“Kalau Daddy Pergi Changkat Atau Private Party, I Tak Share,” – Nasihat Anak Fasal Bikini, Netizen Puji Azhar Sulaiman ‘The Coolest Dad Ever’

Share

Susulan tular sebuah video yang memaparkan aktiviti pempengaruh, Kasih Iris Leona yang sedang bermandi-manda bersama kawan-kawannya di sebuah sungai sambil mengenakan baju renang yang mencolok mata, bapanya yang juga merupakan pelakon, Azhar Sulaiman tampil memberikan responnya.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di aplikasi Tik Tok, Azhar menasihatkan anaknya itu agar menjaga sensitiviti ketika memuat naik konten di media sosial memandangkan kebanyakkan para pengikutnya berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Katanya lagi, dia jugak telah lama mengamalkan perkara tersebut sejak pertama kali berkecimpung di dalam dunia seni.

@theazharsulaimanPlease be smart like me Leona…..!

♬ original sound – AzharSulaiman

“Hey, Leona! Aduh. Apapun, hari ini daddy nak kongsi satu rahsia macam mana daddy boleh bertahan lama dalam industri hiburan ini.

“Pertama sekali, awak kena jadi bijak la. Awak kena ingat, kebanyakkan orang yang follow kita adalah Melayu dan muslim. Jadi, jaga sensitiviti konten kamu,” katanya.

Pada masa sama, pelakon drama Projek: High Council itu turut mengingatkan Leona agar tidak terlalu terbuka bila bersosial.

“Yang kedua, kalau daddy pergi menghadiri parti di Cangkat, berjimba atau private party, saya tak kongsi di media sosial. Kena bijak. Awak pun kena buat perkara yang sama.

“Jangan bagitahu mommy fasal perkara ini. Mommy tiada akaun Tik Tok. Awak jaga diri dekat sana. Jaga tingkah laku. Jalan terus,” ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara Azhar mendidik anaknya selain turut menyifatkan pelakon tersebut sebagai bapa yang sporting.

“Coolest daddy oh my god. Sebab ramai yang cakap dia tak pesan anak, hari ini dia tunjuk.

“Leona sangat bertuah dikurniakan baba seperti mami. Kalau saya, dah kena tale bertalu-talu dengan ayah saya.

“Dia tegur untuk hati seorang ayah dan nak jaga anak yang masih muda.

“Saya suka cara Azhar ni. Leona ini anak yang baik. Cuma zaman sekarang ini sahaja yang banyak media sosial dan orang mudah nak menghakimi hanya menerusi apa yang mereka nampak.

“The coolest dad ever,” antara komen-komen netizen di Tik Tok.

Terdahulu, video yang memaparkan Leona mengenakan bikini berwarna putih ketika bermandi-mandi telah mengundang kecaman hebat daripada netizen.

Disebabkan video tersebut juga, ada segelintir netizen yang mengarahkan Azhar untuk menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dan menegur anaknya itu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit: Instagram, Tik Tok Azhar Sulaiman

Published by
MH