Penyanyi, Hafiz Hamidun menjelaskan kejayaannya masa kini banyak didorong oleh pengalaman hidupnya yang terdahulu.
Menurut Hafiz, meski kini sudah bergelar jutawan, dia menyifatkan kejayaan ini bukanlah tiket untuknya bersenang-lenang atau ‘goyak kaki’.
Sebaliknya, dia harus berkerja dengan belih keras memandangkan komitmen lain juga semakin bertambah.
“Saya tidak nafikan bukanlah sebab untuk berbangga. Saya tetap rendah diri. Saya masih berkerja. Jutawan yang tidak perlu berkerja tu barulah syok.
“Saya seorang peniaga. Bila saya berniaga, saya ada tanggungjawab kepada staf, bayar zakat dan bayar cukai.
“Jadi kalau saya berniaga main-main, tiada untung, tak beli bangunan dan tak nampak hasil ke mana, baiklah saya kerja makan gaji sahaja,” katanya kepada MH.
Hafiz berkata demikian ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu Sabda Kekasih di pejabat Universal Music Malaysia, Menara Symphony, Petaling Jaya pada Khamis.
Ads
Dalam pada itu, penyanyi lagu Jodoh Berdua ini turut berkongsi kisah kepayahan saat pertama kali memutuskan untuk membuka syarikat persendirian sewaktu melanjutkan pelajaran di universiti.
“Semasa saya mula-mula putuskan untuk buat buisnes, hidup saya pernah susah. Dalam wallet saya pernah ada seringgit je. Saya pernah rasa susah tu.
“Nak makan pun takde duit. Tinggal seringgit sahaja dan pada ketika itu saya nak pergi ke rumah kakak saya di Cheras
Ads
“Tapi nak kena lalu tol yang berharga RM1.10. Duit sen pun saya takda. Akhirnya saya buat keputusan pergi kedai dan makan mi segera harga 80 sen sambil tengok TV.
“Sampai menitik air mata masa tu. Tak sampai hati nak telefon emak.
“Masa tu pun saya baru beli kereta. Pada masa tu saya fikir duit yang ada ni nak buat bayar kereta atau makan. Jadi saya pilih gunakan duit tu untuk makan.
“Bayangkan beli kereta baru, lepas dua bulan dah kena tarik,” katanya lagi.
Ads
Akui ketika ini ramai yang sedang berusaha untuk mengubah kehidupan, Hafiz menjelaskan bahawa tiada yang mustahil asalkan kita tidak malas
“Saya memahami keadaan tersebut sebab saya juga pernah susah. Pada saya, kalau saya boleh ubah hidup dan orang yang tiada followers pun boleh berjaya, tidak mustahil semua orang juga boleh begitu.
“Yang penting jangan malas sahaja. Hidup ni tak boleh malas. Bila kita malas, kita mudah untuk berputus asa,” akhirinya.
Lagu Sabda Kekasih nyanyian Daqmie merupakan lagu OST bagi filem Sabda Kekasih lakonan Aeril Zafril dan Wawa Zainal.
Difahamkan tarikh tayangan telefilem Sabda Kekasih ini akan dikongsikan bersama peminat dalam masa yang terdekat.
https://www.youtube.com/watch?v=TVh8u4eO-qs
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Bad news is: You cannot make people like, love, understand, accept or be nice to you.
“Good news is: It doesn’t matter,” tulisnya.
Entri berkenaan turut disertakan dengan tanda pagar #KeepShiningYourWay dan #Spreadpositivity.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat buat Nabila supaya tidak menghiraukan komen-komen negatif tersebut.
Semalam, tular di laman Twitter apabila ada individu yang menyifatkan single terbaru Nabila berjudul Peluang Kedua lebih sedap untuk didengar apabila dinyanyikan semula oleh artis lain.
Kenyataan tersebut nyata mendapat reaksi bercampur baur di kalangan netizen selepas ramai yang menyifatkan citarasa setiap orang adalah berbeza.
“Sedap. Tapi malangnya, bila dengar artis lain cover lagu ni, kita akan rasa kenapa tak bagi lagu ni dekat diorang je,” tulis individu tersebut.
Terdahulu, lagu Peluang Kedua ciptaan sepenuhnya Hael Husaini telah pun mencecah angka tiga juta tontonan di laman Youtube tidak sampai seminggu ia dimuat naik.
