkan Urusan Beri Sumbangan

Ads

Program pembelian baju raya dan majlis berbuka puasa itu turut dihadiri rakan selebriti seperti Jihan Muse, Fara Fauzana dan Shila Amzah.

Ketika di tanya mengenai individu-individu yang seolah-olah mempertikai usahanya, pelakon drama Zahirah ini menyifatkan dia mahu menjadi pendorong untuk orang lain terus melakukan perkara kebaikan.

“Ada juga yang pertikaikan, saya buat semua ini untuk menunjuk-nunjuk atau konten media sosial. Bila saya buat website mereka kata saya nak makan duit orang. Perkara tersebut sedikit sebanyak bagi kesan kepada saya.

“Saya tak tahu apa lagi manusia ni tak puas hati. Ada sahaja yang tak kena. Ada kala mereka tak faham, kebaikkan yang kita tunjuk ni adalah untuk mendorong orang lain untuk melakukan perkara sama.

“Saya tiada niat nak show off atau guna dana ini untuk kepentingan peribadi. Saya salurkan duit lagi adalah untuk tampung mana yang kurang,” akhirinya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI