Komposer dan penulis lagu, Eddie Hamid, menasihati penyanyi Eda Ezrin agar menjaga diri dan meninggalkan rakan-rakan yang boleh memberikan pengaruh buruk apabila dibebaskan daripada tahanan penjara selepas ini.
Menurut Eddie, Eda harus berusaha membersihkan kembali namanya dan tidak lagi terlibat dengan perkara yang boleh merosakkan reputasinya.
“Ketika ini, nama dia sudah terkesan. Bersihkanlah semula nama itu. Saya harap dia memilih kawan-kawan yang betul.
“Tak salah nak berseronok. Saya pun sudah lama berkecimpung di dalam dunia seni ini tapi tak pernah terlibat dalam hal seperti ini.
“Kalau boleh, keluarlah sebagai Eda Ezrin yang baharu,” katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Nova Music, 17 Eleven & Future Music Entertainment, baru-baru ini.
Ads
Tak Akan Aktif Menyanyi Seperti Dulu?
Eddie pada masa sama berpendapat, Eda mungkin tidak akan kembali aktif dalam industri muzik seperti sebelum ini.
“Sudah tentu saya mahu berjumpa dengan dia, tapi saya rasa, dia tidak mahu menyanyi lagi. Kalau nak menyanyi pun mungkin lagu ketuhanan.
“Sebagai penulis lagu, saya pun terkena tempias. Ada yang gelar saya penulis lagu ‘Bea Kuda Bea’ dan begitulah sebaliknya.
Ads
“Di sana pun, katanya dia kerap mengaji Al-Quran. Mungkin dia sudah insaf,” kongsinya lagi.
Ada Berhubung
Eddie turut memaklumkan dia ada berhubung dengan Eda beberapa minggu sebelum penahannya.
“Tiga minggu sebelum Eda ditahan, saya ada hubungi dia. Ketika itu, lagu ‘Bea Soba Bae’ tengah naik.
Ads
“Saya bagitahu dia supaya berjaga-jaga sebab industri ini ada ramai ‘kaki sailang’. Akan ada orang yang tak suka kita.
“Ditambah pula Eda naik secara mengejut. Pada waktu itu, lagu berkenaan sudah naik 20 juta.
“Dia ada call saya lagi, maklumkan suara dia sakit dan mengalami masalah. Ketika itu, dia sedang berurusan dengan Ustaz.
“Katanya seperti ‘terkena’, ada orang tak suka dia. Kalau ada yang nak kata perkara ini tahyul, terpulang.
“Lagipun, hal seperti ini memang ada di dalam dunia. Malah, dia tolak banyak show sebab tiada suara,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Adam Shahz yang kini bersama untuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), meluahkan rasa syukur selepas dirinya disahkan negatif COVID-19.
Menurut Adam, dia juga terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 18 hari selapas ada melakukan kontak rapat bersama pesakit yang tidak jujur dengan tahap kesihatannya.
Alhamdulillah, result -ve setelah 18 hari dikuarantin setelah contact rapat dengan orang yang tidak jujur dan +ve. Janganlah pentingkan diri sendiri, dan merisikokan kesihatan orang lain. pic.twitter.com/5dvuQeGnxQ
“Alhamdulillah, result negatif setelah 18 hari dikuarantin setelah contact rapat dengan orang yang tidak jujur dan positif.
“Janganlah pentingkan diri sendiri, dan merisikokan kesihatan orang lain,” kongsinya di akaun Twitter.
Mengulas lebih panjang di akaun Instagram pulaAdam memberi tahu bahawa individu terbabit didapati tidak mematuhi prosedur standard saringan COVID-19 seperti yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Lama tak tengok saya post gambarkan? Sebelum ni saya dikuarantin 18 hari kerana ada contact dengan +ve covid19.
“Saya dikuarantin kerana ada segelintir orang yang tidak patuh dengan SOP saringan.
“Tak kisahlah siapa pun, once dah buat saringan tak sepatutnya keluar!! Duduk rumah, jauhkan dari contact rapat dengan orang.
“Dah tahu kena saring, boleh pula merayau pergi kerja.Kalau tak sayang nyawa sendiri, atleast sayanglah nyawa ahli keluarga tu,” tulisnya.
Dalam pada itu, Adam turut meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir pesakit yang berlagak dan tidak mengendahkan pengorbanan para petugas barisan hadapan.
“Untuk kluster kayangan, berapa ramai dah frontliner dikuarantin sebabkan kamu.
Boleh tak jangan berlagak macam dewa, banyak lagi kerja yang kami perlu buat.
“Kami berjauhan dari keluarga sebab nak bantu kamu, walhal kami ada pilihan untuk STAY AT HOME!
“Perikemanusiaan sikit, waktu genting macam ni kita tak sepatutnya nak LEBIH-LEBIH.
“Bersyukur atas apa yang TUHAN beri, selebinya tawakal dan doa supaya dihindarkan dari COVID19,” kongsinya lagi.
Entri tersebut turut disertakan dengan surat pengesahan doktor daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Menerusi rumangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut legamendengar perkhabaran tersebut selain turut meminta supaya orang ramai memberi kerjasama kepada petugas barisan hadapan.
Terdahulu, Adam merupakan salah seorang daripada selebriti yang berkhidmat di barisan hadapan sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sumber: Instagram & Twitter Adam Shahz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!