“Kalau Berada Pun Setakat Separa Kayangan Jelah, Itupun M40,” – Bukan Semua Anak Seni Hidup Mewah, Bell Ngasri Harap Luahan Didengari

Share

Pelakon, Bell Ngasri tidak menafikan industri seni tanah air merupakan antara bidang profesi yang teruk terjejas sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.

Larangan aktiviti kesenian dan penggambaran sepanjang tempoh ini nyata memberi tamparan hebat buat para penggiat seni termasuklah buat mereka yang bekerja di belakang tabir.

Lantaran itu, Bell merupakan antara selebriti yang turut tidak terkecuali untuk menyokong penuh kempen #ApaKhabarAnakSeni sebagai tanda solidariti buat para pemain industri yang kini mengharungi detik-detik sukar.

Menurut Bell, bukan semua anak seni hidup dalam keadaan serba mewah sebaliknya ada juga yang meratapi nasib sama seperti rakyat Malaysia yang lain.

“Itu bukannya buah oren..tapi mnunjukkan solidariti anak seni yang mungkin terkesan dek kerana penutupan segala benda berkaitan seni.

“Seni ni luas. Begitu juga cabang kerjanya pun beraneka jenis,beraneka macam..bukan setakat depan tabir, begitu juga yang berada di belakang tabir.

“Hampir keseluruhannya terkesan dan bukan semuanya golongan berada (kalau berada pon takat separa kayangan je la macam orang cakap), itupon dalam golongan M40. Majoritinya B40 gamaknya dam silap-silap ada lagi bawah dari tu B24 ke B2B ke,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem 18 Puasa Di Kampung Pisang itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Katanya lagi, kebanyakkan daripada mereka kini hanya bergantung harap kepada duit simpanan untuk meneruskan kehidupan sehingga keadaan negara kembali pulih nanti.

Dalam pada itu, Bell turut berharap agar pihak berwajib dapat mendengar luahan mereka ini memandangkan anak seni juga merupakan antara penyumbang kepada hasil cukai negara

“Tak tahu la sebab kami-kami ni kerja dulu, baru dpt hasilnya. Nak pula zaman sekarang, tiap hari kena kerja je untuk menampung pendapatan diri dan keluarga. Ada simpanan ni kira alhamdulillah kalau ada. Kalau beringat orang kata.

“Jadi, dek kerana saya terbabit dalam dunia yang kecil ni juga, pastinya saya bersama-sama mereka juga. Harapnya suara kecil mereka-mereka ni didengari insyaallah.

“Nak-nak pula mereka-mereka ini juga adalah penyumbang bukan skadar seni mereka, tetapi mereka myumbang juga kepada cukai-cukai yang dikenakan pada mereka setiap tahun oleh kerajaan.

“Tanpa bekerja dan kini mengerah segala simpanan, ini kan pula dikerah membayar juga sgala mcm jenis cukai..jadi di situla keluarnya gambar sejenis buah oren ni,” ulasnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut melauahkan pandangan yang sama selain turut mendoakan semoga keadaan negara dapat kembali pulih dalam masa yang terdekat.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Instagram Bell Ngasri

Published by
Aizam Manaf