Sejak semalam, portal-portal akhbar tempatan ada melaporkan mengenai hasrat usahawan, Iqbal Zulkefli yang merancang ingin menjadi penaja utama program realiti nyanyian popular tanah air, Gegar Vaganza pada musim akan datang.
Tidak terhenti disitu, Iqbal juga dilihat sekali lagi memberikan reaksinya berhubung isu berkenaan menerusi ruangan komen di Instagram portal berita, Mstar yang memuat naik artikel mengenai dirinya.
Menurut Iqbal, dia amat menghormati pihak penaja yang menaja program tersebut ketika ini, namun, dia sebolehnya tidak mahu disamakan dengan penaja-penaja yang terdahulu.
Katanya lagi, dia tidak akan mengambil kesempatan dengan sengaja mencipta kontroversi semata-mata ingin memajukan perniagaannya di program popular itu.
Meskipun tidak menyebutkan nama mana-mana pihak, namum, kenyataan tersebut nyata menimbulkan rasa kurang senang di hati usahawan, Datuk Seri Vida.
Jelas Vida, kenyataan yang diberikan oleh Iqbal itu seakan-akan seperti ingin ditujukan kepadanya.
Ads
Malah, dia juga turut menyifatkan Iqbal sebagai lupa daratan kerana sebelum ini dia yang banyak membentuk Iqbal untuk berhadapan di kaca televisyen.
“Hello apa masalah kamu ni? Nak menganjing? Sedar diri boleh? Dari mana datang? Asal usul? Dari nothing?
Ads
“Aku dah tabur macam-macam ilmu bagai. Kalau bukan sebab aku, kamu ingat ada orang nak pandang kamu,” tulisnya.
Respon tersebut dikongsikan sendiri oleh Datuk Seri Vida menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Vida turut menegaskan tidak ada seorang pun yang boleh pertikaikan mengenai caranya menjalankan bisnes kerana dia mempunyai hak untuk berniaga di mana-mana platform sekalipun.
Ads
“Kamu ingat lagi tak dulu nak masuk tv takut-takut. Kecut batu aku support. Bagi ilmu tunjuk cara. Tak payah nak tunjuk bijak pandai hakikatnya kamu cedok ilmu dan cara aku.
“Aku nak berniaga segenap penjuru ke, sampai planet Marikh ke itu aku punya fasal. Itu passion aku. Tak susahkan kamu. Dasar kacang lupakan kulit,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, sebelum ini Datuk Seri Vida pernah menjadi penaja utama program Gegar Vaganza untuk beberapa musim.
Malah, beberapa hari lalu, Vida turut mengkritik pihak Gegar Vaganza 8 (GV8) secara terbuka kerana menyingkirkan grup duo Sa. Ya yang dianggotai oleh pelawak Saiful Apek dan Yassin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Datuk Seri Vida & Iqbal Zulkefli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan penyanyi, Syamel dan Ernie Zakri tampil memperkenalkan anak perempuan mereka, Nur Khawla Soleha yang lahir pada 22 Februari lalu, pada sambutan Syawal yang kedua.
Perkongsian tersebut dilakukan menerusi akaun Instagram masing-masing.
Menerusi hantaran yang dimuat naik, Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly berkongsi keterujaan meraikan lebaran bersama puteri sulungnya itu.
“It’s our first raya together. Selamat hari raya maaf zahir dan batin dari Daddy, Ibu & Khawla.
“Tetejut Khawla pestaim raya tiber tiber,” tulis penyanyi Aku Cinta pada ruangan kapsyen.
Pengacara Jimmy Shanley menerusi laman Instagram miliknya berkongsi khidmat sosial yang dilakukan dengan menderma darah.
Menerusi rakaman berdurasi 28 saat yang dikongsi, walaupun Jimmy kelihatan gementar saat dicucuk jarum, namun dia tetap tabahkan diri kerana jelasnya Pusat Darah Negara kekurangan bekalan darah.
“Rasa bersalah sesangat lambat sebulan menderma darah sebab PKP baru ni.
“Walaupun saya “elergi” jarum tapi demi mereka yang memerlukan ku tabahkan diri ada kelapangan marilah menderma darah di @pusatdarahnegara kerana bekalan darah tidak mencukupi.
“Hari ni kita memberi, esok lusa mungkin kita yang menerima,” kongsinya.
Menurut laporan, bekalan darah semakin berkurangan sejak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan penurunan ketara sehingga 40 peratus berbanding bulan Mac 2020.
Stok darah pada 11 April pula menunjukkan kumpulan darah O berada dalam keadaan yang sangat rendah dan amat diperlukan bagi membantu menyelamatkan nyawa.
Foto : Instagram Jimmy Shanley
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan hos, Shahrol Shiro pernah memaklumkan anak keduanya, Ismail Rifqi yang mengalami masalah buah pinggang bakal dibedah hari ini.
Sambil memanjatkan doa, Shahrol atau nama sebenarnya, Shahrol Azizie Azmi turut mengharapkan yang terbaik, demi kesejahteraan anak tersayang.
Shahrol menerusi perkongsian di Instagram turut menjelaskan, Rifqi bakal menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Sunway, Petaling Jaya, hari ini.
“Dalam kesibukkan kerja yang perlu dilaksanakan tetapi fikiran tetap pada anak. Segera habiskan tugas dan uruskan kemasukkannya di Sunway Medical Centre.
“Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami menghadapi ujian ini. Sembuhkanlah anakanda kami Ismail Rifqi dan berikanlah dia kesihatan yg baik. Hanya kepadamu kami meminta ya Allah.
“Buat isteriku @anna_danisha jangan bersedih dan saya yakin awak seorang wanita yang kuat,” tulisnya.
Shahrol turut menitipkan harapan semoga urusan pembedahan dipermudahkan.
“Buat semua sahabat2, tiada apa yang kami pohon selain doa-doa yang baik dari kalian. Semoga didalam setiap lafas doa kalian, ada yang diangkat serta dimakbulkan darinya.
Sebelum ini, Shahrol memaklumkan doktor mengesahkan Ismail hanya memiliki satu buah pinggang sejak lahir.
Bagaimanapun, keadaan buah pinggang anaknya itu dikatakan tidak berapa baik dan terpaksa menjalani rawatan segera selepas doktor mendapati ada bahagian yang bengkak pada organ berkenaan.
Foto: Instagram Shahrol Shiro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Spekulasi mengenai penyanyi Dayang Nurfaizah yang dikatakan sedang hangat bercinta akhirnya terlerai apabila empunya badan tidak menafikan sedang berkawan rapat dengan seseorang.
Ketika diajukan mengenai...