“Kalau Dah Watak Pelacur…,” – Pasti Ramai Bakal Rindui ‘Juita’ Azar Azmi

Share

Azar Azmi yang sukses selepas diberi kepercayaan membawakan watak Juita menerusi drama Nur 2 mengakui dia sukar untuk mengikis watak tersebut jauh-jauh dalam dirinya.

Apatah lagi, ia merupakan suatu pengalaman baru buat wanita berusia 28 tahun ini selepas lebih sedekad bergelar pelakon.

“Pada peringkat awal saya terima tawaran tersebut, confirm memang kena kecam sebab ada yang scene yang mungkin boleh menimbulkan reaksi atau pandangan pelbagai.

“Kalau benda itu berjaya alhamdulilah, kalau benda tu tak berjaya pun kena pasti ada yang akam kecam. Jadi saya hanya cuba bawa watak tersebut sebaiknya.

“Malah, saya awal lagi bersedia dengan apa benda sekalipun sebab Azar sendiri pun jenis yang macam tak kisah.

“Kalau orang nak kecam pun maksudnya Azar berjaya bawa sesuatu benda tu” katanya kepada MH.

Mengimbau kembali perjalanan kisahnya pada awal-awal penggambaran, bekas finalis Dewi Remaja 2010 ini bagaimanapun turut menjelaskan, dia perlu mengenakan persailinan yang seksi demi kesesuaian watak.

Pada masa sama, Azar menjelaskan, dia mempunyai jawapan sendiri andai selepas ini dia terusan dikritik.

“Pada Azar benda tu tak ada mendatangkan apa apa pun sebab kita akan berpakaian mengikut karakter yang kita bawa.

“So kalau dah watak pelacur, so kita kena bawak benda tu sebagai baju tu sebagai pelacur, tak akan nak kita nak pakai jubah, benda tu tak sesuai.

Betul tak? Rasanya peminat pun tahu untuk menilai,” terangnya.

Untuk rekod, Azar Azmi merupakan bintang kelahiran Dewi Remaja 2009/2010 sezaman Neelofa, Anzalna Nasir, Syatilla Melvin dan ramai lagi.

Foto: Instagram Azar Azmi

Published by
Rafiq Mazlan