“Kalau Bukan Selebriti Pun Akan Spoil Jugakan Bila,” – Berhemah Bila Ajak Bergambar, Fizo Omar Mahu Saling Mengingati

Share

Pelakon dan usahawan, Fizo Omar ada memberikan gambaran mengenai tabiat segelintir individu apabila bertemu dengan ‘public figure’.

Menurut Fizo, tidak salah bagi seseorang itu untuk mahu bergambar tetapi hendaklah terlebih dahulu kepada situasi selain cara menegur juga harus berhemah.

Bagaimanapun, bapa kepada seorang anak ini tetap meluahkan rasa syukur dan tidak kisah untuk merakam foto bersama kerana sehingga kini masih ada peminat yang sentiasa menyokong.

“Dah jadi public figure, thats the price we have to pay la kan. Syukur alhamdulillah masih ade peminat dan orang support kita.

“Tapi common sense la, kalau tengah makan or tengah in the middle of something yang serious, ade yang siap bagi insruction lagi, “awak pergi ke meja sane jap, kitaorang nak bergambar”.

“Kau baru nak suap makan ni (lagi-lagi tengah lapar tak sempat nak makan). Hmm macam mamakau nak react ni???

“Saya sebenarnya tak kisah pun, malah happy je bila keluar in public dan orang nak bergambar, as a celebrity kita rasa macam dihargai bila ade peminat nak bergambar ataupun autograph, tapi kena tengok la keadaan dan situasi,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Pengantin Satu Malam itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Fizo turut menjelaskan perkongsiannya itu bukanlah bertujuan untuk memarahi mana-mana pihak sebaliknya hanyalah sebagai tanda peringatan sesama insan.

“Kalau bukan selebriti pun akan spoil juga kan bila dia tenga makan dan disuruh ke sana sini untuk nak bergambar.

“Cuma saya faham di tempat peminat, bukan lah dia kurang beradab ke ape, kadang tu terlebih excited bila jumpa some one yang dia minat or admire.

“Bukan marah share ni, cuma saling mengingatkan jer. Biarlah adab kita menggambarkan berapa tinggi nya nilai bangsa melayu kita,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan perkongsian tersebut selain turut menyifatkan Fizo sememangnya ramah apabila bertemu dengan peminat.

Sumber: Instagram Fizo Omar

 

 

 

Published by
Aizam Manaf