Pelakon, Fasha Sandha yang kini bergelar tunangan kepada rakan pelakon, Aidil Aziz berkongsi pengalaman kali pertama bergelar tunangan orang.

Pelakon drama Lara Aisyah mengakui bahawa dia berasa seronok dengan gelaran ‘tunang orang’ tersebut malah ingin memanjangkan tempoh pertunangan mereka.

“Encik Tunang yang selalu melayan kegilaan tunang dia ni. Saja nak kongsi pengalaman, memandangkan ini kali pertama i bertunang.

“Hmmm alam pertunangan ni best jugak sbnaqnya, sbb orang kata alam pertunangan ni menguji menguji… tapi Alhamdulillah setakat ni, baik2 aja.

Ads

“Kalau nak bertunang 3 tahun rasa2 ok ke? Sbb kawan kami ada yang bertunang 9 tahun. Btw,… jambang and kening ni filter ja tau… bukan betui2,” tulisnya di Instagram.

Di ruangan komen, kelihatan ramai yang menasihati Fasha agar tidak bertunang lama-lama.

Ads

“Kalau Bertunang 3 Tahun Rasa Okay Ke? Sebab…,” – Fasha Sandha Kongsi Pengalaman Bertunang, Ini Nasihat Netizen “Kalau Bertunang 3 Tahun Rasa Okay Ke? Sebab…,” – Fasha Sandha Kongsi Pengalaman Bertunang, Ini Nasihat Netizen

Sebelum ini, Fasha dan Aidil bertunang dalam satu majlis yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat rapat pada pertengahan November lalu.

Ads

Fasha juga pernah berkahwin dengan usahawan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 namun ia berakhir dengan perceraian pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 4 dan Putri Raysha Jemyma, 3 tahun.

Foto/Instagram: Fasha Sandha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI