Primadona, Erra Fazira mengakui wujud rasa bimbang perihal pengajian anaknya, Engku Aleesya apabila sistem pembelajaran persekolahan kini dijalankan dalam norma baharu sebelum ini.

Bagaimanapun, bintang filem Sembilu ini memandang perkara tersebut dari satu sudut positif memandangkan situasi kini mulai berubah dek keadaan semasa.

“Saya rasa semua ibu bapa pun risau tentang kaedah baru ini dan saya sendiri pun bimbang sebab belajar secara dalam talian ini, anak-anak mungkin akan kurang kemahiran bersosial dan sebagainya.

“Bagi saya ini merupakan masalah global, suka atau tidak kita kena terima hakikat ini. Mungkin 20 tahun akan datang beginilah cara kerja dan pembelajaran anak-anak kita.

“Cuma sebagai ibu, pemantauan terhadap anak adalah sangat penting dan penjaga perlu memainkan peranan penting dalam hal ini,” katanya memberikan pendapat.

Ads

Dalam pada itu, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek mendedahkan, dia tidak menghalang cita-cita anaknya bila dewasa, termasuk sekiranya gadis itu berminat untuk menceburkan diri dalam dunia hiburan.

Sebagai ibu, Erra berkata dia bersikap terbuka dan sentiasa memberi dorongan apa jua sahaja bidang yang bakal diceburi permata hatinya itu.

“Saya nak menjadi seorang ibu yang tidak mengongkong anak dan tidak juga melepaskan tanggungjawab begitu sahaja. Apa minat dia itu yang kita kena beri sokongan tetapi pemantauan.

Ads

“Jika dia nak terlibat dalam bidang dunia seni ini, saya sebagai seorang ibu yang mempunyai pengalaman saya akan berkongsi apa yang saya ada bersamanya.

“Sudah tentu sebagai ibu, kita kalau boleh nak anak kita lebih berjaya daripada kita. Jadi kalau nak aktif dalam dunia seni tapi dari sudut akademik harus dititikberatkan juga,” akhiri Erra.

Imbas kembali, Erra pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim pada tahun 2003 namun telah berpisah pada tahun 2006.

Ads

Selepas itu, Erra mendirikan rumah tangga bersama dengan Engku Emran pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini sudah berusia 12 tahun.

Bagaimanapun, rumah tangga Erra sekali lagi gagal apabila telah disahkan bercerai dengan Engku Emran pada tahun 2014.

Erra ditemui MH di set rakaman program MH Throwback, baru-baru ini.

Foto: Instagram Erra Fazira

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI