
Pelakom versatil, Izreen Azminda mengakui kalau diizinkan dan diberikan rezeki dariNya, dia teringin untuk menimang cahaya mata perempuan.
Izreen kini sedang hamil tiga bulan setelah lebih setahun mendirikan rumah tangga bersama pemuzik bebas, Ude Wahid.
Berkongsi perkara tersebut dengan lebih lanjut, pelakon filem Pak Pong ini memberitahu besar harapannya andai selepas ini dia dikurniakan bayi perempuan.
“Kalau ditanya mengenai jantina anak, insyaAllah dalam beberapa bulan baru boleh ketahui apa jantinanya. Kalau boleh, saya idam cahaya mata perempuan, memandangkan saya dan suami sudah pun mempunyai anak lelaki.
View this post on InstagramA post shared by MADAM IZREEN AZMINDA (@izreen.azminda) on
“Bagaimanapun, kami berserah kepadaNya. Cukup kalau bayi yang dilahirkan sihat sempurna, itu sudah memadai.
“Anugerah yang dianugerahkan ini pun buatkan saya bersyukur, alhamdulillah,” katanya kepada MH.
Izreen dijangka bakal melahirkan anak pertamanya bersama Ude Julai depan.
Foto: Instagram Izreen Azminda/Ude Wahid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kononnya ‘Pali’ Tak Sedar Rakam Foto Kunci Pakai Telefon Bimbit? Jangan Buat Malu Jawab Syazwan Zulkifly!

Pelakon Syazwan Zulkifly tampil memperbetulkan tanggapan sesetengah penonton drama bersiri lakonannya yang kini sedang bersiaran, Pujaan Hati Kanda berhubung salah satu babak menerusi drama tersebut.
Kisahnya, ada netizen yang membuat andaian berlaku kesilapan tanpa sedar apabila Syazwan yang mendukung watak sebagai Pali yang mahu merakam gambar menerusi telefon bimbit, tetapi dia tidak sedar ada kunci yang ibaratnya menghalang foto dari merakam.
Lalu, aktor itu ada berkongsikan penjelasannya berhubung perkara tersebut di Instagram.
“Kepada yang sangat peka kata saya tangkap gambar kunci tu, hang pakai handphone nokia 3310 ka?
“Itu exact handphone and camera yang saya gunakan masa scene tu. Jangan buat malu la cari salah orang lepas tu diri sendiri yang salah.
“Seronok tak hang dah malu sekarang ni. Jangan suka cari kesalahan ya.Peace yawwwww #pujaanhatikanda,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Syazwan Zulkifly (@syazwanzulkifly) on
Lalu, perkongsian darinya turut mendapat reaksi pelbagai netizen. Malah, tidak kurang yang turut memuji lakonannya di dalam drama tersebut.
Drama Pujaan Hati Kanda yang turut dilakonkan Remy Ishak dan Mira Fizal ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.30 malam menerusi slot Akasia.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lepas Satu, Satu. Kini Foto Bogel Mirip Ikmal Amry Pula Tersebar

Baru-baru ini kecoh apabila gambar bogel anak selebriti popular tersebar di media sosial dan mencetuskan pertanyaan netizen motif video tersebut.
Terbaru, gambar pelakon lelaki meningkat naik, Ikmal Amry pula tersebar di Twitter.
Menerusi gambar tersebut, lokasi tersebut seperti di dalam sebuah bilik tidur.
Mungkin gambar tersebut adalah pelanduk dua serupa dan masih belum dapat jawapan dari tuan punya badan.
Difahamkan, gambar yang dikatakan mirip pelakon berkenaan sudah beberapa kali menjadi tular.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sejak Mula Isteri Sakit, Saya Sering Terima…,” – Kalau Ada Wanita ‘Call’, Edika Yusof Bagi Telefon Biar Isteri Jawab

