Pelakon, Adam Corrie kecewa dengan tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu dengan mengatakan dirinya telah meninggal dunia.
Menurut Adam, lebih mengecewakan apabila individu berkenaan turut mengaitkan keluarganya di dalam penyebaran berita palsu tersebut.
“Semalam ramai betul tag, mesej dan call tanya betul ke saya dah meninggal? Dan ada juga kata bapa saya dan bapa mentua saya meninggal pula la.
“Kalau betul, tak ada lah saya jawab call, jawab mesej dan sebagainya,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem KL Gangster itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Katanya lagi, dia juga percaya mereka yang terlibat ini mempunyai niat yang jahat dan hanya mahu mengambil kesempatan terhadap dirinya
“Mendiang bapa saya sudah lama meninggal. Sudah 14 tahun. Manakala bapa mentua saya pula sudah 4 tahun meninggal.
“Saya percaya mereka yang buat posting sebegini hanya untuk meraih view dan nak naikkan follower mereka sahaja tanpa memikirkan kesan terhadap orang lain.
“Doa baik-baik untuk semua,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyifatkan tindakkan tersebut sangat tidak wajar selain turut mendoakan semoga Adam sekeluarga sentiasa berada dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah, semoga sihat sentiasa bro.
“Allahuakbar, semoga orang yang buat ni dapat kesedaran. Orang elok-elok sihat, buat berita palsu macam ni. Apa dapat? Semoga Adam dipanjangkan umurnya dan sentiasa dibawah lindungannya.
“Kenapalah sampai macam ni? Allahuakbar. Tabah ye abang.
“Sangat terkejut bila tengok video ni FYP. Macam-macam dunia sekarang. Moga Adam Corrie sihat-sihat selalu. Dirahmati dan diberkati,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sebelum ini, situasi sama turut pernah menimpa beberapa nama artis lain antaranya Ezad Lazim, Zarina Zainuddin dan To’Ki.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Adam Corrie