Sumber: Instagram Nabila Razali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid bersikap praktikal apabila berkongsi pendapat menerusi topik ‘Jangan Berkira Dengan Pasangan’ di program Wanita Hari Ini di TV3, baru-baru ini
Bagi Mawar, sebagai isteri sudah pasti dia menitikberatkan soal kewangan dan perbelanjaan keluarga besarnya.
“Macam saya dengan suami, kami sememangnya belajar antara satu sama lain dan dia sangat memberi sokongan kalau saya nak buat kebaikan.
“Saya bekerja cari duit memang untuk keluarga dan saya memang sentiasa akan utamakan keluarga saya dahulu.
“Bukan hanya keluarga saya tapi keluarga belah suami pun saya lakukan perkara yang sama.
“Dari segi kewangan memang saya akan utamakan dulu sebab pada saya ia memang sangat penting. Tetapi hal ini ramai orang yang terlepas pandang,” katanya.
Dalam pada itu, Mawar atau nama lengkapnya Wan Mawar Shahputri Wan Rashid menambah, tiap pasangan suami isteri perlu memupuk sikap pemurah antara satu sama lain.
Mawar percaya, sikap sedemikian pasti akan memperoleh manfaat dan ganjaran yang berlipat ganda kelak.
“Saya percaya lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita akan menerima dan kalau boleh kita jangan penah sentiasa mengharapkan apa-apa balasan.
“Kita kena sentiasa bantu suami dan buat dia gembira. Kalau kita bantu untuk mudahkan suami kita InsyaAllah Tuhan akan mudahkan kita,” katanya lagi.
Sekadar informasi, Mawar mendirikan rumah tangga bersama Raf Yaakob pada tanggal 9 November 2017.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang permata hati iaitu Raden Muhammad Rafael, yang kini berusia 2 tahun dan Raden Seri Rossabella Cinta, setahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menyedari pengorbanan dan sumbangan jaguh sukan, Teh Tarik Place memberikan penghargaan dengan mengumumkan pemberian teh tarik dan produk makanan sepanjang hayat kepada semua atlet Malaysia yang mewakili negara di dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan media dikeluarkan, restoran berkenaan yang mempunyai lebih 14 cawangan di seluruh negara dan dua di Brunei menyatakan sumbangan tersebut selain mengharapkan semua rakyat Malaysia terus menyatakan sokongan kepada atlet negara yang sudah menaikkan nama negara di persada dunia.
Menurut Pengerusi Eksekutif Techna-X, Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja’afar, pengorbanan semua atlet harus dihargai.
“Kami ingin menyampaikan satu pesanan kepada semua atlet Malaysia, walaupun ada yang meragui, kami tetap mengakui pengorbanan, semangat, dedikasi dan kesukanan yang ditunjukkan oleh atlet di sepanjang Sukan Olimpik ini berlangsung.
“Objektif kami adalah untuk memberi sokongan selepas mereka balik ke tanah air. Apa yang akan kami beri kepada mereka adalah teh tarik dan makanan percuma untuk seumur hidup,” katanya.
Beliau pada masa sama berharap usaha Teh Tarik Place ini menjadi contoh kepada pihak lain untuk terus menghargai para atlet negara.
“Teh Tarik Place berharap selepas inisiatif yang kami lakukan, lebih banyak lagi organisasi lain datang tampil ke hadapan untuk memberi penghargaan kepada para atlet yang telah mewakili Malaysia pada temasya Olimpik 2020.
“Mereka ini boleh memberi semangat kepada para atlet lain untuk turut mengharumkan nama negara di mata dunia.
“Jadi kami berharap lebih banyak syarikat lain tampil untuk memberikan sumbangan kepada atlet-atlet yang telah mengharumkan nama negara ini,” jelasnya lagi.
Teh Tarik Place merupakan anak syarikat kepada Craveat International dan juga rakan francais rasmi untuk rangkaian makanan kasual antarabangsa; TGI Fridays di Malaysia dan China.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Craveat International, Lee Yew Jin mengakui sangat mengagumi semangat Olimpian negara.
“Kami sangat menghormati kesungguhan dan disiplin diperlukan untuk menguasainya (pertandingan) dan prestasi ditunjukkan atlet negara adalah pencapaian besar.
“Oleh itu, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kerana menaikkan nama negara, kami ingin mengumumkan pemberian seumur hidup berupa teh tarik dan produk makanan kepada semua Olimpian Malaysia di Tokyo,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Malaysia berjaya membawa pulang satu perak dan satu gangsa, masing-masing menerusi jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang serta beregu badminton lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik di temasya Olimpik Tokyo 2020.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.Berita gembira itu dimaklumkan...