Pelakon senior Edika Yusof mengakui dirinya kurang selesa apabila dirinya kerap dijadikan bahan perbandingan dengan orang lain.
Ini kerana baginya, setiap pasangan berkahwin itu ada ujian yang tersendiri dan masing-masing perlu tahu tanggungjawab.
“Sebenarnya, saya tidak gemar apabila ada yang membandingkan saya dengan rakan selebriti lain. Bukan apa, saya kasihan rakan yang menjadi mangsa perbandingan. Soal setia mahupun curang bukan terletak pada rupa paras, tetapi rasa tanggungjawab.
“Cabaran sentiasa, pasangan yang berkahwin umpama dua makhluk asing yang tinggal dalam satu rumah. Tidak akan selalu sependapat dan setiap orang ada masalah tersendiri.
“Bagaimanapun, sebaiknya sah bergelar suami isteri bermakna kita harus menandatangani perjanjian berdepan dengan pelbagai dugaan hidup bersama-sama.
“Semua orang sama sahaja, cuma terserah kepada individu sama ada mahu bertanggungjawab ataupun tidak.
“Perkahwinan ibarat sebuah syarikat, sebaik sahaja bersetuju untuk membina syarikat, daripada tidak ada modal kita sama-sama membinanya hingga berjaya,” kata suami kepada Nor Hidayah Yusri ini memetik BH Online.
Terdahulu, Nor Hidayah diuji ketika melahirkan cahaya mata kedua apabila menghidap penyakit meningitis hingga menyebabkannya koma, bisu, hilang deria pendengaran selama setahun, diikuti lumpuh separuh badan.
Sementara itu, bintang berusia 53 tahun itu menjelaskan, dia tidak pernah menyorokkan sebarang rahsia daripada pengetahuan pasangannya.
Malah, katanya, dia tidak pernah menghalang isteri daripada memeriksa telefon bimbit, lebih lagi, tiada rahsia yang perlu disembunyikan.
“Sepanjang berkahwin, saya tak pernah menyorokkan sebarang perkara daripada pengetahuan isteri. Saya akui, cabaran amat besar apabila bergelar pelakon. Sentiasa ada wanita yang cuba mendekati saya.
“Sejak mula isteri sakit, saya sering menerima panggilan daripada wanita. Sampai sekarang masih ada yang menghantar mesej langsung dalam laman sosial, tetapi saya tidak melayannya. Ada antara mereka yang berani menghubungi saya, tetapi saya akan menyerahkan telefon kepada isteri untuk menjawabnya,” katanya.
Sepanjang tempoh berumah tangga, dia turut melakukan semua perkara termasuklah menguruskan perniagaan percetakan, produk kecantikan dan menguruskan anak-anak bersama isterinya.
“Kerja rumah, memasak, membeli barang, bekerja, segala-galanya dilakukan bersama. Segala kekurangan dalam diri juga diperbaiki bersama-sama.
“Jadi, tiada apa yang perlu disorokkan dengan isteri. Bukan hendak berlagak hebat, tetapi semua ini kuasa tuhan. Cuma selagi boleh elak, saya elak. Ini kerana jika kita cuba sorok sesuatu, lambat laun Tuhan akan tunjuk juga,” katanya lagi.
Sementara itu bagi Nor Hidayah, tipu jika sebagai isteri tidak merasa curiga. Namun, dia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami kerana cukup mengenalinya.
“Edika, seorang lelaki yang sangat berterus terang. Jika ada perkara yang tidak kena, dia tidak akan menyorokkan perasaannya.
“Hendak kata tiada risau, sedikit sebanyak tentulah ada kerisauan. Cuma, saya meletakkan sepenuh kepercayaan kerana amat mengenalinya. Suami tidak pandai menyembunyikan perasaannya. Jika tak suka, dia akan berterus terang.
“Jika menyampah dengan seseorang, dia juga akan beritahu saya. Suami seorang yang sangat ‘gentleman’, semua hal dikongsikan dengan saya,” katanya.
Nor Hidayah berkata, dia tahu ramai yang cuma mendekati suami ketika dirinya terlantar. Malah, ada yang menyuruh suami berkahwin lagi.
“Saya tak tahu nak cakap macam mana, tetapi saya tak pernah berputus asa sejak hari pertama sakit. Mujurlah, saya tidak mengalami kemurungan.
“Bagi saya, tiada masa mahu termenung dan meratapi dugaan yang berlaku, sebaliknya, saya lebih memikirkan tanggungjawab terhadap anak-anak.
“Memang pernah terlintas difikiran suruh suami cari pengganti, tetapi mana-mana wanita tentu sukar untuk menerimanya. Tetapi, saya hanya fikir ‘move on’ dan terima sahaja,” katanya.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Nazirul Afiq, 21, Fardeen Nasrulhaq, 17, dan Fereena Nurulhaq, 16.
Sumber, Foto : BH Online, Instagram Edika Yusof
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI