“Kalau Betul Ada Dalam Perjanjian Boleh Tuntut Di Mahkamah,” – Aliff Syukri Buat Sidang Media, Perjelas Isunya Dengan Wani Comel

Share

Pengasas kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menolak dakwaan dia menganaiya dan mempergunaian gadis obesiti berusia 23 tahun yang dikenali sebagai Wani Comel.

Jelas Alif, segala tuntutan yang didakwa oleh gadis berkenaan pada dasarnya tidak pernah berada dalam kontrak yang ditandatangani pihaknya dan Wani sendiri.

“Saya tidak pernah menjanjikan bulan dan bintang. Untuk pengetahuan, saya sebelum ini pernah mengambil beberapa duta sebelum ini seperti Erra Fazira dan banyak artis lain.

“Tujuan saya pada mulanya hanya untuk membantu  dia berjalan semula yang sekali gus diharaokan dapat membantu dia untuk menjaga ibunya yang sakit.

“Sebenarnya saya memang tidak pernah menjanjikan kereta rumah dan sebagainya. Kalau betul ada dalam perjanjian boleh tuntut di mahkamah,”katanya kepada MH pada sidang media yang diadakan kediamannya dk Kota Damansara, pada Isnin.

Tidak menolak ada pihak yang cuba menjatuhkan reputasi dan perniagaannya, Alif turut menegaskan dirinya tidak teragak-agak untuk membawa perkara berkenaan ke tengah.

“Saya akan membawa perkara ini ke saluran undang-undang, cuma apa tindakannya susulan buat masa ini belum boleh saya kongsi.

“Sementara itu, berkenaan saman yang akan dikemukakan mana-mana pihak, sekiranya ada selepas ini, saya mengalu-alu saman anda,”katanya lagi.

Terdahulu Wani Comel atau nama sebenarnya, Nurul Airawani Nazira Ibrahim ang mengalami masalah berat badan hampir 300 kilogram menuntut pampasan sebagai ganti rugi kerana mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti dijanjikan sebagai duta produk pelansingan badan, Jumaat lalu.

Wani mendakwa usahawan berkenaan gagal melaksanakan janji untuk memberikannya rumah, kereta dan belanja harian selepas menandatangi kontrak sebagai duta produk keluaran usahawan itu.

Menerusi kenyataan balas yang dibuat melalui Instagram, Aliff mengganggap tuduhan Wani atau nama sebenar Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, adalah untuk merosakkan nama baiknya.

Published by
Rafiq Mazlan