Baru sahaja menjayakan konsert Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada Sabtu, penyanyi Datuk Aishah tidak mempunyai waktu rehat yang panjang apabila harus ke mahkamah berhubung kes tuntutan hadiah hasil kemenangannya pada program Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4).

Menurut Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, dia agak terkilan kerana isu ini terpaksa diheret sehingga ke muka pengadilan yang disifatkannya sebagai menyusahkan.

Katanya lagi, pihak penaja tidak seharusnya berbuat sedemikian kerana ini merupakan hadiah yang telah mereka janjikan.

“Kalau Dah Berjanji, Tunaikanlah Saja,”- Tuntut Hadiah GV4 Di Mahkamah, Aishah Sifatkan Pihak Penaja Menyusahkan? “Kalau Dah Berjanji, Tunaikanlah Saja,”- Tuntut Hadiah GV4 Di Mahkamah, Aishah Sifatkan Pihak Penaja Menyusahkan?

“Momen kegemilangan saya. Mimpi jadi kenyataan. Hari ini dan beberapa hari akan datang sepatutnya saya boleh berehat seketika tetapi malangnya bermula pagi esok saya terpaksa ke mahkamah utk kes tuntutan hadiah tanah GV4.

“Kenapalah menyusahkan orang, masa dan kos. Kalau dah berjanji untuk beri hadiah tunaikanlah saja. Kalau tak, elok jangan mimpi nak jadi penaja,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Janji Manismu itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Ads

“Kalau Dah Berjanji, Tunaikanlah Saja,”- Tuntut Hadiah GV4 Di Mahkamah, Aishah Sifatkan Pihak Penaja Menyusahkan? “Kalau Dah Berjanji, Tunaikanlah Saja,”- Tuntut Hadiah GV4 Di Mahkamah, Aishah Sifatkan Pihak Penaja Menyusahkan?

Dalam pada itu, Aishah turut berharap agar haknya itu dapat dituntut dan dibela.

“Berapa tahun dah menunggu, tetapi hingga sampai naik ke mahkamah juga.

“Doakan yang terbaik. Saya hanya menuntut hak saya yang telah dijanjikan. Jangan buat begini kepada anak seni,” kongsinya lagi.

Ads

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menunjukkan tanda sokongan selain turut mendoakan agar urusan Aishah akan sentiasa dipermudahkan.

“Semoga akak dapat hak akak secepat mungkin dan urusan dipermudahkan.

“Jangan risau Datuk. Siapa yang betul pasti akan mendapat hak mereka. Berani kerana benar.

“Semoga Datuk peroleh kemenangan keatas pihak-pihak yang gagal mengotakan janji.

Ads

“Semoga kamu akan dapat apa yang kamu tuntut. Doa saya mengiringi langkah kamu.

“Ingatkan dah selesai. Belum rupanya. Semoga berjaya Kak Aishah,” antara komen-komen netizen di Instagram.

“Kalau Dah Berjanji, Tunaikanlah Saja,”- Tuntut Hadiah GV4 Di Mahkamah, Aishah Sifatkan Pihak Penaja Menyusahkan? “Kalau Dah Berjanji, Tunaikanlah Saja,”- Tuntut Hadiah GV4 Di Mahkamah, Aishah Sifatkan Pihak Penaja Menyusahkan?

Ketika menjuarai GV4 pada 2017, Aishah dijanjikan beberapa hadiah dan salah satunya adalah tanah lot banglo, namun mendakwa pihak penaja hadiah itu menukar hadiah itu kepada saiz tanah yang lebih kecil.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Aishah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI