Pelakon dan usahawan, Tya Arifin menghormati setiap cara pengasas produk kecantikan yang menggunakan pelbagai cara demi mempromosi produk, termasuk yang ghairah guna gimik ekstrem misalnya mempertaruhkan aset tubuh.

Bagaimananapun menurut Tya yang juga pengasas Jamu Mutyara dia memilih untuk terus menjaga nama baik diri dan bisnes yang diusahakan.

“Bagi saya setiap individu yang mengeluarkan produk mempunyai ‘target market’, cara pemasaran sendiri selain tahu apa yang mereka mahukan. Setiap dari kita berbeza dan saya hormati. Mungkin itu cara mereka.

“Saya tidaklah sokong seratus peratus cuma saya hanya nak fokus kepada diri sendiri dan bukan nak berniaga untuk tempoh pendek. Saya tahu kualiti produk saya.

“Saya juga tak mahu fikir hanya nak viral, tapi lebih kepada penjenamaan itu sendiri. Jadi kenalah berfikir dalam skop yang lebih luas. Saya sendiri ada impian untuk bawa Mutyra ke peringkat yang lebih besar,” katanya.

Tya berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Produk & Memperkenalkan Dutanya, Anna Jobling di Wisma Mutyara di Puchong Utama, Selangor.

Ads

“Kalau Bukan Diri Saya, Memang Tak Kan Buat,” – Isu ‘Founder’ Viral, Menurut Tya Arifin… “Kalau Bukan Diri Saya, Memang Tak Kan Buat,” – Isu ‘Founder’ Viral, Menurut Tya Arifin…

Tya pada masa sama menafikan dia mempunyai batasan untuk melakukan gimik ‘mengundang’ kerana berada di dalam keluarga yang dikenali ramai.

“Sebelum ini pun saya aktif berlakon di Indonesia. Malah kalau nak diceritakan mengenai kisah sensasi saya di sana pun memang jarang. Sebab saya hanya fokus kerja sahaja, memang niat nak bantu keluarga. Saya bawa niat itu sampailah sekarang.

“Setakat ini tiada pun batas daripada pihak mentua.  Cuma ia berbalik kepada diri sendiri untuk saya ambil berat mengenai perkara sedemikian. Selain itu saya kena tahu batas sebagai isteri dan ibu.

Ads

“Saya ambil jamu sejak dulu. Kalau nak jadi orang lain rasa macam tak kena. Hujung-hujung mungkin saya akan jadi diri sendiri. Kalau bukan diri saya, memang tak kan buat begitu,” katanya lagi.

Berkongsi mengenai Jamu Mutyara dengan formulasi berbeza tanpa gula kini, jelas Tya ini adalah satu lagi kejayaan penting buat jenama berkenaan.

“Kita tahu ramai wanita di luar sana yang memerlukan produk yang menepati pilihannya. Seperti di Jamu Mutyara kami sentiasa mengambil berat akan setiap maklum balas pengguna.

Ads

“Melalui formulasi baharu ini kami hasilkan Jamu Mutyara tanpa gula. Namun di sebalik produk baharu ini apa yang penting khasiat yang tersedia dalam setiap produk Jamu Mutyara masih sama,” katanya.

Bersempena perlancaran produk terbaharu ini juga, ia turut dijual dengan harga pengenalan RM69 bermula 18 Ogos ini sehingga 22 Ogos depan.

“Kalau Bukan Diri Saya, Memang Tak Kan Buat,” – Isu ‘Founder’ Viral, Menurut Tya Arifin… “Kalau Bukan Diri Saya, Memang Tak Kan Buat,” – Isu ‘Founder’ Viral, Menurut Tya Arifin…

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: Zetty Nurhusna

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI