Sukar melepaskan emosi apabila terlibat dalam Misi Mencegah Penagihan Dadah tugasan Pencarian Hos Mingguan Wanita Talkshow, Hos Kegemaran, Farah Anuar masih terkesan dengan apa yang berlaku di depan mata.
Ulasnya, melihat bayi berusia dua bulan dengan keadaan ibu yang sedang di bawah pengaruh dadah, cukup menyedihkan.
“Bagilah kita jaga kalau rasa nak terus hanyut dibuai dadah. Kita boleh jaga, boleh bela anak tu atas status anak angkat.
“Saya pernah suarakan kalau boleh nak ambil bayi itu untuk dijaga namun pegawai mengatakan terdapat prosedur yang harus dipatuhi. Anak itu tetap hak ibu bapa itu walaupun mereka didakwa atas kesalahan dadah,” ulasnya lagi.
Ujarnya, sejak menjadi ibu kepada dua anak perempuan, hatinya mudah tersentuh apatah lagi melibatkan anak-anak kecil.
“Bila lihat keadaan itu, saya terus letakkan diri dan anak-anak di tempat itu. Bagaimana bayi itu hidup dengan bau-bauan dan keadaan rumah yang tidak terurus.
“Memang sukar nak lelapkan mata sebab terbayang anak sendiri. Saya terpaksa pujuk ibu itu untuk lepaskan anaknya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat,” tuturnya sedih.
Farah Anuar merupakan Pemenang Hos Kegemaran untuk Pencarian Hos Mingguan Wanita Talkshow di samping dua pemenang utama, Syakirin Husnal dan Kamalia Jamaludin.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI