Penyanyi, Syafiq Farhain menegaskan dia belum terfikir lagi untuk berhenti daripada berkhidmat sebagai anggota bomba walaupun akan memenangi anugerah satu hari nanti.

Katanya kepada MH, anugerah tidak akan menjaminkan apa-apa pun dan dia tidak mahu meletakkan harapan yang begitu tinggi untuk meraih apa-apa anugerah seni.

“Kalau saya menang anugerah sekali pun saya tidak akan berhenti kerana semua itu tidak menjaminkan apa-apa.

“Mungkin sebulan dua je orang panggil lepastu mungkin orang tak panggil jadi kta jangan letak harapan begitu tinggi.

IKLAN

“Andai kata satu hari nanti Syafiq Farhain jadi penyanyi nombor satu dunia baru saya boleh fikir nak berhenti bomba atau tidak,” katanya

Syafiq berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media Anugerah Meletop Era 2019 (AME2019) yang berlansung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

IKLAN

Sementara itu, Syafiq yang kini betugas di ibu pejabat bomba, Putrajaya ternyata merindui dalam melakukan tugas-tugas menyelamat.

IKLAN

“Sekarang saya ditugaskan di ibu pejabat bomba Putrajaya dan saya hanya melakukan kerja-kerja pejabat.

“Saya memang rindu nak buat tugas penyelamatan seperti tolong orang atau menyelamatkan binatang tapi saya tidak tahu bila saya akan dipanggil semula,” katanya.

Terdahulu di AME2019, Syafiq Farhain tercalon untuk  kategori Artis Baru MeleTop bersama calon-calon lain seperti Andi Bernadee, Luqman Faiz, Sarah Suhairi dan Eyra Hazali.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI